Nasi Kerabu yang sudah siap untuk dimakan.
Assalamualaikum dan selamat petang, apa khabar semua? Fie harap semua sihat di samping insan2 tersayang....sudah 11 hari ya kita berpuasa....tak lama lagi dah nak bercuti dan balik raya...seronoknya balik kampung nanti...tak sabar rasanya nak balik kampung...
Hari ni Fie nak kongsikan masakan nasi Kerabu Bunga Telang...ulang tayang masakan ni...Fie masak semalam untuk berbuka puasa..
...thn lepas Fie dah masukkan resepi ni...nanti intai2 le kat blog ni ya..untuk mengetahui resepi ini sila klik
Bunga Telang
Ulam-ulaman ( timun batang, daun kesum, daun serai kayu, kacag botol, limau nipis dan kacang panjang.
Sambal kelapa nasi kerabu
Kuah Tumis
Budu - penambah selera
Air lada- penambah selera
Kalau makan nasi kerabu tak sedap jika tak ada Keropok ikan
Ikan celup tepung
Sedap juga makan nasi kerabu dengan ikan masin, telur masin, daging goreng, daging bakar, ayam bakar dan ayam goreng..
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.







