Pages

Thursday, August 4, 2011

Kuih Onde - onde @ buah Melaka


    Assalamualaikum dan selamat malam semua, kuih ini Fie buat petang Selasa lagi untuk buka puasa...tak sempat nak masukkan kat sini..Nak pergi ke pasar Ramadhan teramat malas coz sibuk dengan jem je...nak parking kereta pun susah....ramai sangat orangnya..Buat sendiri lebih terjamin kebersihan.

Bahan- bahannya: 
  • 300 gm tepung pulut
  •  1 ketul gula Melaka @ Nisan - dipotong kecil 
  • 10 helai daun pandan - dikisar dengan sedikit air
  • ½ biji kelapa muda parut yang dibuang kulit ari @ kelapa yang dimesin (pastikan kelapa itu putih ) dan gaul dengan sedikit garam. (kelapa tadi letak dalam loyang dan tekan2 biar mampat )
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit air kapur jika suka ( Fie tak letak )

Cara membuatnya :
  1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk, selepas itu masukkan air kapur dan pewarna, kemudian air daun pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
  2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. Kemudian ditekan di tengah sedikit untuk meletakkan gula Melaka ditengahnya dan tutup semula. Gentel sampai jadi bulat.
  3. Rebus air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan kuih tadi.
  4.  Angkat bila kuih timbul dan terapung. Toskan sekejap.
  5.  Kemudian golek-golekkan di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam tadi.
  6. Senang je kan...  Selamat Mencuba.


3 comments:

  1. Senang dibuat sedap dimakan...:)

    ReplyDelete
  2. senang nak membuatnya.. tp selalu beli jugka kuih ni.. he.. he.. selamat berpuasa fie..

    ReplyDelete
  3. to Kak cik cek:
    Thanks sudi jalan2 kat sini..

    to Hanis Azla:
    Syukran jazilan ziarah sini..Selamat Berpuasa juga buat Hanis sekeluarga..

    ReplyDelete