Assalamualaikum & selamat petang kawan2 alam maya..hari ini saya ingin berkongsi masakan ala2 kampung.....ni adalah masakan hujung minggu hari Ahad. Saya beli kat pasar pagi Shah Alam coz dah lama tak makan siput ni..Siput ni hidup kat paya bakau biasanya @ kat kuala...kalau nak beli yg dah masak kat kedai kurang berselera coz tak tahu cuci bersih ke...dia orang basuh......hari ni baru sempat nak masukkan coz banyak benda perlu dibereskan...tak sempat le...
Bahan2nya :
1 kg siput sedut - potong belakangnya dan bersihkan banyak kali ( selepas potong belakang rendam dlm air basuhan beras untuk membuang segala kekotoran ) rm5 - 1 kilo sy beli...
1 kg siput sedut - potong belakangnya dan bersihkan banyak kali ( selepas potong belakang rendam dlm air basuhan beras untuk membuang segala kekotoran ) rm5 - 1 kilo sy beli...
1 biji kelapa mesin ( ambil santan biar pekat )
1 ikat daun kesum
1 ikat daun kadok
3 tangkai cili api * ( ikut citarasa )
3 tangkai cili api * ( ikut citarasa )
4 ulas bawang merah *
2 inci kunyit hidup *
1 inci lengkuas *
1 inci halia*
1 keping asam gelugor
1 sudu besar cili giling
1 biji cili merah besar ( dipotong )
sedikit gula & garam mengikut citarasa
Cara memasak:
Semua bahan bertanda * dikisar dengan blender atau ditumbuk.
Ambil periuk dan masukkan santan,
masukkan bahan kisar tadi,
kacau dan letakkan di atas api yg sederhana...
kacau kuah tadi agar tidak berketul..
bila dah mendidih masukkan siput sedut tadi ke dalam periuk,
kacau lagi....selepas itu masukkan garam, gula, asam gelugor, cili giling & cili merah, kacau dan rasa kuahnya,
lepas tu masukkan daun kesum dan daun kadok...
kacau seketika biar mendidih...bila dah rasa masak boleh le diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih...
Selamat mencuba....
Sekadar ingin berkongsi resepi...memang suka sangat coz daun kesum & daun kadok sungguh beraroma baunya...membangkitkan selera...