Pages

Thursday, June 2, 2011

Kek sarang semut

Assalamualaikum dan selamat malam...malam ini Fie nak kongsikan resepi kek sarang semut. Kek ini juga dikenali dengan  nama kek sponge @ kek gula hangus.



Antara bahan2nya :
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan gula
Cara membuatnya :

 Ambil gula dan masak dengan api yang sederhana, apabila sudah cair dan warna kekuningan masukkan air panas serta marjerin, kemudian kacau sehingga sebati. Ketepikan.


Untuk bahan kek pula:
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum (perlu diayak )
  • 2 sudu kecil soda (perlu diayak )
  • 1 sudu kecil esen vanilla ( jika suka )
Cara membuatnya :

Ambil mesin blender, blenderkan telur sampai kembang,  selepas itu masukkan susu pekat dan blenderkan lagi sampai kembang.
Selepas itu masukkan tepung gandum dan soda yang telah diayak serta esen vanilla.
Blenderkan hingga sebati.
Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan blender lagi.
Biarkan adunan di dalam blender selama 3 jam (tertutup )
Bakarkan selama 60 minit sehingga masak dan naik bau.
Kemudian bolehlah diangkat, bila kek sudah sejuk barulah dipotong mengikut kesukaan.




Selamat mencuba.





14 comments:

  1. Salam Fie...Kak Noor nak tanya,resepi kak noor buat selalu tak banyak lubang...kak nor guna resepi yg sama...perap juga...tapi kak noor guna hand whisk..fie guna blender je ya...telur tu kalau guna blender,berapa lama nak mesin?

    ReplyDelete
  2. salam kenal :) cantik betul kuih fie bt tu!

    ReplyDelete
  3. Salam Fie.... pandai betul semut2 tu buat sarang... cantik...kek akak taklah secantik tu sarangnya...

    ReplyDelete
  4. as-salam
    cantik kek sarang semut tu.. npk jelas sarang2nye..

    ReplyDelete
  5. to kak Noorsafone..thanks ziarah sini.
    Fie guna blender coz cepat sebati, telur blender sampai kembang..biar byk nampak buih..lebih kurang 5 minit je..dan perap selama 3 jam atau lebih...lagi lama lagi bagus...biasa Fie buat waktu pagi..waktu tengahari baru bakar dlm oven..perap lama tu yg jadi byk lubang..

    ReplyDelete
  6. to Deliah's Deli..thanks jalan2 kat sini..
    salam kenal juga..

    ReplyDelete
  7. to kak Antan Bertingkah..thanks jln2 kat sini..
    semut2 tu sepakat rajin bekerja buat lubang coz nak simpan makanan..sepakat membawa berkat kata org2 tua..he he..

    ReplyDelete
  8. to ady..terima kasih dtg sini..

    ReplyDelete
  9. to Tuk Kiyai..syukran jazilan Tuk sudi bertandang kat sini..nanti suruh nenek cuba buat ya Tuk kek sarang semut tu..

    ReplyDelete
  10. semut tengok pon kesukaan sbb cantik sgt sarangnya.heheh...sy x pernah try buat kek ni.pasni mmg kene try mengenangkan bahan2 pon mudah aje ni...

    ReplyDelete
  11. cantik lubang2 kek ni.. susah nak jd yg berlubang mcm ni...

    ReplyDelete
  12. salam...guna blender je ye..kena cuba nih...tq

    ReplyDelete
  13. salam..memang kena perap ke? klu tak perap mmg tak jadi ek? saya mmg fail buat kek ni. jadi padat. tak bersarang langsung. kena cuba la resepi kek akak ni. tq. sharing resepi ni.

    ReplyDelete