Pages

Showing posts with label Fish. Show all posts
Showing posts with label Fish. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Ikan Siakap masak kukus


Assalamualaikum dan selamat malam...apakhabar semua? Harap semua dlm keadaan sihat sejahtera..Malam ni Fie nak kongsikan resepi Ikan Siakap masak kukus..dah banyak hari tak bersiaran...malam ni terasa free nak berblog seketika..Ikan ni Fie masak ikut selera sendiri selepas mencuba beberapa kali masakan di restoran.

Antara bahan2nya:

1 ekor ikan siakap ( dibuang sisiknya dan dikelar sedikit )
3 ulas bawang putih    (ditumbuk )
1 ulas bawang merah ( ditumbuk )
2 inci halia   ( ditumbuk )
1 batang serai   ( diketuk2 )
1 labu bawang besar ( dihiris )
sedikit daun bawang dihiris
sedikit garam dan gula
3 biji limau kasturi diambil airnya
1 biji cili besar  ( utk hiasan ) 
sedikit carrot    (utk hiasan )

Cara  membuatnya :
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga hancur bersama sedikit garam halus.
  • kemudian  lumurkan  ikan siakap tadi, perap seketika.
  • Ambil periuk kukusan dan rebus air sampai mendidih.
  • masukkan ikan yang diperap tadi ke dalam loyang, taburkan sedikit gula, bawang besar yang dihiris, carrot, daun bawang, air limau kasturi dan serai yang diketuk. Masukkan juga cili besar jika suka.
  • Tutup  penutup periuk kukusan tadi sehingga ikan itu masak.
  • Apabila sudah agak masak, bolehlah ditutup api gas.
  • sedia untuk dihidangkan.
  • tidak perlu meletak air kerana air ikan tersebut akan keluar menjadi sedikit berkuah.
  • selamat mencuba.






Wednesday, June 1, 2011

Ikan Cencaru masak merah

Assalamualaikum dan selamat malam..Fie doakan semua pembaca sihat2 n ceria2 selalu..
Malam ini nak kongsikan resepi ikan cencaru masak merah. Dah seminggu lebih tak sempat nak update blog coz banyak kerja yang perlu dibuat dengan segera. Jom layan  seketika ikan cencaru ni..


Antara bahan2nya:

2 ekor ikan cencaru   (dipotong kalau suka n dibelah tepi )
     2 ulas bawang putih   ( ditumbuk )
     1 inci halia                     ( ditumbuk )
     1 inci kunyit hidup     ( ditumbuk )
     sedikit garam              ( ditumbuk )

  Ikan cencaru diperap seketika dgn bahan2 di atas
  Kemudian digoreng garing dengan minyak yg panas dan   ketepikan letak dlm pinggan.


                                 Bahan2 sos merah:

  5 biji cili kering ( dibuang biji, direndam air panas, dibasuh dan diblender )
  3 ulas bawang putih ( dikisar )
  2 ulas bawang merah ( dikisar )
  1 inci halia                    ( dikisar )
  2 inci gula Melaka
  sedikit garam dan secubit gula pasir
  sedikit sos cili Life
   2 biji cili besar merah hijau (sbg hiasan )
   1 labu bawang besar ( dipotong bulat )
   sedikit air

Semua bahan2 di atas ditumiskan dengan sedikit minyak dan ditambah dengan sedikit sos cili Life dan dimasukkan sedikit garam, secubit gula, seinci gula Melaka dan cili besar serta bawang besar. Letakkan sedikit air..bila dah mendidih kuahnya bolehlah diangkat dan dicurahkan ke atas ikan cencaru tadi yg siap digoreng..

ok selamat mencuba.


Saturday, May 14, 2011

Ikan Cencaru Berlada bakar


Assalamualaikum dan selamat malam, diharapkan semua ceria2 selalu...malam ni Fie nak kongsikan tentang masak  ikan cencaru berlada bakar...memang suka sangat ikan ni...kalau beli kat kedai yang dah masak rasa tak berselera mana nak makan...masakan sendiri juga yg suka..

Antara bahan2nya:

2 ekor ikan cencaru segar
10 biji cili kering ( dibelah, buang biji dan direndam air panas seketika)
4 biji cili padi merah  
2 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih   
1 inci halia muda ( halia tua pun boleh je)
1 inci kunyit    
sedikit garam 
1 sudu kecil gula
2 inci gula Melaka ( nisan )
beberapa helai daun pandan @  daun pisang
1 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya :
  •  Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah tepi
  • Ambik lesung @ blender kisarkan bahan2 ini ( Fie lebih suka guna lesung)...masukkan lada kering dan cili padi tumbuk biar hancur, masukkan sedikit garam debu untuk hancurkan cili. 
  • Selepas itu  masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan tumbuk lagi sampai hancur
  • Masukkan sedikit gula, gula Melaka dan tumbuk lagi
  • Akhir sekali masukkan sedikit garam.
Kesemua bahan2 di atas dimasukkan ke dalam badan ikan yang dibelah tadi dan didada ikan.

  • Perap selama 10 minit. 
  • Kemudian bolehlah dibakarkan. Semasa hendak membakar..alaskan tempat pembakar dengan daun pandan @ daun pisang agar naik baunya dan tidak melekat ditempat membakar. ( Fie guna daun pandan )
  • Curahkan 1 sudu  besar minyak masak ke atas ikan2 agar nampak basah.
  • Selamat mencuba.                            





Monday, January 17, 2011

Sardin masak tumis



Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 alam maya. Moga ceria2 selalu....petang ni Fie masak ringkas je iaitu Sardin masak tumis...ha ha kat rumah memang ada stok sardin...kalau sibuk sangat...boleh le masak sardin...senang dan cepat..makan dengan nasi panas bersama ulam-ulaman memang best sangat..sardin ni kalau ditumis semula memang best..

Bahan2 :

1 tin sardin saiz kecil ( biasa guna chap ayam brand coz ikan sardin betul )
2 ulas bawang putih ( diketuk2 )
1 sudu cili giling
1 labu bawang besar yg sederhana ( dihiris )
sedikit garam
1 keping asam gelugor
1 biji cili merah ( dipotong )
4 sudu sos cili Thai Maggi
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
untuk tambahan kalau suka sayur masukkan je
( sy letak sayur carrot n jagung muda -dipotong )

Cara membuatnya:

Tumis bawang putih yg diketuk2, 
masukkan cili giling  kacau biar garing.
Selepas itu masukkan ikan sardin, 
sos cili Thai, sedikit garam,  asam gelugor, cili merah, bawang besar dan sedikit air. Masukkan sayur kalau suka.
Bila dah nampak kuah nak kering, boleh le tutup dan dihidangkan.
Itu je caranya....selamat mencuba...
alahai masak sardin je...janji perut kenyang.

coz ramai lagi kat luar sana tak dapat makan, makan nasi dengan garam je, makan nasi dengan kicap je, kadang2 tu tak jumpa nasi pun kerana tak ada duit nak beli beras...sedihkan..kita yg hidup ni mesti bersyukur apa yang ada...semua tu ujian dari Allah..kena usaha dan tawakkal..sesi muhasabah diri sendiri.

ok wassalam.












                         

Friday, January 7, 2011

Ikan Pekasam

 

Ikan Pekasam Negeri Perlis
kalau digoreng bersama cili kering dan bawang besar lagi best..

Assalamualaikum...dan selamat petang...diharap semua yang berkunjung kat sini sihat walafiat..
Hari ini Fie ingin berkongsi masakan iaitu Ikan Pekasam Negeri Perlis.
Ikan ni mak saudara beli kat pasar Nat-.disimpan dlm peti ais... baru sempat menggoreng...al-maklum lah nak makan ikan ni kena sesuaikan dengan masakan lain..kami memang suka makan ikan pekasam dengan sayur masak lemak, lepas tu pekena dengan sambal belacan...fuyoo memang sedap dimakan masa nasi panas2...
masa kat rumah sepupu hari tu sempat le belajar cara nak buat ikan pekasam ni...
Biasanya orang buat ikan pekasam ni dengan ikan sungai dan ada juga guna ikan sawah...
Negeri Perlis ni banyak sungguh sawah padi...memang semasa dlm perjalanan balik dari kenduri sebelah petang Fie tengok memang meriah orang Perlis sedang memancing ikan dekat parit berhampiran sawah padi...teringin juga rasanya nak memancing ikan.
Biasanya ikan puyu, ikan sepat, ikan talapia, ikan lapan..dibuat pekasam.
Resepi ini belajar dari sepupu yang tinggal kat Perlis.

Bahan2nya:

   6 ekor  ikan  sungai @ ikan sawah segar 
( dibersih dan disejat )
  ikan tersebut perlu diletak garam dan tidak perlu dikelar
        1 cawan beras digoreng sehingga keperangan dan dikisar halus (blender kering)

  1/2 cawan air asam jawa yg pekat
          1 sudu besar gula merah/gula pasir                                                   
Cara membuatnya :

Basuhkan ikan biar betul2 bersih dan sejatkan. Letak garam mengikut kesesuaian ikan.
Gaulkan kesemua bahan2 tersebut dan dimasukan kedalam bekas dan diperam sehingga masam dan  menyerap semua bahan  selama 1 malam. Untuk bertahan lebih lama seeloknya masukkan dlm peti ais agar tahan dan tidak rosak. 
Sekadar ingin berkongsi....
Fie sendiri pun belum cuba lagi....

Selamat mencuba...




.




Friday, December 31, 2010

Siakap 3 rasa ( masam, masin, manis )


Assalamualaikum &  selamat petang...hari ni adalah penutup bagi tahun 2010,
hari ni juga cuti sempena kemenangan bola - 
Piala AFF Suzuki ( Malaysia lawan Indonesia )
Hari ini saya ingin berkongsi masakan 
ikan Siakap 3 rasa ( ada rasa masam, masin, manis )
Di dalam hidup ni ada macam2 situasi kehidupan kadang2 rasa happy, kadang2 rasa tak happy, kadang2 ada suka, kadang2 ada duka...begitulah lumrah alam...
bagi saya alam pekerjaan...kadang2 menyeronokkan,  kadang2 menyedihkan, kadang2 tu menyakit hati...kadang2 membosankan, kadang2 memenatkan, kadang2 rasa nak berhenti je, kadang2 rasa nak bekerja keras untuk 2011

rasanya alam pembelajaran lebih menyeronokan dari alam pekerjaan...ini kerana keadaan sekeliling kadang2 tidak membantu untuk lebih cemerlang dlm hidup...namun hidup ini perlu juga digagahi untuk kebahagiaan  masa sekarang dan masa hadapan...
walau apa pun hidup perlu diteruskan jua..untuk mencapai kemanisannya. 

Antara bahan2nya:

Bahan A : Ikan
1 ekor ikan siakap sederhana saiz
1 inci kunyit hidup ( ditumbuk )
1 inci halia ( ditumbuk )
1 ulas bawang putih ( ditumbuk )
sedikit garam


Bahan B :

sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 labu bawang besar ( dihiris )
1 biji lada besar merah ( dihiris )
2 biji cili padi ( dihiris )
1 biji tomato ( dibelah 4 )
sedikit nenas separuh masak ( kalau suka- dipotong dadu )
1 senduk kecil sos Thai- maggi
sedikit garam halus
secubit gula


* Sy lebih suka meletakkan secubit gula dlm masakan kerana menggantikan ajinomoto...
family sy tidak menyukainya..


Cara membuatnya :

Bahan A tadi seperti kunyit, halia dan bawang putih ditumbuk bersama sedikit garam sampai hancur. Basuh ikan sampai bersih dan dikelarkan ikan siakap ( buang sedikit sisik ikan ).
Kemudian perap ikan seketika bersama bahan yg ditumbuk.

Selepas itu panaskan minyak, pastikan minyak boleh tenggelamkan ikan. Untuk menggoreng ikan pastikan betul2 kuali tersebut panas ini kerana bagi mengelakkan daripada ikan itu melekat.
Apabila ikan sudah garing, angkat dan ketepikan.

Ambil kuali lain dan panaskan sedikit minyak untuk menumis. 
Tumis bawang putih, kemudian masukkan bawang besar, cili merah, cili padi, nenas, tomato, garam dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sos cili Thai. Letak sedikit air.
Selepas masak angkat dan tuangkan ke atas ikan.

Itu lah resepi saya. Sekadar ingin berkongsi..

Akhir sekali untuk esok saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2011, esok tarikhnya sungguh cantik 1.1.2011. Semoga  dengan dimulai  tarikh keramat ini akan menjanjikan kebahagiaan buat kita semua pada tahun 2011. Semoga tahun hadapan lebih ceria dari tahun ini.

Sekian, wassalam.
Ila liqaa, maal salamah..











Monday, November 8, 2010

Asam pedas ikan gelama mak eloi2


Assalamualaikum... dan selamat malam...

Malam ni saya nak kongsikan cara masak asam pedas ikan gelama tanpa menggunakan minyak...ini adalah makanan diet bagi yang hendak berdiet la. hehe...
Masa kecil2 dulu memang suka sangat tolong mama masak kat dapur...dapatlah korek resepi mama...saje je suka-suka nak main masak2 waktu malam... harap kawan2 sudi mencubanye...


Bahan-bahan :
- 2 ekor ikan gelama mak eloi2
- sedikit lengkuas tua*
- sedikit halia muda*
- sedikit kunyit muda*
- 2 ulas bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 1 batang serai (diketuk2)
- 4 biji cili padi*
- 1 keping asam gelugor
- 2 sudu cili giling@cili boh
- 1 biji lada hijau (hiasan)
- 1 bunga kantan
- daun kesum...lagi banyak lagi best...

Cara membuatnya:
Blenderkan semua bahan bertanda *.....atau kalau rajin nak tumbuk pun boleh, letak sedikit air sebelum kisar...
Masukkan sedikit air ke dalam periuk, lepas tu letak bahan yang dikisar tadi bersama ikan gelama..masukkan garam dan sedikit je gula (mengikut citarasa), asam gelugor, cili giling, bunga kantan, daun kesum...biarkan seketika..bila dah naik bau boleh le tutup api gas..mudah dan ringkas masakan ni...tanpa perlu menggunakan minyak.....selamat mencuba...
.....sekadar ingin berkongsi...fie..