Pages

Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Sup Ketam penawar Demam Denggi


Assalamualaikum dan selamat petang, bersua kembali di arena ini...semoga kawan2 sihat walafiat di samping insan2 tersayang... 

Di kesempatan ini, Fie nak kongsikan masak sup ketam....oleh kerana sejak akhir2 ini ramai yang sakit demam denggi...bolehlah cuba resepi ini....
Kalau badan rasa sejuk panas-sejuk panas macam nak demam tu eloklah amalkan sup ketam ini.. 

Penawar denggi ni Fie dapat tahu dari kawan2 yang memberitahu sup ketam sesuai untuk demam denggi...dan telah mencubanya semasa salah seorang ahli keluarga yang pernah terkena demam denggi selama satu bulan pada tahun 2008 dahulu...apa yg Fie buat ialah masak sup ketam makan  dengan nasi dan beri minum air 100 plus di waktu pagi, tengahari, petang dan malam.. di samping ubat-ubatan hospital...Berkat doa dan tawakkal, Al-hamdulillah sembuh.

Harapan Fie bagi sesiapa yang tahu saudara-mara, kawan2, jiran tetangga yang demam denggi bolehlah mencuba resepi ini dan tolong bagitahu kepada mereka masaklah sup ketam...Sup ketam penawar untuk demam denggi...bukan bermakna hirup sup ni sekali je, makan isi ketam dan hirup supnya sekali setiap hari...Buat le 2 ekor sehari...
Insya Allah...disulami dengan doa dan bertawakkal kepada ALLAH dan ubat-ubatan dari hospital...demam denggi tidak boleh dipandang ringan..perlu segera ke hospital..kerana boleh membawa maut.

Antara bahan-bahannya:
  • 2 ekor ketam segar @ ketam nipah
  •  4 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 ulas bawang merah kecil ( ditumbuk )
  • 1 batang serai ( diketuk )
  • 6 biji lada hitam  ( ditumbuk )
  • 3 gelas air
  • sedikit garam dan gula mengikut citarasa
Cara membuatnya :
  1. Tumbuk  lada hitam, bawang putih dan bawang merah biar hancur.
  2. Basuh ketam dengan bersih ( buang isi perut yang kotor )
  3. Masukkan air ke dalam periuk, apabila air sudah mendidih masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  4. Selepas itu masukkan ketam dan kacau, biarkan seketika.
  5. Masukkan pula serai dan sedikit garam, gula mengikut citarasa.
  6. Biarkan mendidih dan balik-balikkan ketam agar masak.
  7. Bila isi ketam sudah masak, bolehlah ditutup api gas.
  8. Selamat mencuba tanpa menggunakan minyak.
 Ada satu lagi penawar untuk demam denggi ialah dengan meminum air 100 plus...kerana di dalamnya mengandungi kandungan isotonik yang boleh menguatkan badan yang lemah.....dan perlu juga mendapat nasihat doktor ya...

Caranya : buka penutup botol selama setengah jam biar gas air tersebut keluar...lepas tu bolehlah di minum...amalkan setiap hari...sebelum minum tu...bacalah Al-Fatihah 1 kali, ayat Qursi 1 kali, 3 Qul 1 kali dan kalau tahu doa tolak bala lagi bagus baca semasa hendak minum...kalau orang sakit tak mampu nak baca, maka orang yang sihat le kena tolong bacakan...kerana setiap penyakit ada ubatnya...semuanya kena banyak bertawakkal kepada ALLAH....satu lagi petua ialah buat air yassin...iaitu baca surah Yassin 3 kali ke dalam air mineral dan tiupkan di air...mesti yakin...buat minum pada yang sakit demam denggi...Insyaallah dengan izin ALLAH panjang umur...

ok selamat mencuba...

Saturday, January 21, 2012

Ketam masak gulai merah


Assalamualaikum dan selamat malam, apakhabar semua di tahun baru ni? Fie doakan moga kalian semua sihat....cuti tahun baru Cina ni ramai yang balik kampung. Hati2 di jalan raya...moga selamat sampai ke destinasi masing2...Fie tak balik coz cuti hujung tahun, dah balik lama..
Pada malam ni Fie nak kongsikan masak Ketam...Resepi ni daripada mama Fie sendiri....biasa lah masa muda remaja dulu belajar masak2 ..tu yg dapat resepi....


Antara bahan2 nya :
  • 4 ekor ketam besar ( dibuang dan dibersihkan perutnya...bersihkan juga cengkerang kulit luarnya...)
  •  2 ulas bawang sederhana besar  *
  • 4 ulas bawang putih  *
  • 2 sudu cili kisar @ cili giling *
  • 2 inci halia *
  • 1 batang serai ( diketuk2 )
  • 1 mangkuk santan
  • 1 keping asam gelugor ( asam keping )
  • sedikit garam n gula mengikut citarasa
  • sedikit gula melaka ( penyedap rasa )
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya :
  1. Semua bahan yang bertanda bintang * diblenderkan terlebih dahulu @ ditumbuk je..
  2. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumiskan bahan2 bertanda bintang * tadi sehingga sedikit garing.
  3. Selepas itu masukkan santan ke dalam periuk dan kacau. Masukkan sedikit garam, gula, sedikit gula melaka, serai dan asam keping. Kacau lagi...jangan tinggalkan..mesti sentiasa kacau agar kuahnya tak berketul..
  4. Apabila kuah sudah mendidih, bolehlah masukkan ketam bersama kulit cengkerangnya..balik-balikkan ketam tadi...kacau kuahnya lagi. Bila ketam sudah merah kulitnya bolehlah ditutup api gas dan dihidangkan...itu je..senangkan..
  5. Selamat mencuba...
.