Pages

Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Kek sarang semut

Assalamualaikum dan selamat malam...malam ini Fie nak kongsikan resepi kek sarang semut. Kek ini juga dikenali dengan  nama kek sponge @ kek gula hangus.



Antara bahan2nya :
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan gula
Cara membuatnya :

 Ambil gula dan masak dengan api yang sederhana, apabila sudah cair dan warna kekuningan masukkan air panas serta marjerin, kemudian kacau sehingga sebati. Ketepikan.


Untuk bahan kek pula:
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum (perlu diayak )
  • 2 sudu kecil soda (perlu diayak )
  • 1 sudu kecil esen vanilla ( jika suka )
Cara membuatnya :

Ambil mesin blender, blenderkan telur sampai kembang,  selepas itu masukkan susu pekat dan blenderkan lagi sampai kembang.
Selepas itu masukkan tepung gandum dan soda yang telah diayak serta esen vanilla.
Blenderkan hingga sebati.
Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan blender lagi.
Biarkan adunan di dalam blender selama 3 jam (tertutup )
Bakarkan selama 60 minit sehingga masak dan naik bau.
Kemudian bolehlah diangkat, bila kek sudah sejuk barulah dipotong mengikut kesukaan.




Selamat mencuba.





Monday, February 21, 2011

Kek Coklat pisang kukus


Assalamualaikum dan selamat malam kawan2 alam maya.., malam ni Fie nak kongsikan resepi kek, dah lama tak buat kek coklat ni..nak buat kek kena ada mood juga kalau tak kek tu tak berapa sedap,,,macam juga jahit baju, kalau jahit masa tension maka tak menjadi le baju tu...ha ha melalut le pulak...dah banyak hari tak sempat nak buka blog, nak jejalan kat blog kawan2 pun tak sempat lagi..
al-maklum le  kerja sibuk memanjang, semua benda nak kena settlekan, sampaikan nak berehat pun kadang2 ciput je...resepi kek ni Fie belajar dari adik...hemm adik pun suka masak dia..


             Coklat atas tak berapa keras lagi, dah tak sabar nak memotong...inilah jadinye..


Antara bahan2nya:
  • Pisang 5 biji ( Fie guna pisang berangan  coz ada pisang tu je kat rumah )
  • susu cair 1 cawan
  • gula 1 cawan ( Fie guna 1/2 cawan )
  • telur 2 biji
  • esen vanilla kecil 1 sudu ( tak letak coz takde kat rumah )
  • serbuk koko 1 cawan ( Fie guna serbuk coklat Van Houten )- coklat timbang pun boleh je
  • tepung gandum 1 cawan 1/2
  • soda bikarbonat 1 sudu kecil
  •  minyak mazzola 1 cawan ( kalau takde minyak masak pun boleh @ minyak jagung )
  • air panas baru mendidih 1 cawan
  • setengah coklat masakan ( untuk bahagian atas )
  • sedikit kacang badam hiris

Cara membuatnya:

Kisar pisang sampai hancur,
masukkan gula,  telur, susu cair, serbuk coklat, kisar lagi sampai kembang,
selepas tu masukkan soda bikarbonat, esen vanilla, minyak mazzola dan air panas,
akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kisarkan menjadi sebati.
Masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Loyang tersebut perlulah disapukan sedikit minyak agar tidak melekat semasa nak keluarkan kek dari loyang. Kukus selama lebih kurang 45 minit.
Balutkan tudung periuk dengan kain bersih agar bila naik wap, air wap akan terkena kain.
Masakkan coklat masakan dengan sedikit air dan curahkan ke atas kek tadi.
Taburkan kacang badam ke atas coklat bahagian atas.
Letakkan kek terlebih dahulu ke dalam peti ais sebelum memotong.

Selamat mencuba..ok lah ya...nak sambung buat kerja pulak ni..nanti free banyak, Fie akan melawat blog kawan2.. bye..