Pages

Showing posts with label Rojak. Show all posts
Showing posts with label Rojak. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Rojak Buah Campur


Assalamualaikum dan selamat tengahari kawan2 alam maya...dah seminggu lebih tak update blog...busy memanjang..hari ni Fie nak kongsikan rojak buah...Buah betik ni tanam sendiri tau, seronok dah dapat hasil..Fie tanam pokok betik di belakang rumah...2 pokok tanam...1 pokok berbuah bulat, 1 pokok lagi buahnya panjang..

         Buah betik  (tanam sendiri) nampak mcm dah masak tapi masih keras dan jambu batu ( beli di kedai )





                                                     

Bahan2 kuah rojak:

  • 20 biji Cili padi ( kalau taknak pedas kurangkan le )
  • 2 sudu kecil belacan (dibakar )
  • 1 cawan  kecil kicap ( manis )
  • 1 cawan kecil kacang yang telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
  • sedikit gula putih
  • 1 cawan  kecil gula Merah @ gula Melaka ( 1 ketul  )
  • sedikit garam mengikut citarasa
  • 2  ulas bawang putih ( dibakar sekali dengan kulit, kemudian basuh dan tumbuk )
Cara membuatnya :

Tumbuk cili padi biar lumat,
kemudian masukkan bawang bakar...ditumbuk lagi
masukkan belacan bakar....ditumbuk lagi...
selepas tu masukkan bahan yg ditumbuk ke dalam periuk bersama kicap, gula putih, gula merah dan sedikit  air,  akhir sekali masukkan sedikit garam dan kacang yg telah digoreng dan ditumbuk.
Kacau dan biarkan mendidih, bila dah agak pekat bolehlah ditutup api gas.
Bila kuah rojak dak sejuk, boleh le digaulkan bersama buah-buahan segar seperti jambu, betik hijau, belimbing, mangga dan sebagainya lagi..

Selamat mencuba..
                                                   Rezeki dari ALLAH..
                                Betik buah bulat -pokoknya renek...dapat ambil dengan tangan je..



                               Betik buah panjang...yg ni pokoknya tinggi...kalau nak ambik susah cikit...