Pages

Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Karim

   

     Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan yang dihormati...rasanya dah nak masuk 5 bulan tak bersua di blog ni, tak dapat nak gosip-gosip kan...he.he.he..rindu pada coleteh kawan-kawan...bukannya nak undur diri...tapi Fie ada masalah kesihatan tu yang takde masa nak berceloteh di sini...banyak berehat...Fie tak boleh duduk terlalu lama dan nak berdiri terlalu lama pun sakit...memang dari segi luaran orang nampak macam sihat je...tapi sakit Allah yang tahu...sekarang masih dalam rawatan...sebelum ni pun dah  terima banyak cubaan dan dugaan dari yang Maha Esa...apa yang Allah beri terima dengan redha...tapi usaha masih tetap ada untuk lebih sihat dan ceria seperti orang lain..
      Di kesempatan ini, walaupun dah masuk 4 hari umat Islam berpuasa, Fie nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia, semoga kita dapat berpuasa penuh sampai sebulan dan berjaya menempuh bulan Ramadhan ini. Al-hamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk kita berpuasa lagi pada tahun ini, kita memang sangat-sangat bertuah dan beruntung, sedangkan ramai yang sudah  pergi di saat hampir-hampir dengan Ramadhan...rebutlah peluang keemasan ini untuk sama2 kita melipat gandakan amalan masing-masing selagi kenikmatan yang Allah beri itu masih ada...sampai masa dan ketika kita akan berjumpa dengan Allah jua...dunia hanya sementara cuma tempat untuk kita menabur benih...hasilnya kita akan dapat di akhirat nanti..insya Allah.

Sunday, February 5, 2012

Selamat Menyambut Maulidurrasul 1433Hijrah dan pesanan terakhir Rasulullah S.A.W


 Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ni semua umat Islam seluruh dunia menyambut Maulidurrasul iaitu sempena kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Nabi kita  lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun Gajah 571 Masehi. Sentiasalah kita berselawat untuk Nabi kita sebagai tanda ingatan dan kasih sayang buat baginda.

Jom kita baca tentang Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

 

Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. 

Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. 

Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib.

Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  
Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.Beliau juga digelar Al Amin (Bahasa Arab الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

 

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

 

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. 
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. 
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. 
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."............dipetik dari ms.wikipedia.org. ( terima kasih )
Semoga kita semua sentiasa mengikuti segala sunnah-sunnah dan amalan-amalan Nabi. Mengingati senantiasa dengan berselawat untuk Nabi kita dan menyayanginya sepanjang masa dengan mengikuti ajaran2nya dan menjauhi segala larangannya...Amin..

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya buat kawan2 dan semua umat Islam

 
Kad Raya buat kawan2 semua- ambil lah ya...

Assalamualaikum dan selamat malam, dah berminggu tak update blog..tak sempat sebab Fie balik kampung bercuti selama satu minggu..cuti raya...rasa sekejap je kat kampung...di kesempatan ini, masih lagi di bulan Syawal...
Fie dan keluarga nak ucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan Maaf Zahir Batin 

buat semua kawan2 dan semua umat Islam yang beragama Islam.. maaf ya jika ada terkasar bahasa, dan apa2 yg menyentuh perasaan...harap dimaafi..
semoga ceria2 selalu bersama keluarga tersayang...hargai keluarga dan sayangi mereka selama mereka masih ada di dunia ini...tanpa mereka semua, siapalah kita ni..

Sunday, July 31, 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan - Selamat Datang Bulan Ramadhan -

                                        pic- by google-tq

Assalamualaikum dan selamat  malam, sekejap je masa berjalan...pejam celik, pejam celik...esok dah masuk bulan Ramadhan...bulan suci, bulan berkat, bulan yang diredhai, bulan pengampunan. Bulan ini mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bulan2 lain.

Selamat Datang bulan  RAMADHAN yang akan membersihkan kami, bulan yang di dalamnya semua baik, puasa pada siang harinya dan bangun malamnya, sedekah dalam bulan ini sama dengan membiayai perjuangan jihad fisabilillah ". Begitulah kata2 alunan Sayidina Umar Ibnu Khattab ( r.a ) bila menyambut kedatangan fajar Ramadhan.

Antara kelebihan pada bulan ini :

1. Amalan fardhu yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini akan dilipatgandakan menyamai pahala 70 fardhu pada bulan yang lain.

2. Amalan Sunat yang dilakukan di bulan ini akan diberi ganjaran pahala menyamai pahala  fardhu pada bulan yang lain.

3. Pada malam Lailatul Qadar, malaikat akan turun ke bumi dan akan mengaminkan doa orang2 yang mengerjakan amal ibadat pada malam itu.

4.Berpuasa mendatangkan kegembiraan, ketenangan dan kelapangan hati di samping mendapat pahala dan keampunan dari ALLAH S.W.T sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud :
"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Kegembiraan yang pertama ketika masa berbuka dan kegembiraan yang kedua ialah ketika masa menemui Tuhannya."         
  
   Petikan dari buku "Iktibar dari kamus hidup orang Soleh".

Jom kita sama2 memuhasabah diri.
Selamat Beramal dan juga Selamat menjalani ibadah puasa pada semua yang beragama Islam, semoga pada bulan yang berkat ini memberi ketenangan dalam hidup kita di dunia dan di akhirat. Amin....

Sunday, May 22, 2011

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum dan selamat malam semua...malam ni Fie nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua yg bergelar guru...dan kepada semua guru yang pernah mengajar Fie dulu sejak di tadika, sek.rendah, sek menengah dan universiti. 16 MEI- sambutan Hari Guru. walaupun sudah kelewatan, tak mengapalah coz minggu lepas adalah minggu kesedihan kerana bapa saudara sebelah mama yang dikasihi telah kembali meninggalkan alam dunia pada pagi Rabu 18 Mei di hospital...rasa macam terkejut dan sedih sangat coz tak sempat melihat dia di saat2 akhir...bulan 3 masa balik kampung hari tu je dapat ziarah dia. Al-Fatihah untuknya semoga dirinya bersama dengan golongan orang2 yg beriman..amin..

Di sini Fie nak titipkan kata2 nasyid ni dari Inteam...memang syahdu buat semua guru2 Fie yg terbaca blog ini dan pada semua yg bergelar guru..

Guruku

Wahai guruku yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
menerangi hati nurani,
moga dirimu dirahmati,

Ya Allah
peliharalah guruku,
agar dipimpin terus hambaMU
agar terhindar dari Neraka
moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
berkorban jiwa raga
mendidik anak bangsa
jadi insan berguna
keikhlasan dihati
hulur bakti dan budi
kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guru2ku
kesilapan anak2mu
ku serahkan jiwa ragaku
agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi
engkau guru yang sejati,
engkau bersabar mendidik kami
semoga dirimu diberkati
Datang dengan harapan
pulang bawa kejayaan
anugerah yg diimpikan

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
mendidik anak bangsa
jadi insan berguna

Keikhlasan dihati
hulur bakti dan budi
kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati.
Semoga dirimu diberkati...amin..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

                                                                    pic by google -tq

Assalamualaikum dan selamat pagi, Hari ni sempena Hari Ibu Fie nak ucapkan kepada semua ibu2  
  " Selamat Menyambut Hari Ibu ",  semoga menjadi ibu yang dedikasi mendidik anak2 menjadi manusia yg berguna di dunia dan akhirat.
Buat mamaku yang berada di kampung,
Selamat Hari Ibu: mamaku...Didoakan mama bahagia selalu di samping anak2 tersayang dan family...Fie doakan mama sihat walafiat menjalani hidup ini, jaga diri dan jaga kesihatan. Fie doakan juga mama dimurahkan rezeki senantiasa dan dipanjangkan umur. Segala pengorbanan mama tak mampu Fie balas. Semoga hidup mama bahagia dan dirahmati Allah selalu...amin...

Fie nak bagi hadiah Hari Ibu ni pada semua yang bergelar ibu. Harap sudi ambil sebagai kenang-kenangan.
Secawan Bunga utk Hari Ibu..





Sunday, May 1, 2011

Selamat Cuti Hari Pekerja dan kad followers drpd Sweet Memories- tq

 
Picture dari google-tq


Assalamualaikum dan selamat malam, diharapkan semua sihat2 senantiasa. Malam ni Fie nak ucapkan kepada semua kawan2 dan semua pengunjung blog " Selamat Bercuti Hari Pekerja"  1 Mei 2011...seronoknya esok cuti...dapat le rehat kat rumah...

Oleh kerana esok cuti, jadi kenalah rehat betul2 tau. 
Sempena cuti Hari pekerja ni, kita sebagai pekerja perlulah ikhlaskan diri dlm bekerja...tak kira lah apa jua kerja kita, janji kerja halal. Sebagai suri rumah sepenuh masa pun kena ikhlaskan diri juga. Kalau nak ikutkan memang banyak kerja suri rumah kan...itulah tanggungjawab dlm rumahtangga..kalau bekerja makan  gaji, tanggungjawab dgn majikan pula....

Kalau kita bekerja seikhlas hati, kita akan dapat keberkatannya dari Allah S.W.T.
manakala kalau kita bekerja hanya melepaskan batuk di tangga je dan suka bertangguh...kita tak akan dapat keberkatan hidup...bertimpa2 masalah akan datang..contohnya kalau makan gaji,,,kita kata takpe tak buat pun kerja ..." yahooo cukup bulan dapat gaji"...itu bermakna kita membuat kerja dengan tidak ikhlas...buat kerja main2 je...bersyukur le kita dapat kerja berbanding ramai lagi kat luar sana sedang mencari2 kerja..membebel ke...tak lah...ini sekadar celoteh je...

Thanks ya, kad  followers ni Fie dapat daripada Sweet Memories - tq...semoga perkenalan ini membawa kemesraan berpanjangan.

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidurrasul 12 Rabiul Awal 1432 H

 Masjid Nabawi peninggalan Nabi -pic by pak google

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan2 alam maya..al-hamdulillah hari ni cuti sempena sambutan Maulidurrasul iaitu memperingati kelahiran junjungan kita Nabi MUHAMMAD S.A.W. Betapa mulianya Nabi kita di bawah lindungan ALLAH S.W.T dan sayangnya Allah pada Nabi kita. Kita adalah umat akhir zaman. Nabi Muhammad adalah penutup segala Nabi.Nabi kita adalah nabi yang ke 25 yang wajib kita sbg umat Islam ketahui. Al-hamdulillah Nabi kita pembawa rahmat sekalian alam semua dapat merasainya.

 Nabi kita lahirkan  pada 12 Rabiul Awal pada tahun gajah bersamaan 571 Masehi.

Kita sbg umat perlu ingat salasilah keturunan Nabi iaitu : Nabi Kita bernama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Qilab.

Manakala sebelah ibunya :  Aminah bt Wahab bt Abdul Manaf bt Zahrah binti Qilab.Nama moyang Nabi ialah Qilab.Bertemu sebelah ibu dan bapa. Bapa n ibu nabi rupanya kawin saudara mara.

Sedihnya Nabi dilahirkan sebagai anak yatim.Tidak pernah kenal bapanya...Bapanya berniaga ke syam, dlm perjalanan pulang bapanya telah jatuh sakit dan meninggal dunia di Yasrib..dan dikebumikan di sana.

Hanya sempat hidup bersama ibunya beberapa ketika sahaja..kerana ibunya telah juga wafat pada usia Nabi masih kecil dan dikebumikan di Abwa iaitu semasa dlm perjalanan pulang Nabi bersama ibunya serta Ummu Aiman dari menziarahi makam bapanya di Yasrib
Itulah PEMIMPIN UMAT sejak dlm kandungan ibunya sudah diuji...KiTA BAGAIMANA?

Nabi berasal dari keturunan mulia, dari kalangan kaum bangsawan..datuknya penjaga Kaabah. Dikenali di seluruh pelusuk dunia.
Semasa kecil, Nabi disusui oleh ibunya selama beberapa hari sahaja.  Kemudian disusui oleh Suwaibatul Aslamiah - selama 3 hari.

Halimatus Sa'diyyah - menyusukan Nabi selama 4 tahun. Sudah menjadi adat kaum bangsawan, anak disusui oleh org lain dan dididik serta diasuh dengan penuh kasih sayang.
Tujuan disusui oleh org lain kerana untuk memulihkan kesihatan ibu, pertumbuhan akal dan badan yag sihat dan membawa keberkatan. Itulah anataranya...kerana juga ibu susu Nabi seorang yg mempunyai budi pekerti yang mulia.

Di desa Bani Saad Nabi dibesarkan, di situ kehidupan masyarakatnya penuh dgn nilai2 murni, bersatu padu dan berakhlak mulia, bekerjasama dan kukuh persaudaraan...di situlah Nabi dididik dgn penuh mulia, fasih bertutur, hidup berdikari. 

Nabi dipelihara oleh Datuknya Abdul Mutalib selama 2 tahun selepas kewafatan ibunya. Nabi dididik dengan akhlak mulia oleh datuknya. 
Selepas datuknya meninggal dunia, nabi dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib..Beliau adalah abang kepada bapanya Abdullah. Walaupun Abdul Talib masih belum Islam, tetapi beliau sangat sayang pada anak saudaranya.Ketika usia 8 tahun Nabi Kita dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib sehingga dewasa. Di ajar menggembala kambing dan berniaga.
Menggembala kambing satu kerja mulia...Anda pasti tahukan kambing adalah haiwan yg paling degil sekali..tetapi Allah mengajar Nabi HIDUP SUSAH semasa dari kecil lagi dengan menggembala kambing. 

Nabi dididik dengan kecerdasan akal, jasmani, syaksyiyyah peribadi dan rohani yang unggul...Kemiskinan mengajar erti kedewasaan. Cabaran juga mengajar erti kedewasaan.
Bapa saudara Nabi walaupun dia masih dengan agama datuk moyangnya (agama Jahiliah ) tetapi segala tindak tanduk Nabi menyebarkan agama Islam disokong 100%..Kerana hatinnya masih belum terbuka untuk menerima Islam...tapi yg paling sedihnya bagi Nabi ialah di saat kematiann bapa saudaranya Abu Talib, Nabi masih mengajak bapa saudaranya agar mengucap 2 kalimah syahadah tetapi bapa saudaranya masih berdegil ingin berada dgn agama asal..Akhirnya meninggallah bapa saudara Nabi dgn agama Jahiliah..kesiankan Nabi  bapa saudara yg paling disayangi...

Nabi di usia kanak2 sudah bekerja dan mengambil upah menggembala kambing kerana bapa saudaranya hidup susah.. Pada usia 12 tahun, baginda telah menbantu bapa saudaranya berniaga di Syam...Zaman Nabi dahulu kenderaan hanyalah unta, tidak seperti sekarang..byk kereta, van dan bermacam2 lagi. Nabi tidak terpengaruh dgn perkara2 yg tidak baik, malahan mghabiskan masa dengan berfaedah  tidak seperti sebilangan anak remaja  sekarang...menghabiskan masa begitu saja.

Pekerjaan kedua Nabi ialah berniaga. Nabi seorang yg bertanggungjawab ketika berniaga, amanah, tidak menipu, jujur dan rajin.
 Berniaga adalah pekerjaan mulia, jika kita tidak menipu dalam perniagaan, kita akan mendapat keberkatan yg berlipat kali ganda.

Akhir sekali, dipendekkan cerita Nabi S.A.W. berkahwin dgn Khadijah bt Khuwailid pada umur 25 tahun..Manakala Khadijah berkahwin dlm usia 40 tahun.Khadijah seorang bangsawan yg mulia dan berjaya di kota Mekah. Khadijah berkahwin dgn Nabi kerana tertarik dgn sifat Nabi dan akhlak mulia, jujur, rajin, sabar dan seorang yg bijak.
Selepas berkahwin baginda meneruskan perniagaan dan hidup secara sederhana sahaja. Baginda hidup aman, bahagia dan penuh kasih sayang. Dengan perkahwinan itu, baginda mendapat anak seramai 6 orang, iaitu Qosim, Abdullah, Rokiyyah, Zainab, Ummu Kalsom dan Fatimah. Hanya Fatimah yg hidup lebih lama. Tetapi anak2 nabi yg lain meninggal  di usia yg masih kecil. Anak Nabi semua sebenarnya ada 7 orang ( Ibrahim  adalah anak dari isteri perkahwinan yg lain) .

Sekian dulu celoteh saya melalui pembacaan dari  buku2 agama..semoga menjadi ikhtibar kepada hidup kita semua.
Banyakkan berselawat untuk Nabi sebagai umat akhir zaman  agar Nabi akan ingatkan kita di padang masyhar nanti..tempat perhimpunan semua manusia di seluruh pelusuk dunia...takutnya kan..
Bersama2lah  kita memuhasabah diri kita, hiasi peribadi agar menjadi insan yg kamil sempurna..Insya Allah.. dan mengamalkan sunnah Nabi selalu..amin.. banyakkan bersedekah kerana harta yg kita dapat bukan bermakna milik kita seorang sahaja. Harta tu untuk orang lain merasai sama, perlu diagih2kan barulah mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat kerana kita hidup tidak lama, sampai masa ke tanah jua...













Monday, December 6, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432 Hijrah

    
           Sama2lah kita menghayati terjemahan ayat2 suci                 AL-QURAN...agar kita insaf.


Assalamualaikum...dan selamat malam...

Selamat menyambut Maal Hijrah 1432 Hijrah.

Peristiwa Hijrah Rasulullah bersama sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah yg mengajar kita seribu satu macam hikmah dan matlamat.
Peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dari Makkah ke Madinah merupakan titik tolak perpindahan daripada kesengsaraan kepada kegemilangan Islam yg mana akhirnya membawa kepada ketamadunan Islam yang menjadi simbol keagungan di mata dunia.

Allah memerintahkan umat manusia untuk hidup selamat di dunia, hijrah Rasul S.A.W. telah menjadi pemangkin kepada kekuatan untuk membina umat, tema sambutan tahun ini iaitu "SATU UMMAH SATU MATLAMAT" menepati tuntutan Islam sendiri kerana Rasul telah membina Wahdatul Ummah sebaik sahaja sampai ke Madinah.

Kita sebagai umat perlu :

-Berpindah dari keburukan ke arah kebaikan..agar menjadi ummat yg berjaya fi duraini ( 2 alam) - di dunia dan akhirat.
-Berhijrah dari kelemahan jiwa ke arah kekuatan jiwa dan rohani.
-Berkorban dan menwujudkan masyarakat Islam yg kental, tahan diuji dan berupaya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat lain.
- Membuat perubahan diri ke arah yg lebih baik dari tahun2 yg telah lepas.
-Komited dgn tugas2 kita sebagai umat akhir zaman.
-Tali persaudaraan yg dianjurkan oleh nabi semasa peristiwa hijrah untuk menjadi umat yg gemilang "Khaira Ummah"- dikagumi semua orang, kawan dan lawan. Ini bermakna, umat perlu bersatu...yakni bersatu atas  nama Islam.
-Umat Islam perlu berpandukan kepada AL-QURAN sebagai sumber rujukan dlm menyelesaikan segala permasalahan yg dihadapi.

Allah berfirman yg bermaksud:

Orang yg beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang2 yg mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberi rahmat kepadanya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal.   - surah At-Taubah ayat 20-21


Sekian WASSALAM.