Pages

Showing posts with label Ulam. Show all posts
Showing posts with label Ulam. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Khasiat Pokok Pegaga


Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ni Fie nak kongsikan khasiat pokok Pegaga atau nama botaninya Centella asiatica berasal dari kawasan Asia dan Asean.

Pokok Pegaga biasa  tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan hidup meliar di kawasan sawah padi, padang, kebun dan tempat2 yg tanahnya lembap.
Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, zat besi, gentian dan vitamin A serta vitamin C.

Banyak jenis pokok pegaga ni, ada pegaga kampung, pegaga cina, pegaga gajah, pegaga renek, pegaga salad dan sebagainya lagi. 
Rasanya lebih bagus kita amalkan makan ulam-ulaman untuk kesihatan. 
Fie kongsikan maklumat2 ni melalui pembacaan2 dan kajian sendiri. Fie bukan le seorang doktor untuk merawat pesakit dan bukan pakar pemakanan. Sekadar ingin berkongsi coz telah cuba lakukannya untuk kesihatan diri sendiri, keluarga dan dapat  petua dari orang-orang tua.
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh le tanya doktor yang lebih arif tentang pakar pemakanan.

Khasiatnya:

  1. Ubat kencing manis
  2. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
  3. Menurunkan berat badan
  4. Awet muda.
  5. Menghilangkan bintik hitam di muka.
  6. Menambahkan selera makan
  7. Memperbaiki sistem penghadaman
  8. Merawat buasir
  9. Merawat keputihan
  10. Penawar racun
  11. Ubat cirit-birit
  12. Merawat penyakit kulit dan saraf
  13. Menyegarkan sel-sel otak dan otot.
  14. Melawaskan kencing
  15. Menyembuhkan luka
  16. Anti selulit
  17. Anti kedutan
  18. Anti kanser
  19. Penawar alahan
  20. Menghentikan pendarahan
  21. Menyembuhkan luka
  22. Melawaskan buang air kecil
  23. Meransang peredaran darah
  24. Merawat cirit-birit
  25. Merawat sakit kerongkong
  26. Penawar kencing berdarah
  27. Penawar batu karang
  28. Penawar demam panas
  29.  Penawar ulser
  30.  Mengurangkan panas badan.
  31. Merawat sakit-sakit badan.
  32. Menyegarkan badan.
  33.  Merawat pitam
  34.  Rawatan lepas bersalin,
  35. Meningkatkan kecergasan minda
  36.  Menambahkan kekuatan fizikal
  37. Melancarkan suara
  38. Merawat penyakit nyayuk
  39. Mengawal keguguran rambut
  40.  Melicin dan menyihatkan kulit.
  41. Mengubati luka
  42. melancarkan peredaran darah
  43.  Menghalang proses penuaan
  44. Melambatkan kulit kedut
  45. Menyembuhkan ulser perut atau usus
  46. Merawat penyakit kusta.

Cara makan :
  1. Ulam-ulaman cicah dengan sambal belacan @ tempoyak bercili @ budu. Memang sedap.
  2. Direbus buat minuman bersama dengan akar sekali dan letak secubit garam. Ambil segenggam daun pegaga dan rebus dengan 2 gelas air. Dijadikan minuman 2 x sehari. Pagi dan petang.
  3. Diblender buat jus dan perah dengan limau nipis @ limau kasturi. Tapis dan minum.



Jom makan ulam pegaga banyak khasiatnya..walaupun rasanya kekadang agak pahit2 cikit tapi sedap.
Jom tanam pokok ni kerana senang sangat nak hidup..perlu bajai juga untuk mendapatkan hasil yang baik. Fie dah start tanam pokok ni tau coz kat kedai harganya RM1 seikat..Kalau kat kampung cari je kat sawah padi dapat free je..