Pages

Friday, December 16, 2011

Bihun goreng sempoi je....


Assalamualaikum dan selamat petang, petang ni Fie nak kongsikan pasal Bihun goreng biasa je...Bila balik kat kampung ni, lupakan seketika keadaan negeri Selangor....tenangkan jiwa di kampung halaman......seronok juga bila berada di kampung ni, pagi2 Subuh kedengaran laungan azan, kokokan ayam,  kicauan burung2 yang merdu dan angin  sepoi2 bahasa...kadang2 hujan turun dengan lebatnya...jauh dari kesibukan bandar...rasa damai dan tenang sekali...

Jom kita layan masakan ini seketika :


Antara bahan2nya:
  • 1 bungkus bihun  ( direndam dalam air panas seketika n tapis )
  •  5 ulas bawang putih   ( ditumbuk )
  • 2 ulas bawang merah sederhana besar  ( ditumbuk )
  • 3 biji cili padi   ( ditumbuk )
  • sedikit ikan bilis  ( ditumbuk )
  • sedikit daging @ isi ayam
  • sedikit garam dan gula mengikut citarasa
  •  sedikit lada sulah
  •  sedikit kicap  - Fie guna kicap kipas udang manis
  • sedikit sos cili -Fie guna sos cili Life
  •  sedikit sayur - Fie guna bunga kobis
  •  sedikit air
  •  sedikit minyak untuk menumis 
  • Keropok goreng, timun batang dan  bebola ayam Ayamas penambah selera dan hiasan..


Cara membuatnya :
  1.  Panaskan kuali letak sedikit minyak, bila sudah panas masukkan bahan yg ditumbuk tadi seperti bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili padi ke dalam kuali....kacau biar sedikit garing.
  2.  Masukkan sedikit daging @ ayam ke dalam kuali dan kacau...biarkan seketika sampai empuk.
  3. Masukkan sos cili, kicap, garam dan gula mengikut citarasa.
  4. Kemudian masukkan sedikit air,  kacau lagi.
  5. Selepas itu masukkan bihun yang telah disejat  tadi dan kacau lagi.
  6. Akhir sekali massukkan sayur dan sedikit lada sulah, kacau dan rasa...
  7. Angkat dan selamat untuk dihidangkan.
  8. Selamat mencuba, bihun sempoi je ni....

Tuesday, December 6, 2011

Karipap gulung sardin


Assalamualaikum dan selamat petang...dah berminggu tak update blog.....Fie doakan semua sihat2 walafiat di samping keluarga tersayang...Pagi tadi  Fie terbang balik kampung..rindu pada mama, wan and family...dah lama tak tengok mereka...Al-hamdulillah semua sihat walafiat. Hari ini Fie nak kongsikan kuih karipap gulung sardin...sesuai untuk minum petang dan sarapan pagi..

Antara bahan2nya:
Bahagian A : Inti Sardin

1 tin sardin sederhana besar ( Fie guna Sardin Ayam Brands )
3 ulas bawang putih ( dipotong dadu kecil )
1 ulas bawang besar ( dipotong dadu kecil )
2 sudu minyak untuk menumis
1 biji cili besar di mayang
1 biji ubi kentang ( dipotong dadu kecil )
sedikit halia dimayang kecil
sedikit garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa @ setengah asam gelugor untuk menghilangkan hanyir ikan sardin.
sedikit air

Caranya :
  1. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar sampai sedikit garing
  2. Masukkan ikan sardin yang telah dihancurkan ke dalam kuali dan kacau.
  3. Masukkan pula ubi kentang yang dipotong dadu.
  4. Kemudian masukkan cili, halia, asam gelugor, garam dan gula mengikut citarasa dan sedikit air. Kacau dan biarkan seketika sehingga ubi kentang empuk.
  5. Apabila sudah kering bolehlah diangkat dan diletak dalam mangkuk.
                                             Beginilah hasilnya.

    Bahagian B :  Kulit karipap
             
                          secawan marjerin
                          3 cawan gandum
                          sedikit garam
                          sedikit air





    Caranya :
    1. Gandum dicampur dengan marjerin dan sedikit garam.  
    2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan jangan sampai melekat di tangan
    3. Gaul rata sehingga menjadi doh..
    4. Kemudian buatkan doh bulat2 sebesar telur ayam yg saiz besar.
    5. Tutup doh berkenaan dengan plastik putih.
    6. Biarkan seketika selama 10 minit di dalam peti ais sehingga doh menjadi lembut
    7. Selepas itu, bolehlah dicanai untuk diletakkan inti sardin tadi.
    8. Letak inti sardin ditepi bulatan yang telah dicanai, kemudian bolehlah menggulung sehingga memanjang...tutup inti berkenaan dengan gulungan  karipap.



     

    Selamat Mencuba.