Pages

Showing posts with label Tomyam. Show all posts
Showing posts with label Tomyam. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Tomyam ala Thai dan hadiah dari kak Yatie memories ( Sinar Kehidupanku )


Assalamualaikum & selamat petang...apa khabar? Fie doakan agar semua pembaca bahagia di samping keluarga. 
Biasanya hujung minggu bolehlah masak2. Masakan biasa je iaitu Tomyam campur ( udang, sotong, daging & ayam )

Bahan2nya :

4 ekor udang
4 ekor sotong
sedikit daging 
sedikit ayam
2 sudu besar pes tomyam  Adabi
1 sudu jus limau nipis
1 labu bawang besar
                            3 ulas bawang putih ( diketuk2)
4 biji cili api ( diketuk2 )
1 batang serai ( diketuk2)
1 inci lengkuas (diketuk2)
1 inci halia (diketuk2 )
 2 helai daun limau purut
 garam secukup rasa
1 biji tomato ( biar rasa masam)
sedikit air

Cara membuatnya:

Tumis bawang putih.
Bila dah naik bau masukkan pes tomyam Adabi. Masukkan air sehingga mendidih.
Kemudian masukkan udang, sotong, ayam dan daging.
Masukkan cili api, serai, lengkuas, halia dan daun limau purut.
Selepas itu masukkan jus limau nipis, bawang besar, tomato dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih.
Angkat dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.
 

Hadiah dari kak Yatie -tq

 
http://yatiememories.blogspot.com/
Terima kasih kak Yatie bagi bunga comel pada semua sahabat alam maya...coz blognya dah mencapai 1000 follower..Fie doakan semoga kak Yatie n family ceria2 selalu..panjang umur, murah rezeki n sihat2 selalu.