Pages

Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Sup Gear Box



Assalamualaikum dan selamat tengahari, alhamdulillah hari ni hari cuti hujung minggu..boleh lah lepak2 kat rumah bersama familykan..Fie doakan kawan2 semua bahagia selalu. Hari ni nak kongsikan resepi Sup Gear Box...biasa makan sup gear box ni time Raya Haji je..entah kenapa le teringin nak makan coz dah lama tak makan sup macam ni..lain orang, lain cara masakannya. janji sedap ok le..jom kita layan resepi :

 Bahan2nya :

  • 1 batang tulang gear box
  • 100 gram daging cincang
  • 2sm halia  ( dimayang )
  • 2sm lengkuas  ( dimayang )
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk )  *
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk )   *
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam biji ( ditumbuk ) 
  • 1 bunjut  sup Adabi
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 1 batang kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih dan buah pelaga  *
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan sedikit gula mengikut citarasa
  • Daun sup, daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan

Cara2nya :
1. Rebus tulang dan daging cincang hingga empuk.
2. Panaskan sedikit minyak,  tumiskan bahan bertanda  * hingga naik bau.
3. Masukkan bahan bertanda * tadi dan sup bunjut dan rempah sup ke dalam periuk rebusan tulang.
4. Masukkan garam dan sedikit gula mengikut citarasa.
5. Masukkan hirisan lengkuas, halia, asam keping @ asam gelugor dan lada hitam yang ditumbuk tadi.
6. Setelah masak masukkan dalam mangkuk, taburkan hirisan daun bawang dan sup serta bawang goreng.
7. Sedap dihidangkan dengan sambal kicap. 


Selamat mencuba. 

Monday, February 14, 2011

Sup Tulang Rusuk Lembu



Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 alam maya...hari ni koleksi masakan Fie ialah sup tulang rusuk Lembu...tulang rusuk ni suami beli dengan kawan dia kat ofis...
Fie masak biasa je sup ni..

Antara bahan2nya:
  • 6 ketul tulang rusuk
  • 1 bungkus rempah sup adabi ( semua dah lengkap-dgn kulit kayu manis, bunga lawang, lada hitam dlll.)
  • 1 ulas bawang merah ( dimayang )
  • 4 ulas bawang putih ( dimayang )
  • setengah bawang besar ( dimayang )
  • 1 inci halia                      ( dimayang )
  • 1 inci lengkuas               ( dimayang )
  • 1 keping asam gelugor
  • air
  • sedikit garam
  • sedikit gula ( biasa kat kedai guna ajinamoto )- tapi Fie lebih suka guna sedikit gula
  • 1 biji tomato hijau ( dibelah 4)
  • setengah batang saderi/sup ( dihiris )
Cara membuatnya:

Tulang rusuk tadi dibasuh dengan bersih,
kemudian direbus dengan air dengan api sederhana
apabila sudah mendidih, angkat dan buangkan air tersebut..letak air lain dan direbus lagi.

Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar dengan sedikit minyak,
apabila sudah agak layu bawang berkenaan, boleh lah dimasukkan ke dalam periuk yang direbus tulang tersebut.
Masukkan bersama rempah sup Adabi, asam gelugor, batang sederi/ sup, halia dan lengkuas ke dalam sup yg mendidih.
Akhir sekali masukkan sedikit garam dan gula serta buah tomato yang dibelah 4..
Apabila daging dah empuk bolehlah ditutup api dan dihidangkan.

Sup ni sedap di makan bersama nasi putih, dan sambal belacan @ sambal kicap.
Bahan2 sambal kicap :

5 biji cili padi *
sedikit garam *
sedikit gula *
sebelah limau nipis,
sedikit cuka makan,
sedikit kicap manis

Semua bahan bertanda  * ditumbuk dan digaul rata dengan bahan di atas tanpa dimasak.

Sambal belacan pula:

10 biji cili padi *
2 ulas bawang putih dibakar bersama kulit ( dibuang kulit & dibasuh ) *
2 inci belacan dibakar *
2 biji limau kasturi ( diperah ambil jusnya)
sedikit garam *
sedikit gula *
1 belah tomato merah ( dibasuh dan di bakar bersama kulit dan selepas tu dibasuh lagi selepas dibakar)  *
sedikit cuka makan


Semua bahan bertanda * ditumbuk, kemudian digaul bersama bahan2 di atas...tanpa perlu dimasak.


Sekadar ingin berkongsi dan menambahkan koleksi masakan.


Selamat mencuba bagi yg nak cuba.

Ok, wassalam.