Pages

Sunday, March 27, 2011

Daging goreng kicap



 Assalamualaikum dan selamat pagi. 
Apakhabar kawan2 semua? ....Harapan Fie semoga kawan2 sihat  walafiat dan ceria2 selalu. Hari ni Fie masak awal untuk tengahari...menu yang ringkas je.



 Antara bahan2nya :
  • 1 mangkuk kecil  daging ( dihiris nipis )
  •  2 ulas bawang putih
  •  2 inci halia muda ( suka sgt guna halia muda, halia tua pun boleh )
  •  1 labu bawang  besar ( dipotong bulat )
  •  1 biji lada besar merah @ hijau 
  •  sedikit kicap
  •  2 sudu besar sos cili Thai Maggi
  •  sedikit minyak 
  •  1 sudu kecil garam
  •  secubit gula
Cara memasak:

Tumbuk bawang putih bersama halia dan  1 sudu kecil garam,
ambil daging dan diperap seketika selama 5 minit.
Masukkan daging ke dalam kuali tanpa letak minyak, tutup seketika dengan tudung periuk,
selepas tu buka tudung periuk dan kacau, apabila air daging sudah kering, masukkan sedikit minyak dan kacau...biarkan daging sedikit garing.
Selepas itu, masukkan bawang besar, cili besar, secubit gula, kicap dan sos cili Thai. 
Gaul rata dan bolehlah di angkat dan dihidangkan..itu je resepinya...senang je kan..

Sedap dimakan bersama nasi putih yang masih panas dan roti...
Selamat mencuba..

Sunday, March 20, 2011

Singgang Daging Lembu


     Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 semua...Fie doakan semoga kawan2 sihat walafiat bersama keluarga tersayang..ceria2kan diri moga bahagia selalu..walaupun ada banyak asam garam masalah, itu semua adalah sebuah kehidupan di dunia,  yang pasti dunia tidak akan kekal ...akhirat jua yang akan kekal selamanya...perjalanan kita masih jauh ..banyak liku2 hidup yang akan kita tempuhi..tanpa kita ketahui..

Hari ni,  Fie masak ringkas je..iaitu  singgang daging resepi dari mama...dah lama tak masak singgang, sekali pekena sedap juga...bagi yang ada penyakit darah tinggi tu, daging tidak elok diamalkan selalu..jarang2 boleh le...

Bahan2nya:
  •  1 mangkuk kecil daging ( dihiris nipis )
  •  1 ulas bawang merah     ( dimayang )
  •  3 ulas bawang putih      ( dimayang )
  •  1 sudu kecil  lada hitam ( diketuk2  sedikit )
  •  2 sudu kecil rempah ketumbar biji ( diketuk2 sedikit )
  •  1 inci lengkuas    ( dimayang )
  •  2 inci halia muda ( dimayang )
  •  1 keping asam keping yg kecil
  •  sedikit garam
  •  sedikit gula Melaka ( sebesar ibu jari )
  •  3 gelas air

Cara membuatnya :

Rebus daging dengan air seketika...
Lepas tu, angkat dan buang air daging berkenaan, kemudian masukkan air lain.
Apabila sudah mendidih air tersebut, masukkan semua bahan2 yang lain seperti bawang merah, bawang putih, asam keping, garam, gula Melaka, halia dan lengkuas.
Kacau dan biarkan seketika. 
Masak daging dengan  api sederhana agar tidak liat.
Bila daging sudah empuk, bolehlah di angkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba.























Thursday, March 17, 2011

Rojak Buah Campur


Assalamualaikum dan selamat tengahari kawan2 alam maya...dah seminggu lebih tak update blog...busy memanjang..hari ni Fie nak kongsikan rojak buah...Buah betik ni tanam sendiri tau, seronok dah dapat hasil..Fie tanam pokok betik di belakang rumah...2 pokok tanam...1 pokok berbuah bulat, 1 pokok lagi buahnya panjang..

         Buah betik  (tanam sendiri) nampak mcm dah masak tapi masih keras dan jambu batu ( beli di kedai )





                                                     

Bahan2 kuah rojak:

  • 20 biji Cili padi ( kalau taknak pedas kurangkan le )
  • 2 sudu kecil belacan (dibakar )
  • 1 cawan  kecil kicap ( manis )
  • 1 cawan kecil kacang yang telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
  • sedikit gula putih
  • 1 cawan  kecil gula Merah @ gula Melaka ( 1 ketul  )
  • sedikit garam mengikut citarasa
  • 2  ulas bawang putih ( dibakar sekali dengan kulit, kemudian basuh dan tumbuk )
Cara membuatnya :

Tumbuk cili padi biar lumat,
kemudian masukkan bawang bakar...ditumbuk lagi
masukkan belacan bakar....ditumbuk lagi...
selepas tu masukkan bahan yg ditumbuk ke dalam periuk bersama kicap, gula putih, gula merah dan sedikit  air,  akhir sekali masukkan sedikit garam dan kacang yg telah digoreng dan ditumbuk.
Kacau dan biarkan mendidih, bila dah agak pekat bolehlah ditutup api gas.
Bila kuah rojak dak sejuk, boleh le digaulkan bersama buah-buahan segar seperti jambu, betik hijau, belimbing, mangga dan sebagainya lagi..

Selamat mencuba..
                                                   Rezeki dari ALLAH..
                                Betik buah bulat -pokoknya renek...dapat ambil dengan tangan je..



                               Betik buah panjang...yg ni pokoknya tinggi...kalau nak ambik susah cikit...

Sunday, March 6, 2011

Khasiat Pokok Pegaga


Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ni Fie nak kongsikan khasiat pokok Pegaga atau nama botaninya Centella asiatica berasal dari kawasan Asia dan Asean.

Pokok Pegaga biasa  tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan hidup meliar di kawasan sawah padi, padang, kebun dan tempat2 yg tanahnya lembap.
Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, zat besi, gentian dan vitamin A serta vitamin C.

Banyak jenis pokok pegaga ni, ada pegaga kampung, pegaga cina, pegaga gajah, pegaga renek, pegaga salad dan sebagainya lagi. 
Rasanya lebih bagus kita amalkan makan ulam-ulaman untuk kesihatan. 
Fie kongsikan maklumat2 ni melalui pembacaan2 dan kajian sendiri. Fie bukan le seorang doktor untuk merawat pesakit dan bukan pakar pemakanan. Sekadar ingin berkongsi coz telah cuba lakukannya untuk kesihatan diri sendiri, keluarga dan dapat  petua dari orang-orang tua.
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh le tanya doktor yang lebih arif tentang pakar pemakanan.

Khasiatnya:

  1. Ubat kencing manis
  2. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
  3. Menurunkan berat badan
  4. Awet muda.
  5. Menghilangkan bintik hitam di muka.
  6. Menambahkan selera makan
  7. Memperbaiki sistem penghadaman
  8. Merawat buasir
  9. Merawat keputihan
  10. Penawar racun
  11. Ubat cirit-birit
  12. Merawat penyakit kulit dan saraf
  13. Menyegarkan sel-sel otak dan otot.
  14. Melawaskan kencing
  15. Menyembuhkan luka
  16. Anti selulit
  17. Anti kedutan
  18. Anti kanser
  19. Penawar alahan
  20. Menghentikan pendarahan
  21. Menyembuhkan luka
  22. Melawaskan buang air kecil
  23. Meransang peredaran darah
  24. Merawat cirit-birit
  25. Merawat sakit kerongkong
  26. Penawar kencing berdarah
  27. Penawar batu karang
  28. Penawar demam panas
  29.  Penawar ulser
  30.  Mengurangkan panas badan.
  31. Merawat sakit-sakit badan.
  32. Menyegarkan badan.
  33.  Merawat pitam
  34.  Rawatan lepas bersalin,
  35. Meningkatkan kecergasan minda
  36.  Menambahkan kekuatan fizikal
  37. Melancarkan suara
  38. Merawat penyakit nyayuk
  39. Mengawal keguguran rambut
  40.  Melicin dan menyihatkan kulit.
  41. Mengubati luka
  42. melancarkan peredaran darah
  43.  Menghalang proses penuaan
  44. Melambatkan kulit kedut
  45. Menyembuhkan ulser perut atau usus
  46. Merawat penyakit kusta.

Cara makan :
  1. Ulam-ulaman cicah dengan sambal belacan @ tempoyak bercili @ budu. Memang sedap.
  2. Direbus buat minuman bersama dengan akar sekali dan letak secubit garam. Ambil segenggam daun pegaga dan rebus dengan 2 gelas air. Dijadikan minuman 2 x sehari. Pagi dan petang.
  3. Diblender buat jus dan perah dengan limau nipis @ limau kasturi. Tapis dan minum.



Jom makan ulam pegaga banyak khasiatnya..walaupun rasanya kekadang agak pahit2 cikit tapi sedap.
Jom tanam pokok ni kerana senang sangat nak hidup..perlu bajai juga untuk mendapatkan hasil yang baik. Fie dah start tanam pokok ni tau coz kat kedai harganya RM1 seikat..Kalau kat kampung cari je kat sawah padi dapat free je..

Roti Sardin Bakar


 Assalamualaikum dan selamat malam kawan2 alam maya...dah banyak hari tak sempat nak update blog..harapan Fie moga kawan2 alam maya sihat walafiat di samping keluarga tersayang...n semoga ceria2 selalu...walaupun kadang2 ada sedikit sebanyak masalah yang dihadapi..itu adalah lumrah alam...jika tiada cubaan, dugaan dan cabaran, maka tidak bernama kehidupan...
Malam ni Fie nak kongsikan resepi roti sardin bakar ...
  
Bahan2nya: 
  • 1 bungkus roti hiris saiz kecil ( Fie guna roti Gardenia )
  •  2 tin sardin  yg  kecil 155gm ( Fie guna chap Ayam Brand coz sosnya merah )
  •  3 ulas bawang putih  (ditumbuk hancur )
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk hancur )
  • 1 ulas bawang besar  ( di potong bulat2 )
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit minyak untuk menumis
  • separuh asam keping
  • 1 biji cili merah @ hijau besar ( dihiris nipis )
  • 1 biji timun batang ( dihiris bulat2 )
  • 2 sudu sos cili ( kalau suka )

Cara membuatnya :
  •  Ambil kuali, letak sedikit minyak. 
  • Lepas tu tumis bawang putih bersama bawang merah.
  • Bila dah nampak sedikit garing, masukkan ikan sardin ke dalam kuali. Kacau dan hancurkan ikan tersebut.
  • Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan asam keping, cili, bawang besar dan kacau.Letak sedikit sos cili.
  • Bila kuahnya dah kering, boleh le diangkat dan dimasukkan ke dalam roti. 
  • Ambil  2 keping roti dan letakkan sardin berkenaan bersama timun batang.
  • Bakar sekejap ( Fie bakar dalam comfort plus - khas utk bakar roti je) 
  • Bakar dalam oven pun boleh jugak. Kat atas dapur gas pun boleh..
  • Lepas tu baru potong tengah.
  • Selamat utk dihidangkan.

 
Selamat mencuba..