Assalamualaikum...selamat pagi...
Hari ni hujung minggu jadi bolehlah masak..
Pagi ni sy masak awal sikit coz tengahari ada jemputan birthday anak kawan & cukur jambul...
Hari ni masak simple je...Sotong masak serai
Bahan2nya:
10 ekor sotong dibersihkan & dipotong2
1 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 hirisan halia*
1 hirisan kunyit*
2 biji cili padi
sedikit garam & gula
sedikit minyak utk menumis
sedikit minyak utk menumis
Cara memasak:
Bahan yg bertanda * perlu ditumbuk.
Panaskan kuali, lepas tu masukkan sedikit minyak.
Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan bertumbuk tadi ke dlm kuali, goreng biar sedikit garing, selepas itu masukkan sotong, sedikit garam, gula & cili padi.
Kacau & rasa.
Kacau & rasa.
Apabila sudah naik bau bolehlah diangkat.
Sekadar ingin berkongsi.
Selamat mencuba.
Selamat mencuba.
Thanks Nur.
ReplyDeletesedap ni.. makan dengan nasi panas mesti best..
ReplyDelete