Pages

Showing posts with label nukilanku. Show all posts
Showing posts with label nukilanku. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Amalan Sedekah (Sehelai baju buat menyapu si air mata)

                                                 Contoh Baju Kurung kanak2 perempuan.

                                             Contoh Baju Melayu Kanak2 lelaki.

      Assalamualaikum dan selamat pagi semua, semoga semua sihat dan ceria selalu..Pagi tadi selepas Fie tengok siaran Tanyalah Ustaz di TV9, tengok sekejap mengenai nasi Lemak Kopi O... ada satu segmen di dalam Nasi Lemak Kopi O...mengenai derma ini. Terpanggil juga untuk tolong memberitahu di sini mengenai SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA (Sedih bila mendengar tajuk berkenaan umpama baju tu untuk menyapu si air mata) kerana hidup Fie dulu pun bukan berasal dari keluarga yang senang.

Ceritanya begini: Ada satu pertubuhan amal bergerak secara sukarelawan bagi mengumpul baju Melayu dan Baju Kurung untuk diserahkan kepada anak2 yatim. ( hanya baju Melayu dan baju kurung je diterima )

Program ini dinamakan SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA.

Motif sasaran ialah sehelai baju hasil sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada anak2 yatim di rumah anak2 yatim.

      Sesiapa yang ingin memberi sedekah pada anak2 yatim mengenai baju raya boleh lah membeli dan poskan ke alamat tertera di bawah...Barang yang diterima hanyalah  Baju Melayu dan baju kurung yang baru dibeli. Bukan baju terpakai. Lagi banyak lagi bagus. Pihak berkenaan tidak memerlukan wang...Baju berkenaan akan diagihkan ke rumah anak2 yatim  iaitu lebih 30 buah rumah anak yatim di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

      Jika kita ingin membuat amalan sedekah, bulan Ramadhan adalah bulan berkat, pahala berganda tidak seperti bulan2 lain., rebutlah peluang ini dan anggaplah mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita membuat amal...apalah salahnya jika kita membeli 2 pasang @ 3 pasang baju anak2 untuk dipakaikan pada hari raya, kita ingatkan juga untuk anak2 yatim piatu di luar sana yang teringin juga memakai baju baru bergembira pada hari raya..maka kita belikan sehelai untuk mereka...banyak pun takpe.. 

        Untuk  saiz baju tu bolehlah layari laman web di bawah,  bagi yang teringin menjadi ahli sukarelawan pun boleh... pihak berkenaan adalah sebagai jambatan untuk tolong menyalurkan kepada anak2 yatim, kerana mungkin kita tak sempat untuk pergi ke rumah anak2 yatim.

         Dengan amalan bersedekah ini, semoga ALLAH memberi keberkatan dan ketenangan di dalam hidup kita. Bukan senang untuk mendapat keberkatan dan ketenangan.  Jika kita mempunyai wang berjuta2 pun tiada guna jika wang tersebut tiada keberkatan dan hidup kita tidak tenang.

Jom kita sama2 memuhasabah diri kita ini....yang serba kekurangan...

Maklumat lanjut bolehlah melayari alamat web di bawah:

http://www.sehelaibaju.com

Sesiapa yang berminat  untuk memberi baju baru sahaja

BAJU MELAYU  @ BAJU KURUNG boleh lah diposkan ke alamat berikut :

Hantar ke alamat:


SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Ahmad bin Sa’abun
No. 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan
Tel: 016-2151192

Tarikh bermula program

  • Team akan mula menerima kiriman mulai 1 Julai hingga 25 Ogos 2011.

    Ahmad Bin Sa’abun (Penyelaras Program)

    Laman rasmi:

    www.facebook.com/SehelaiBaju

    Rakan Media

     

         Tahniah buat penganjur dan ahli2 team sukarelawan. Semoga bahagia selalu dan kepada semua penderma semoga kalian mendapat pahala, ketenangan dan keberkatan hidup fil duraini (di dunia dan di akhirat ) Amin...

    Selamat Beramal.

     

     

Monday, November 29, 2010

Resepi panjang umur dan dimurahkan rezeki

                                            Perjalanan hidup perlu diteruskan...

Resepi panjang umur dan dimurahkan rezeki


Assalamualaikum dan selamat pagi..

     Setiap orang yang hidup kat dunia ni sememangnya ingin hidup bahagia dengan panjang umur dan dimurahkan rezeki di dalam kehidupannya. Mungkin juga ada yang meminta pada Allah agar dipendekkan umur kerana tidak tahan hidup di dunia, mungkin kerana penyakit yang ditanggung, mungkin kerana hidup dlm kemiskinan, mungkin kerana kepasrahan hidup, mungkin kerana sudah tiada hala tuju, mungkin juga baginya tiada kebahagiaan lagi, maka diminta dipendekkan umur…
           Hidup di dunia adalah sementara,tempat menabur benih utk mendapat hasil di ladang akhirat. Kehidupan ini banyak dugaan dan cabaran, tanpa dugaan dan cabaran maka tidak bermakna kehidupan..setiap kegagalan dalam hidup pasti ada kejayaannya jika kita sentiasa memuhasabah diri kita ke arah yang lebih baik..Resepinya…usaha, doa dan tawakkal.
        Tidak semua orang yang berjaya di dunia ini, dia tidak pernah menempuh kegagalan. Sebenarnya kegagalan lebih membangkitkan kejayaan demi kejayaan…jangan mudah putus asa…ha ha..saya juga pernah gagal dalam peperiksaan…saya bangkit dan terus bangkit…al-hamdulillah saya telah berjaya dan bahagia dalam hidup..berkat usaha doa dan tawakkal.


Di sini saya ingin berkongsi petua panjang umur dan murah rezeki…mudah je

1. Sentiasa murah dengan senyuman walaupun orang tak suka  dengan kita

2. Sentiasa memberi salam, kerana dengan salam kita sentiasa berada dalam doa

3. Sentiasa menghubungkan silaturrahim saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, kawan2 dan kaum lain tidak kira bangsa, agama, adat dan keturunan.

4. Sentiasa bersedekah tanpa orang lain mengetahui.


Hadis: Daripada Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:


"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."
 - ( diriwayatkan oleh Bukhari)


Makna di sebalik silaturrahim,

Silaturrahim berasal dari bahasa Arab yang bermaksud menghubungkan tali persaudaraan & kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya. 

Seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.

Semua manusia tidak mampu dan tidak boleh hidup keseorangan tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Maka jalinan silaturrahim adalah amat penting, bagi sesebuah masyarakat itu hidup lebih cemerlang dan berjaya. Di samping itu,  akan melahirkan masyarakat yang bertamadun dengan mempunyai nilai2 kasih sayang sejagat. 

 Makna disebalik sedekah- iaitu memberi

Bersedekah merupakan satu perbuatan yang baik dan dipandang sangat tinggi disisi Allah dan juga dimuliakan dalam Islam. Allah akan melipatgandakan pahala orang yang bersedekah dan rugilah orang yang tidak mengambil peluang untuk bersedekah semasa hayatnya.

 

Kita perlu bersedekah menurut kemampuan,

orang kaya bersedekah cara orang kaya, manakala orang yang kurang berkemampuan boleh bersedekah dengan cara mereka. Ini disebabkan ada banyak ruang yang begitu luas untuk bersedekah di dunia ini.

Jika kita pergi ke mana2 mesti ada yang meminta diberikan ihsan duit untuk mereka, tetapi ada juga yang menipu di dalam meminta sedekah…itu dia dengan Allah le. Dosa pahala dia tanggung.. tugas kita memberi walaupun sedikit, jangan sesekali mengherdik mereka, kerana mereka juga makhluk Allah yang perlu kita kasihi.


Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, kerana Allah hendak memberi pahala kepada kita apabila peminta sedekah meminta dengan kita…tak perlu kita mencari jauh pergi ke sana ke mari untuk memberi sedekah…

Rezeki akan datang mencurah-curah dari Allah jika kita ringankan tangan utk bersedekah.


Firman Allah S.W.T:

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya.
( Surah Al-Talaq: ayat 2-3)

 

Saya berpesan pada diri akan senantiasa memuhasabah diri yang banyak kekurangan ini….dan saya meminta semua kekawan cuba memuhasabah diri…agar hidup tenang setenangnya dan diredhai ALLAH…

Tiada guna wang berbilion ringgit jika gelodak jiwa melanda diri,

tiada guna kemewahan yang ada jika hati tidak bersih dan suci,

tiada guna kehidupan ini jika kita lalai,

Kelalaian sesaat boleh membinasakan diri,

Tiada guna kehidupan ini jika tiada keikhlasan hati di sanubari…

Sekian, wassalam.












































































Friday, November 5, 2010

Rahsia Tapak Tangan



Assalamualaikum...entah macam mana hari ni nak bersiaran lama cikit sebab cuti le punya pasal, biasa sibuk dengan kerjaya...hari ni juga Kak Fie akan berkongsi pasal rahsia tapak tangan......hanya ingin berkongsi....mungkin dah ada yang tahu....tak mengapalah dikongsikan buat yang tak tahu.....

Di tapak tangan kita ada satu keajaiban yang tak ternilai oleh wang ringgit..Subhanallah..Maha Suci ALLAH...betapa sayangnya ALLAH pada kita...ada bilangan nama-nama ALLAH (asmaul-Husna)

Cuba perhatikan betul2 sebelah kanan nombor 18 - bahasa Arab, sebelah kiri nombor 81..... Apabila kita campurkan tangan kanan 18 + tangan kiri 81 = jawabnya 99 nama ALLAH...
Sesiapa yang baru nak belajar nombor arab bolehlah rujuk AL-QURAN...ada banyak nombor2 arab....

Subhanallah, ALLAH SAYANGKAN KITA....

Adakah kita masih tidak percaya lagi bahawa ALLAH lah segala-galanya di dunia ini...kita hanya mampu berdiri, berjalan, bercakap, menulis, membaca, melihat, bergerak dan segala-galanya dengan kuasa ALLAH...tanpa-NYA siapalah kita di bumi ini...

Macam bertazkirah la pula...sebenarnya diri ini pun banyak kekurangan...banyak yang perlu diperbaiki....kita sama-samalah perbaiki....
Itu ajelah yang ingin dikongsi...lain kali bercerita lagi...

Teringin menyelami bidang Refleksologi tentang urat saraf dan diri sendiri..
 
Diri ini masih banyak yang perlu dipelajari....bidang masakan memang minat sangat, bidang penulisan pun, bidang jahitan pun...waduh2 banyak benda kat dunia ni yang perlu diterokai....

Sekian...wassalam...jumpa lagi..