Pages

Friday, December 31, 2010

Siakap 3 rasa ( masam, masin, manis )


Assalamualaikum &  selamat petang...hari ni adalah penutup bagi tahun 2010,
hari ni juga cuti sempena kemenangan bola - 
Piala AFF Suzuki ( Malaysia lawan Indonesia )
Hari ini saya ingin berkongsi masakan 
ikan Siakap 3 rasa ( ada rasa masam, masin, manis )
Di dalam hidup ni ada macam2 situasi kehidupan kadang2 rasa happy, kadang2 rasa tak happy, kadang2 ada suka, kadang2 ada duka...begitulah lumrah alam...
bagi saya alam pekerjaan...kadang2 menyeronokkan,  kadang2 menyedihkan, kadang2 tu menyakit hati...kadang2 membosankan, kadang2 memenatkan, kadang2 rasa nak berhenti je, kadang2 rasa nak bekerja keras untuk 2011

rasanya alam pembelajaran lebih menyeronokan dari alam pekerjaan...ini kerana keadaan sekeliling kadang2 tidak membantu untuk lebih cemerlang dlm hidup...namun hidup ini perlu juga digagahi untuk kebahagiaan  masa sekarang dan masa hadapan...
walau apa pun hidup perlu diteruskan jua..untuk mencapai kemanisannya. 

Antara bahan2nya:

Bahan A : Ikan
1 ekor ikan siakap sederhana saiz
1 inci kunyit hidup ( ditumbuk )
1 inci halia ( ditumbuk )
1 ulas bawang putih ( ditumbuk )
sedikit garam


Bahan B :

sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 labu bawang besar ( dihiris )
1 biji lada besar merah ( dihiris )
2 biji cili padi ( dihiris )
1 biji tomato ( dibelah 4 )
sedikit nenas separuh masak ( kalau suka- dipotong dadu )
1 senduk kecil sos Thai- maggi
sedikit garam halus
secubit gula


* Sy lebih suka meletakkan secubit gula dlm masakan kerana menggantikan ajinomoto...
family sy tidak menyukainya..


Cara membuatnya :

Bahan A tadi seperti kunyit, halia dan bawang putih ditumbuk bersama sedikit garam sampai hancur. Basuh ikan sampai bersih dan dikelarkan ikan siakap ( buang sedikit sisik ikan ).
Kemudian perap ikan seketika bersama bahan yg ditumbuk.

Selepas itu panaskan minyak, pastikan minyak boleh tenggelamkan ikan. Untuk menggoreng ikan pastikan betul2 kuali tersebut panas ini kerana bagi mengelakkan daripada ikan itu melekat.
Apabila ikan sudah garing, angkat dan ketepikan.

Ambil kuali lain dan panaskan sedikit minyak untuk menumis. 
Tumis bawang putih, kemudian masukkan bawang besar, cili merah, cili padi, nenas, tomato, garam dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sos cili Thai. Letak sedikit air.
Selepas masak angkat dan tuangkan ke atas ikan.

Itu lah resepi saya. Sekadar ingin berkongsi..

Akhir sekali untuk esok saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2011, esok tarikhnya sungguh cantik 1.1.2011. Semoga  dengan dimulai  tarikh keramat ini akan menjanjikan kebahagiaan buat kita semua pada tahun 2011. Semoga tahun hadapan lebih ceria dari tahun ini.

Sekian, wassalam.
Ila liqaa, maal salamah..











6 comments:

  1. sedapnya.. dah lama tak masak resepi ni.. Selamat Tahun baru yer Fie..

    ReplyDelete
  2. SELAMAT TAHUN BARU KAWANKU..JANGAN LUPA FOLLOW KITA JUGAK...

    ReplyDelete
  3. thanks Hanis singgah sini,Selamat Tahun Baru juga..

    ReplyDelete
  4. syukran jazilan Kimmy ziarah sini..kaifa haluka...
    Selamat Tahun Baru juga n senyum selalu...

    ReplyDelete
  5. syukran jazilan Kimmy ziarah sini..Selamat Tahun Baru juga...

    ReplyDelete
  6. Fie,
    sedapnya siakap 3 rasa tu. Thanks, share resepinya. Selamat tahun baru ya! Semoga tahun baru ni lebih baik untuk kita berbanding tahun lepas.

    ReplyDelete