Assalamualaikum dan selamat petang, diharap semua pembaca sihat sejahtera...Hari ini saya ingin berkongsi resepi tentang kerabu mangga. Kerabu mangga adalah makanan yg paling popular di Thailand. Ia mencukupi rasa sebenar kerabu Thai iaitu masam, manis, masin dan pedas yg membangkitkan selera.
Bahan2nya:
2 biji mangga muda besar @ kecil (sy guna mangga besar muda)- dibuang kulit dan diparut memanjang
2 biji bawang merah kecil (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
4 biji cili api hijau (dihiris)
2 sudu besar kacang tanah yg telah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
sedikit ikan bilis yg digoreng garing
1 biji limau nipis (diambil jus)
1 sudu kecil cuka
secubit belacan jika berminat
sedikit garam & gula secukup rasa
Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas mangkuk.
Kemudian masukkan garam, gula, jus limau nipis, cuka, secubit belacan dan gaul sehingga sebati.
Masukkan kacang tanah goreng tanpa perlu ditumbuk dan taburkan ikan bilis goreng.
Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment