Pages

Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

Sotong Rebus lada hitam


Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ni cuti bestnya kan..tak perlu sibuk2 dengan jem dan tol...yg membuatkan ketensionan setiap hari untuk ke tempat kerja....
Hari ni Fie ingin kongsikan masakan yg simple je...masakan orang bekerja..masakan ni dah banyak hari coz tak sempat nak masukkan dlm blog ni..

Bahan2nye:

10 ekor sotong segar
3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah sederhana *
10 biji lada hitam biji *
1 inci halia *
2 batang serai ( diketuk2 )
sedikit gula dan garam
2 gelas air putih

Cara memasak :

Ambil periuk dan masukkan air.
Rebuskan air tadi
Bila sudah mendidih masukkan bahan2 bertanda  * .
Bahan bertanda * perlu ditumbuk.
Kemudian masukkan sotong, sedikit gula dan garam.
Akhir sekali masukkan serai yg diketuk tadi.
Bila dah nampak sotong masak bolehlah di angkat dan di hidangkan..
Itu je resepinya..ringkas dan cepat..

Sesuai dimakan bersama nasi panas dengan ikan goreng dan sambal belacan..

Selamat mencuba.









Sunday, December 19, 2010

Sotong masak serai





Assalamualaikum...selamat pagi...
Hari ni hujung minggu jadi bolehlah masak..
Pagi ni sy masak awal sikit coz tengahari ada jemputan birthday anak kawan  &  cukur jambul...
Hari ni masak simple je...Sotong masak serai


Bahan2nya:

10 ekor sotong dibersihkan &  dipotong2
1 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 hirisan halia*
1 hirisan kunyit*
2 biji cili padi
sedikit garam  &  gula 
sedikit minyak utk menumis

Cara memasak:

Bahan yg bertanda * perlu ditumbuk.
Panaskan kuali, lepas tu masukkan sedikit minyak.
Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan bertumbuk tadi ke dlm kuali, goreng biar sedikit garing, selepas itu masukkan sotong, sedikit garam, gula &  cili padi.
Kacau  &  rasa.
Apabila sudah naik bau bolehlah diangkat.
Sekadar ingin berkongsi.

Selamat mencuba.