Ikan Pekasam Negeri Perlis
kalau digoreng bersama cili kering dan bawang besar lagi best..
Assalamualaikum...dan selamat petang...diharap semua yang berkunjung kat sini sihat walafiat..
Hari ini Fie ingin berkongsi masakan iaitu Ikan Pekasam Negeri Perlis.
Ikan ni mak saudara beli kat pasar Nat-.disimpan dlm peti ais... baru sempat menggoreng...al-maklum lah nak makan ikan ni kena sesuaikan dengan masakan lain..kami memang suka makan ikan pekasam dengan sayur masak lemak, lepas tu pekena dengan sambal belacan...fuyoo memang sedap dimakan masa nasi panas2...
masa kat rumah sepupu hari tu sempat le belajar cara nak buat ikan pekasam ni...
Biasanya orang buat ikan pekasam ni dengan ikan sungai dan ada juga guna ikan sawah...
Negeri Perlis ni banyak sungguh sawah padi...memang semasa dlm perjalanan balik dari kenduri sebelah petang Fie tengok memang meriah orang Perlis sedang memancing ikan dekat parit berhampiran sawah padi...teringin juga rasanya nak memancing ikan.
Biasanya ikan puyu, ikan sepat, ikan talapia, ikan lapan..dibuat pekasam.
Resepi ini belajar dari sepupu yang tinggal kat Perlis.
Bahan2nya:
6 ekor ikan sungai @ ikan sawah segar
( dibersih dan disejat )
ikan tersebut perlu diletak garam dan tidak perlu dikelar
1 cawan beras digoreng sehingga keperangan dan dikisar halus (blender kering)
1/2 cawan air asam jawa yg pekat
1 sudu besar gula merah/gula pasir
Cara membuatnya :
1 cawan beras digoreng sehingga keperangan dan dikisar halus (blender kering)
1/2 cawan air asam jawa yg pekat
1 sudu besar gula merah/gula pasir
Cara membuatnya :
Basuhkan ikan biar betul2 bersih dan sejatkan. Letak garam mengikut kesesuaian ikan.
Gaulkan kesemua bahan2 tersebut dan dimasukan kedalam bekas dan diperam sehingga masam dan menyerap semua bahan selama 1 malam. Untuk bertahan lebih lama seeloknya masukkan dlm peti ais agar tahan dan tidak rosak.
Sekadar ingin berkongsi....
Fie sendiri pun belum cuba lagi....
Selamat mencuba...
.
No comments:
Post a Comment