Pages

Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Pisang sira...



       Assalamualaikum dan selamat tengahari...apa khabar semua? harap2 kalian semua sihat walafiat...
Suka sangat, hari ni cuti sempena Nuzul Al-Quran...Sejarah penurunan AL-Quran berlaku pada setiap kali pertengahan bulan Ramadhan iaitu pada 17 Ramadhan..hari ini cuaca mendung ...memang sesuai bagi yang berpuasa...tak lah rasa kepanasan sangat.. Al-Quran sebesar-besar mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kita umatnya perlu belajar dan hayati betul-betul segala isi kandungannya.     
        Di dalam Al-Quran semua telah tertulis mengenai hukum -hakam, syariah, sirah, cerita2 masa dahulu, bab feqah, dan lain2 lagi...cuba kita buat kajian mengenai makna2 di sebalik bahasa Al-Quran tersebut.
Hari ni, Fie nak kongsikan berkaitan dengan sejenis makanan pemanis...makanan ini boleh makan jarang2 je...tak boleh kerap kali...sebagai pencuci mulut..

Resepi ni, Fie belajar masa alam remaja dulu....masa kat kampung dengan mama..

Antara bahan2nya:

5 biji pisang nangka atau pisang kebatu ( pisang jangan terlampau lembik tak sedap- pilih yang pejal)

2 cawan gula ( terpulang pada diri nak manis @ nak kurangkan )

2 helai daun pandan

secubit pewarna kuning

3 kuntum bunga cengkih

segelas  air

Cara membuatnya :
  • Sediakan periuk
  • masukkan gula tadi 1 cawan
  • masukkan air
  • daun pandan dan bunga cengkih
  • lepas tu masukkan sedikit pewarna dan kacau
  • akhir sekali masukkan pisang yang telah dibelah dua, dan taburkan  secawan gula di atas pisang
  • tutup seketika dengan tudung periuk..
  • Hasilnya seperti di atas..
  • Letak dalam peti ais lagi sedap untuk di makan..
Selamat mencuba.


Untuk makluman bersama :

Bulan Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik @ terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi seluruh umat Islam...Al-hamdulillah Ya ALLAH kerana memberi keberkatan di dalam bulan ini berbanding dengan bulan2 yang lain...rebutlah peluang keemasan ini...hanya setahun sekali..

Friday, October 7, 2011

Agar-agar buah nenas dan kelapa laut



    Assalamualaikum dan selamat malam...apa khabar semua? Fie harap semua sihat2 sejahtera ya...Dah berminggu tak bersiaran. Masa begitu cepat berlalu, tiada kesempatan untuk membuka blog sendiri dan menziarahi blog kawan2...kerana sememangnya agak sibuk dengan tugas2 yg perlu dilaksanakan dengan kadar segera....sekarang dah masuk bulan 10, ada 2 bulan lagi untuk menutupi tahun ini, oleh sebab itu le banyak kerja2 yg perlu dibereskan dengan kadar segera...

Malam ni rasa lapang sikit untuk membuka blog sendiri...kat sini Fie ingin kongsikan resepi agar2 je...al-maklum le keadaan sibuk...masak pun ala kadar je...

Antara bahan2 nya :
  • 1 bungkus agar2 berbentuk tali (Fie guna yg 15 gram) biasa dalam plastik panjang.
  • 3 cawan air ( untuk rebus agar2 sampai hancur )
  • 1 cawan gula & sehelai daun pandan
  • 2 cawan susu cair FN
  • 1 tin nenas kiub ( ayambrands ) - dibuang airnya
  •  1 tin kelapa laut - dibuang air gulanya
  • sedikit pewarna jika suka  
* jadi jumlah air semua 5 cawan ( 3 cawan air + 2 cawan susu cair )
jika tidak suka agar2 tu pejal, boleh lah tambahkan secawan lagi air menjadi 6 cawan.


Cara membuatnya :

  1. Basuh agar2 tali dan rebus dengan 3 cawan air.
  2.  Pastikan agar2 tadi hancur terlebih dahulu, selepas itu masukkan gula dan daun  pandan, masak sampai gula hancur dengan api sederhana.
  3.  Kemudian, buangkan daun pandan tadi. 
  4. Masukkan pula nenas kiub, kelapa laut dan susu. 
  5. Biarkan seketika, kacau dan tutup api gas.
  6.  Ambil loyang dan tuangkan agar2 tadi ke dalam loyang.
  7.  Fie letak sedikit pewarna hijau dan merah di atas agar2 tu...
  8. Apabila telah sejuk daripada kepanasan, masukkan ke dalam peti ais..Bila dah terlalu sejuk baru sedap untuk di makan.
  9.  Selamat mencuba..






Thursday, August 18, 2011

Puteri Mandi


         Assalamualaikum dan selamat malam, malam ni Fie nak kongsikan resepi kuih Puteri Mandi.....kuih ni berasal dari Pantai Timur...tak tahu le kenapa diberi nama kuih Puteri Mandi ni...agaknya sebab berendam dalam air kot...kuih ni orang tua2 suka makan sebab isinya lembik2 dan berasaskan tepung pulut...setahu Fie kalau suka makan pulut, pipi jadi gebu dan putih macam orang keturunan Siam, sebabnya mereka suka makan pulut...contoh pulut pagi, pulut durian, pulut mangga dan bermacam2 lagi masakan Siam yang berasaskan pulut.
         Malam ni Fie nak kongsikan resepi kuih Puteri Mandi ni...resepi ni adalah dari mama Fie sendiri...di sini Fie coretkan untuk ingatan sendiri juga...bila dah lama tak buat kuih-muih ni..kadang2 ingat2 lupa....pada Mama lah rujukan Fie...hello Mamaku sayang  macam mane ya nak buat kuih ni...mama pun cakap le....he he anak bertuah ni lupa pulak, kan dulu pernah buat...iya lah bila dah banyak2 benda nak fikir kadang2 lupa....
dulu masa kecil2 Fie ada juga tolong mama buat kuih untuk dijual....kuih raya pun pernah buat...tak pernah beli pun...tapi sekarang nak buat tak sempat...main tunjuk2 je kat kedai...Harapan dan doa Fie moga mama n bapa sihat menjalani ibadah puasa. Tinggal seminggu lagi untuk balik kampung, seronoknya...tak sabar rasanya nak balik peluk mama dan bapa...banyak  cakap le pula.

      Antara bahan2nya:

      Tepung Pulut
  • 3 cawan tepung pulut
  • Sedikit air untuk jadikan doh
  • pewarna kuning dan hijau

Cara membuatnya:

  1. Ambil tepung pulut dan masukkan sedikit demi sedikit air, uli sampai jadi doh dan tidak melekat di tangan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna kuning dan hijau. Uli lagi sampai jadi doh yang cantik. Kalau perlu letak sedikit air.
  3. Kemudian bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya supaya menjadi leper sedikit.
  4. Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.
  5. Apabila doh tadi sudah terapung, kemudian  angkat  dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air. 
 
Kuih Puteri yang telah siap direbuskan, ini di masukkan ke dalam air seketika agar tidak melekat antara satu sama lain.


     Untuk kuahnya:
  • 2 senduk gula ( Fie letak 1 senduk kecil je gula)
  • Sedikit air untuk kuah
  • Daun pandan 2 helai
  • secubit garam
  • 1/2 biji kelapa mesin putih @ kelapa yang isinya muda diparut lagi sedap
  • sedikit gula Melaka @ nisan.(jika ingin kuahnya warna sedikit coklat )
Cara membuat :
  1. Ambil periuk yang lain, kemudian panaskan air, masukkan gula, secubit garam, daun pandan dan kelapa mesin yang putih. Masakkan kuah sampai mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi selepas ditapis air rendamannya dan kacau biar sebati.Biarkan seketika sehingga mendidih.
  3. Angkat dan boleh dihidangkan.
  4. Lagi sedap dimakan, jika dimasukkan ke dalam peti ais dahulu...bila dah sejuk baru di makan.
  5. Selamat mencuba.











Wednesday, August 10, 2011

Butir Nangka -resepi Mamaku

  
      
            Assalamualaikum dan selamat petang, hari ni Fie ingin kongsikan resepi kuih tradisional dari negeri Cik Siti Wan Kembang.. Kuih ni namanya Butir Nangka...ha ha bukannya biji nangka...tapi dibuat dari beras pulut...yummy2 sedap tau coz dah lama tak makan dan tak sempat2 nak buat...Sempena bulan puasa ni lah boleh buat...masa kecil2 dulu mama Fie selalu buat kuih ni dan Fie pun suka sangat tolong-menolong mama buat kuih ni time gontel2 bentuk menjadi macam biji nangka. Inilah kali pertama Fie buat kuih ni selepas berkahwin, tak sangka suami kata sedap dan dia suka....nanti nak buat lagi dan lagi...
Jom kita tengok resepinya :

Antara bahan2nya:

 Bahan A ( untuk Butir Nangka )

  • 250 gram tepung beras pulut ( separuh plastik )
  • sedikit air
  • sedikit kapur makan ( Fie tak letak coz tak suka ) 
  • 20 helai daun pandan ( diblender dengan setengah cawan air dan tapis )
     @ pewarna hijau  jika suka ( Fie tak letak coz tak suka )
Cara membuat Butir Nangka
  1. Masukkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk
  2. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung jadi doh dan tidak melekat di tangan.
  3. Gontel kecil2 macam biji nangka
  4. Rebus air sampai mendidih, lepas tu masukkan biji nangka tadi yang digontel2
  5. Bila biji nangka tadi sudah naik terapung, itu maknanya sudah masak, dan bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air paip untuk rendaman seketika.
 Bahan B ( Kuah putih )
  • santan  dari sebiji kelapa
  • 1 sudu tepung beras ( untuk memekatkan kuah )
  • 2 senduk kecil gula (jika tak suka manis kurangkan )
  • 1 sudu besar halba
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan
  1. Bagi membuat  kuahnya pula  masukkan santan, halba, garam, gula, sedikit  tepung beras ke dalam periuk, masaklah sehingga mendidih dan mesti sentiasa dikacau agar kuahnya tidak berketul.
  2. Apabila butir nangka dah siap masak, tapis dan buangkan air rendaman tadi dan bolehlah dicampurkan butir nangka bersama kuahnya.
  3. Biarkan mendidih seketika.
  4. Selepas itu bolehlah dihidangkan..sangat sedap di makan masa suam2  dan letak dalam peti ais pun sedap juga..
  5. Rasa kuih ni lemak2 manis.
  6. Selamat mencuba.



   

Thursday, August 4, 2011

Kuih Onde - onde @ buah Melaka


    Assalamualaikum dan selamat malam semua, kuih ini Fie buat petang Selasa lagi untuk buka puasa...tak sempat nak masukkan kat sini..Nak pergi ke pasar Ramadhan teramat malas coz sibuk dengan jem je...nak parking kereta pun susah....ramai sangat orangnya..Buat sendiri lebih terjamin kebersihan.

Bahan- bahannya: 
  • 300 gm tepung pulut
  •  1 ketul gula Melaka @ Nisan - dipotong kecil 
  • 10 helai daun pandan - dikisar dengan sedikit air
  • ½ biji kelapa muda parut yang dibuang kulit ari @ kelapa yang dimesin (pastikan kelapa itu putih ) dan gaul dengan sedikit garam. (kelapa tadi letak dalam loyang dan tekan2 biar mampat )
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit air kapur jika suka ( Fie tak letak )

Cara membuatnya :
  1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk, selepas itu masukkan air kapur dan pewarna, kemudian air daun pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
  2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. Kemudian ditekan di tengah sedikit untuk meletakkan gula Melaka ditengahnya dan tutup semula. Gentel sampai jadi bulat.
  3. Rebus air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan kuih tadi.
  4.  Angkat bila kuih timbul dan terapung. Toskan sekejap.
  5.  Kemudian golek-golekkan di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam tadi.
  6. Senang je kan...  Selamat Mencuba.


Friday, April 8, 2011

Cucur Udang je..


Assalamualaikum dan selamat malam rakan2 alam maya..rasanya dah seminggu Fie tak buka blog..banyak benda yg nak diuruskan sampai nak buka blog pun tak sempat...malam ni boleh le buka sekejap dan menziarahi rakan2 blog.
Al-maklum le kerja2 dunia ni tak pernah tamat, tamat2 bila meninggal dunia. Hidup kat dunia ni, pejam celik, pejam celik dah nak masuk 4 bulan..sekejap je rasanya dunia ni berputar. Setiap hari bekerja untuk hidup di dunia, akhirat jangan kita lupai, kerana dunia ni ibarat sebuah ladang yang luas....kita semai, kita bajai dan kita akan dapat hasilnya ( pahala ) nanti di akhirat...takutnya...kalau cakap pasal akhirat..bila mana kita dihisab dengan setiap amalan yang kita lakukan...nikmat dunia ni sementara je...adakah semua yang meninggal dunia itu boleh hidup kembali membuat amalan semula??...oh tidak sama sekali...semuanya pergi menemui Pencipta (ALLAH)
Ok jom sama2 kita renung2kannya. Selamat Beramal..

Hari ni Fie nak kongsikan  pasal cucur udang ni..ringkas je..

Bahan2nya :

3 cawan tepung gandum
sedikit air 
secubit garam
1 biji telur ( betul2 telur tau, jangan yang palsu- sekarang isu telur palsu pulak dah..tak caya baca kosmo online )
secubit kunyit debu
secubit soda bikarbonat
10 ekor udang
minyak utk menggoreng
sedikit taugeh jika suka
daun bawang jika suka ( dipotong kecil )
secubit garam
1 labu bawang besar ( dimayang )
periuk @ kuali yg dalam untuk menggoreng
senduk bulat

Cara membuatnya :

Gaulkan semua bahan tadi biar sebati, kecuali udang.
panaskan periuk atau kuali yg agak dalam,
lepas tu masukkan minyak biar dapat tenggelamkan senduk bulat,
bila minyak dah panas, celupkan senduk ke dalam minyak (pastikan senduk kering ya )
angkat senduk berkenaan dan masukkan tepung yang telah digaul tadi ke dalam senduk bulat dan letakkan seekor udang...goreng sampai tepung cucur tu masak dan menjadi bulat.

Kemudian balikkan tepung cucur tu agar masak kedua2 belah. 
Bila dah nampak masak boleh lah di angkat..itu je..caranya macam nak buat rempeyek kacang je...

Sesuai dimakan semasa minum petang dan dicicah dengan sos cili.
ok...selamat mencuba..nanti bertemu di lain episod.
















Sunday, February 27, 2011

Agar-agar santan daun pandan -resepi Mama









 Assamualaikum dan selamat malam kawan2 alam maya...malam ni Fie nak kongsikan resepi agar-agar santan daun pandan...resepi ni dah banyak hari...ni baru nak masukkan coz minggu lepas Fie tak sihat...batuk2, demam, sakit2 badan...al-maklum le kerja banyak yang perlu dibereskan sampaikan kesihatan terabai... hari ni dah sihat..jadi boleh le layan blog sekejap dan nak buat kerja yg belum siap...malam ni sungguh nyaman sekali coz hujan turun..

Bahan2 nya :
  • 1 bungkus agar2 berbentuk tali (Fie guna yg 15 gram) biasa dalam plastik panjang.
  • 3 cawan air
  • 3 cawan gula
  • 2 biji telur 
  • 15 helai daun pandan
  •  1/2 biji kelapa mesin
* jadi jumlah air semua 5 cawan ( 3 cawan air + 2 cawan santan )


Cara membuatnya :

Basuh agar2 tali dan rebus dengan 3 cawan air.
Pastikan agar2 tadi hancur, selepas itu masukkan gula, masak sampai gula hancur dengan api sederhana.
Potong kecil2 daun pandan, blenderkan bersama kelapa mesin dan masukkan telur sekali...masukkan 2 cawan air. Blender sampai hancur...
Tapiskan santan yang diblender tadi bersama daun pandan dan telur.

Sebelum masukkan santan, pastikan gula dalam agar2 telah hancur.
Selepas tu, masukkan santan berkenaan ke dalam periuk rebusan agar2 tadi dan kacau..
Biarkan seketika, kacau dan tutup api gas.
Ambil loyang dan tuangkan agar2 tadi ke dalam loyang. Apabila telah sejuk daripada kepanasan, masukkan ke dalam peti ais..Bila dah terlalu sejuk baru sedap untuk di makan.

Agar2 ni sesuai dimakan waktu tengahari dan petang.

Pesanan...
Bagi yang ada penyakit, semua jenis agar2 tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan seperti penyakit ulser, kerongkong, tiroid dan baru lepas pembedahan.
Kalau anda makan juga boleh menyebabkan bengkak2 badan anda. Memang agar2 sangat best, sejuk bila makan...tapi hati2 pada yg berpenyakit...perkara ni telah berlaku pada jiran sekampung Fie...Seorang ibu memberi anaknya makan agar2 selepas anaknya pembedahan leher..memang le sejuk kat leher..sedap n nikmat.Ibu tersebut memberitahu,, ingatkan ok je bagi makan agar2...rupanya berbisa..tapi apa yg jadi ialah...malam tu..anaknya tak boleh nak tidur kerana lehernye membengkak.. coz agar2 diperbuat daripada sejenis alga laut....
Bagi yg sihat boleh je makan...tak jadi masalah pun...tapi tidak elok makan setiap hari..jarang-jarang ok.menurut pakar pemakanan...




















Wednesday, February 9, 2011

Kuih Talam Pandan




Assalamualaikum dan selamat petang, kawan2 alam maya...hari ni Fie nak kongsikan pasal kuih talam...kuih ni dibuat masa cuti raya Cina minggu lepas. Fie buat kat kampung untuk my family rasa kuih talam...ini adalah percubaan kali ke 2...membuat kuih talam...resepinya bolehlah dapatkan kat blog kak Yatie  ( Sinar Kehidupanku ) http://yatiememories.blogspot.com

Monday, January 24, 2011

Kuih Talam Bunga Telang


 Assalamualaikum dan selamat malam..Malam ni Fie nak kongsi berkaitan kuih Talam...dah lama nak buat kuih ni..ni baru dapat buat..pertama kali buat kuih ni...tak berapa cantik la....Fie dapat resepi kuih Talam dari blog Kak Yatie memories, kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah klik kat sini  http://yatiememories.blogspot.com
Minta izin copy ya akak bahan2 yg akak punye..terima kasih..

Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
  • 2 cawan santan cair + sikit garam
  • 1 cawan jus pandan + pewarna hijau  ( Fie guna air bunga Telang  coz byk kat rumah, atau lebih dikenali dengan bunga nasi kerabu biru )
  • 1 sb air kapur
Cara Masak L.Bawah
  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
  2. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
  4. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
  5. = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 sudu besar tpng jagung
  • 3 cawan santan sederhana pekat
  • 1 s/k garam
Cara Masak Lapisan Atas
  1. Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
  4. ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
  5. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
  6. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)

Selamat mencuba.. thanks kak Yatie..sudi kongsi resepi...


























Wednesday, December 22, 2010

Kuih Bunga Tanjung



Assalamualaikum &  selamat petang, hari ini sy ingin berkongsi cara membuat kuih Bunga Tanjung.
Kuih bunga Tanjung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kuih ini biasanya dibuat hantaran sebagai makanan pemanis, pencuci mulut dan  biasanya hidangan istimewa makanan di bulan puasa.

Bahan2nya:

5 biji kuning telur ayam
3 cawan gula
4 cawan air
tepung beras pulut secukupnya


Cara membuatnya:

Gula dimasak dengan air sehingga mendidih & pekat dengan api yang sederhana.
Kuning telur dipukul sehingga kembang.
Selepas itu masukkan tepung pulut sehingga cukup untuk dibentuk. Masukkan adunan ke dalam acuan berbentuk bujur dan tekankan ke dalam air gula yang sedang dimasak tadi. Buat begini sehingga selesai. Apabila telah timbul di permukaan air gula bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba.




Wednesday, November 24, 2010

Kuih Tradisional Kelantan - Jala Mas

                               
 Assalamualaikum...                                                                   
 Petang ni saya ingin berkongsi dengan teman-teman tentang cara membuat salah satu kuih tradisional Kelantan iaitu kuih Jala Mas.... Mengapa diberikan nama sedemikian rupa? Kerana kuih ini warnanya kekuning-kuningan seperti emas. Kuih ini agak manis...tidak sesuai untuk mereka yang ada penyakit kencing manis...tapi kalau nak cuba sekali sekala boleh je...                                                                                                     

Bahan-bahan:
- 12 biji telur itik @ telur ayam – ambil kuningnya sahaja
- 2 gelas besar air
- 500 gm gula
- sehelai daun pandan
- daun pisang @ acuan roti jala

Cara membuatnya :

- Panaskan air dalam periuk, masukkan gula bersama daun pandan.
- Biarkan mendidih sehingga gula cair sepenuhnya.
- Pukul kuning telur itik @ telur ayam dan masukkan ke dalam acuan roti jala @daun pisang digulung, hujung daun pisang biar menjadi lubang kecil. Perlahan-lahan goncang acuan hingga kuning telur tadi tenggelam ke dalam air gula.
Kuning telur akan membentuk jaringan. Gunakan lidi untuk menyatukan jaringan tadi membentuk jala.
Tos dan hidangkan.
Selamat mencuba.



Tuesday, November 2, 2010

Kuih Lompat Tikam


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan... petang tadi saya telah mencuba resepi kuih tradisional dari negeri Cik Siti Wan Kembang..namanya kuih Lompat Tikam. Ha ha dah lama tak buat kuih ni..Dulu masa remaja belia suka sangat masak kuih ini.Masa tu saya buat sendiri dengan beras,kemudian dikisar menggunakan pengisar..lebih asli tepung beras...tok wan saya suka makan kuih ni..bila dia pulang dari sawah, mesti pekena kuih ni dulu...memang best tambah-tambah diletakkan di dalam peti ais...memang yummy...
Ok lah...
Bahan-bahan:
A. Adunan Hijau

- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan cair
- 1/2 cawan pati daun pandan (yg telah ditapis)

- 2 sudu besar tepung jagung
- secubit kapur dicairkan bersama air- sedikit garam
B.Kuah Santan Pekat
- 2 cawan santan
- 1 sudu tepung jagung

- sedikit garam
C.Pulut Merah
- 1 cawan besar pulut direndam bersama sedikit pewarna merah selama 2 jam
- 1/2 cawan santan

- sedikit garam

D. Kuah manis

- 1 ketul gula Melaka
- 1/2 cawan gula
- 1 helai daun pandan (yang disimpul)

Cara-cara membuatnya:

A. Adunan Hijau

Campurkan tepung beras bersama tepung jagung, garam, air kapur dan pati daun pandan. Kacau rata kemudian curahkan air dan sebatikan semua bahan. Panaskan kuali kemudian masukkan adunan ke dalam kuali dan kacau sentiasa agar sebati.Kacau adunan biar likat dan kering.Setelah itu, masukkan ke dalam bekas hidangan dan biarkan sejuk.

B. Pulut Merah

Basuh beras pulut dan rendam awal pulut bersama pewarna merah selama 2 jam. Kemudian tapis dan masukkan beras tadi ke dalam periuk pengukus.Kukus selama beberapa minit. Kemudian angkat dan keluarkan pulut tadi,letak dalam bekas dan gaulkan bersama santan pekat dan sedikit garam,setelah itu kacau sebati. Kukus semula di atas periuk pengukus biar masak serata.
C. Kuah Santan menjadi Pekat
Masukkan santan ke dalam periuk bersama tepung jagung, sedikit garam dan kacau biar hancur tepung jagung.Kemudian letakkan di atas api gas. Kacau dan masak dengan api sederhana, biar menjadi pekat.
D. Kuah Manisan
Rebus gula Melaka, daun pandan, gula biasa dan sedikit air.
Apabila hendak makan, sajikan bersama tepung hijau, pulut merah, kuah santan pekat dan akhir sekali kuah manisan.Cuba le....