Nasi Kerabu yang sudah siap untuk dimakan.
Assalamualaikum dan selamat petang, apa khabar semua? Fie harap semua sihat di samping insan2 tersayang....sudah 11 hari ya kita berpuasa....tak lama lagi dah nak bercuti dan balik raya...seronoknya balik kampung nanti...tak sabar rasanya nak balik kampung...
Hari ni Fie nak kongsikan masakan nasi Kerabu Bunga Telang...ulang tayang masakan ni...Fie masak semalam untuk berbuka puasa..
...thn lepas Fie dah masukkan resepi ni...nanti intai2 le kat blog ni ya..untuk mengetahui resepi ini sila klik
Bunga Telang
Ulam-ulaman ( timun batang, daun kesum, daun serai kayu, kacag botol, limau nipis dan kacang panjang.
Sambal kelapa nasi kerabu
Kuah Tumis
Budu - penambah selera
Air lada- penambah selera
Kalau makan nasi kerabu tak sedap jika tak ada Keropok ikan
Ikan celup tepung
Sedap juga makan nasi kerabu dengan ikan masin, telur masin, daging goreng, daging bakar, ayam bakar dan ayam goreng..
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.
Assalamualaikum Fie, ni mmg original punya nasi kerabu. namapak sedap sgt, akak mmg minat mkn nasi ni tp x pernah buat. selalu beli je, mmg x puas mkn..huk3
ReplyDeletealamak sedapnya bolehh pengsan ni..rasa nak buat malam ni jugak.sambal lado tu..uisk sedak seghoti:)
ReplyDeleteAssalam fie, lama akak tak kemari..
ReplyDeletewah akak pun macam cm ler..nak pengsan ni..sedap nampak lauk2 tu semua..bunga talang kat sini tak ada dijual..mana nak cekau ni fie..huhu..
sedapnya semua lauk2 kat atas tu.... menyelerakan sungguh.. ermm.. budu tu teringin nk merasa.. x perna lg mkn...
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeletesedapnye nasi kerabu bunga telang..tak tahu pulak bunga telang blh buat masak...
salam fie..terima kasih sudi follow blog WAWMC..TQ byk2..mieza follow juga..nasi kerabu ni mmg fav mieza..org kelate la katakan..tp susahnya nak cari bunga telang skg ni..kat sini mmg tak der jual..jd mieza buat nasi tu kaler kuning..letak kunyit, serai dan daun limau purut..sedapnya..
ReplyDeleteto Kak Azlina:
ReplyDeleteWaalaikumussalam Akak, ya memang original punye..resepi daripada mama Fie...family Fie memang sangat suka nasi kerabu...nanti akak cuba le buat ya...buat sendiri lebih terjamin kebersihan.
to CM (makcik Manggis):
ReplyDeletethanks ziarah kat blog fie..nanti CM buat le, kan CM ada kebun ulam-ulaman, memang sesuai sangat buat nasi kerabu..
to Kak Ayu:
ReplyDeleteThanks ziarah sini..nanti cuba le buat kak Ayu...sedap makan nasi ulam-ulaman ni, bunga Telang tu fie tanam kat belakang rumah...memang bunga tu tak de org jual..letak pewarna purple pun boleh gak..
to Diana :
ReplyDeleteTerima kasih jln kat sini...nanti boleh le kalau Diana nak cuba..budu tu kat Pantai Timur...Kelantan, Terengganu tempat buatannya. Tapi ada juga jual kat pasaraya seperti Giant, Tesco..harganya biasa rm1.80 sebotol...kalau kat pantai Timur boleh dapat rm1 je sebotol..kalau pergi kilang lagi murah..
to ady:
ReplyDeletesyukran jejalan kat sini, bunga Telang pewarna asli...boleh masak nasi kerabu, buat kuih-muih dan jus minuman...pokoknya hidup menjalar macam pokok kekacang.
to Mieza:
ReplyDeleteThanks singgah sini, memang nasi kerabu sedap kan kalau dapat makan...cuma nak buatnye agak lambat sedikit...coz banyak bahan juga...kena settlekan baru sedap..sedap juga kalau letak pewarna kuning kunyit..fie pun pernah buat juga dulu..