Assalamualaikum dan selamat petang, semoga semua bahagia dan ceria2 selalu.
Hari ni Fie nak kongsikan tentang resepi kerabu mangga lagi..resepi ni Fie buat sendiri.
Antara bahan2nya :
2 biji Mangga saiz kecil (dicincang dan dipotong memanjang @ guna pemarut buah )
1 ulas bawang merah kecil ( dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
2 biji cili padi ( dihiris )
1 biji limau kasturi ( diambil airnya )
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil gula pasir
2 sudu besar kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
sedikit ikan bilis yang digoreng garing
Cara membuatnya:
- Masukkan gula, garam, cuka dan air limau kasturi ke dalam mangkuk ( kacau sampai hancur garam n gula)
- letak garam n gula mengikut citarasa sendiri.
- selepas itu, masukkan Mangga yang telah dipotong memanjang tadi dan gaul rata
- masukkan bawang merah, bawang putih, kacang goreng, cili yg telah dipotong dan gaul sekali lagi.
- akhir sekali taburkan ikan bilis goreng.
- bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.
Senang je kan...selamat mencuba.