Assalamualaikum dan selamat pagi...moga pembaca alam maya ceria2 hari ni coz hari ni cuti hujung minggu kan..Hari ini Fie ingin berkongsi tentang masakan mee goreng basah...
Bahan2nya:
3 ulas bawang putih ( diketuk2 )
2 biji cili padi ( dihiris )
sedikit sayur hijau
5 ekor udang
2 sudu cili giling
sedikit sos cili
sedikit kicap
1 biji telur
sedikit garam
secubit gula
sedikit lada sulah mesin
sedikit minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
Panaskan minyak sedikit, tumis bawang putih, bila dah naik bau masukkan cili giling, kacau biar sedikit garing, masukkan udang, telur dan kacau. Kemudian masukkan mee kuning dan kacau.
Selepas itu, masukkan kicap, sos cili, sedikit lada sulah mesin, sedikit garam, secubit gula dan rasalah..kacau lagi biar sebati...Last sekali masukkan sayur..kacau, masukkan sedikit air..biar nampak basah...kacau seketika dan angkat.
Sekadar ingin berkongsi..
Selamat mencuba...ok bye...nak ke pasar pagi Shah Alam dekat stadium...pasar pagi yg terbesar di Shah Alam....macam2 ada, makanan semua negeri, sayur-mayur, lauk -pauk, barangan dapur, pakaian, barangan secondhand, barangan pelik2 dan serba mak nenek lagi....sambil boleh melakukan senaman kaki...
Wassalam.