Contoh Baju Kurung kanak2 perempuan.
Contoh Baju Melayu Kanak2 lelaki.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, semoga semua sihat dan ceria selalu..Pagi tadi selepas Fie tengok siaran Tanyalah Ustaz di TV9, tengok sekejap mengenai nasi Lemak Kopi O... ada satu segmen di dalam Nasi Lemak Kopi O...mengenai derma ini. Terpanggil juga untuk tolong memberitahu di sini mengenai SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA (Sedih bila mendengar tajuk berkenaan umpama baju tu untuk menyapu si air mata) kerana hidup Fie dulu pun bukan berasal dari keluarga yang senang.
Ceritanya begini: Ada satu pertubuhan amal bergerak secara sukarelawan bagi mengumpul baju Melayu dan Baju Kurung untuk diserahkan kepada anak2 yatim. ( hanya baju Melayu dan baju kurung je diterima )
Program ini dinamakan SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA.
Motif sasaran ialah sehelai baju hasil sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada anak2 yatim di rumah anak2 yatim.
Sesiapa yang ingin memberi sedekah pada anak2 yatim mengenai baju raya boleh lah membeli dan poskan ke alamat tertera di bawah...Barang yang diterima hanyalah Baju Melayu dan baju kurung yang baru dibeli. Bukan baju terpakai. Lagi banyak lagi bagus. Pihak berkenaan tidak memerlukan wang...Baju berkenaan akan diagihkan ke rumah anak2 yatim iaitu lebih 30 buah rumah anak yatim di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Jika kita ingin membuat amalan sedekah, bulan Ramadhan adalah bulan berkat, pahala berganda tidak seperti bulan2 lain., rebutlah peluang ini dan anggaplah mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita membuat amal...apalah salahnya jika kita membeli 2 pasang @ 3 pasang baju anak2 untuk dipakaikan pada hari raya, kita ingatkan juga untuk anak2 yatim piatu di luar sana yang teringin juga memakai baju baru bergembira pada hari raya..maka kita belikan sehelai untuk mereka...banyak pun takpe..
Untuk saiz baju tu bolehlah layari laman web di bawah, bagi yang teringin menjadi ahli sukarelawan pun boleh... pihak berkenaan adalah sebagai jambatan untuk tolong menyalurkan kepada anak2 yatim, kerana mungkin kita tak sempat untuk pergi ke rumah anak2 yatim.
Dengan amalan bersedekah ini, semoga ALLAH memberi keberkatan dan ketenangan di dalam hidup kita. Bukan senang untuk mendapat keberkatan dan ketenangan. Jika kita mempunyai wang berjuta2 pun tiada guna jika wang tersebut tiada keberkatan dan hidup kita tidak tenang.
Jom kita sama2 memuhasabah diri kita ini....yang serba kekurangan...
Maklumat lanjut bolehlah melayari alamat web di bawah:
http://www.sehelaibaju.com
Sesiapa yang berminat untuk memberi baju baru sahaja
BAJU MELAYU @ BAJU KURUNG boleh lah diposkan ke alamat berikut :
Hantar ke alamat:
SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATAD/A: Ahmad bin Sa’abunNo. 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 740000 Shah Alam, Selangor, Darul EhsanTel: 016-2151192
Tarikh bermula program
-
Team akan mula menerima kiriman mulai 1 Julai hingga 25 Ogos 2011.
Ahmad Bin Sa’abun (Penyelaras Program)
Laman rasmi:
www.facebook.com/SehelaiBaju
Rakan Media
Tahniah buat penganjur dan ahli2 team sukarelawan. Semoga bahagia selalu dan kepada semua penderma semoga kalian mendapat pahala, ketenangan dan keberkatan hidup fil duraini (di dunia dan di akhirat ) Amin...
Selamat Beramal.
menarik yer fie tajuk programnya.. betul juga tu mereka mahukan baju2 yg baru.. hari raya kan.. tentu lebih ceria bila anak2 itu mendapat baju raya baru..
ReplyDeleteto Hanis
ReplyDeleteThanks Hanis ziarah sini, anak2 sudah semestinya inginkan baju baru setiap kali raya...tujuannya baju yg baru untuk menjaga hati anak2 yatim..