snap picture kat kawasan rumah pengantin....
Assalamualaikum dan selamat pagi...hari ni Fie ada sedikit masa terluang ni bolehlah nak kongsi dengan kawan2 alam maya tentang jalan2 dengan family menghabiskan saki baki cuti yg ada ...hu hu memang seronok...rasa boleh melegakan fikiran...sebelum tahun 2010 melabuhkan tirai....
Pergi ke Perlis kerana meraikan kenduri kawin kawan sekerja...kemudian Fie satu family menginap di rumah sepupu selama 2 malam... di Perlis... kemudian pd hari berikutnya pergi bermalam di Langkawi Kedah selama 1 malam je...kerana kami tak pernah sampai kat Langkawi ni, al-maklumlah asyik bercuti kat semenanjung je..
Kat Perlis tak sempat berjalan, hanya pergi ke tempat kenduri dengan pasar pagi je. Seronok juga pasar paginya, jualan ikan memang tersangat murah, ayam pun sama cuma sayur je mahal..
Ni gambar terminal Feri kat Kuala Perlis -kami naik feri kat sini..
gambar feri - MY FERRY 2 ni lah yg kami naik---gmbr pudar coz hujan...
feri besar yg boleh memuatkan seramai 400 orang...
gambar semasa tidak hujan
Tengok tu Langkawi ucap Selamat Datang.
Pulau Langkawi sudah aman selepas terkena sumpahan MAHSURI selama tujuh keturunan....
Pantai Chenang kat Pulau Langkawi
Kami naik feri dlm kul 4.smpai dlm kul 5 ptg.(1jam naik feri ) .ambil van yg disewa dlm harga rm140 ( musim cuti semua mahal ) dan terus ke rumah penginapan kami di apartment Lagenda Kuah, dekat dengan Jeti Langkawi...ingat nak sewa homestay..tapi semua dah penuh..coz perancangan last minute..1 mlm penginapan dlm rm100.
Kami pergi seramai 6 orang, hanya bermalam shj.coz dari pagi sampai petang kami keluar berjalan je..
Bila dah letak semua beg pakaian kami pergi round2 kat Pulau Chenang waktu ptg sampai...tengok tu gmbr atas..dah nak dekat maghrib...matahari sudah terbenam..banyak dosa betui dtg pulau Chenang- coz mat saleh paling ramai buka aurat pakai bikini...seluar pendek...duk berjemur kat tepi pantai...sepupu ku bawa so kami singgah le kejap je...kat sini banyak hotel 5 bintang, hotel biasa, chalet dan byk gerai2 jualan kraftangan, spa dan serba mak nenek lagi lah..
Selepas tu kami singgah kat surau dlm perjalanan balik..solat maghrib...sunyi sepi je surau tu mcm tak wujud je..entah nama apa surau tu..lupa nak snap picture...
Selepas solat kami pergi ke Idaman Suri....kononnye nak jalan2 tengok...mcm mane lah Idaman suri ni..tersesat tak jumpa...al-maklum le first time sampai...rupanya selepas balai polis je...dekat traffic light...ku ingatkan mcm kedai kaki lima je ....waduh2 rupanya satu bangunan tu ditulis IDAMAN SURI...pd hematku sbb apa dinamakan sedemikian ...ha ha .. rupanya kat dlm tu byk barang dapur...mcm2 le...kalau bab pinggan mangkuk, sudu garfu, tilam toto, set cadar, set cawan. dlll lagi lah...masa sampai dlm kul 8.30...tutup pukul 9.00mlm...hanya setengah jam je duk kat situ...org punyalah ramai...geram betui ku tengok...last2 beli lah juga set pinggan mangkuk...kerana hati punya pasal sgt22 berkenan...
Selepas pusing2 kat Idaman suri kami singgah kat kedai COKLAT Hj.Ismail Group....ada le beli sedikit untuk buah tangan...ada yg import dan tempatan kat situ...ada yg mahal dan murah...
Kaya betul Hj. Ismail ni...usahawan yg berjaya... byk cawangan kedainya....kat jeti pun ada...kedai pinggan mangkuk..
Selepas tu kami pulang ke tempat penginapan...dah penat betui la....
Keesokkan paginya...kami checkout kul 9.00pg...
Perancangan kami nak pergi ke Kota Mahsuri, padang Mat Sirat( tempat beras terbakar), gunung Mat Cincang, Kedai Gamat Sireh,
Perancangan kami nak pergi ke Kota Mahsuri, padang Mat Sirat( tempat beras terbakar), gunung Mat Cincang, Kedai Gamat Sireh,
Idaman Suri ( ada sedikit brg nak dibeli lagi ), dataran burung Helang terbang,..balik naik feri...
Tengok ni waktu pagi tak de kereta pun kat jln raya...takutnya kalau kereta rosak kat sini..byk hutan...tanah masih belum diterokai...takde rumah orang pun...
Gambar kat atas tu semasa nak pergi ke Kota Mahsuri....
Kata org tua2...jauh berjln byk pengalaman....
Kata org tua2...jauh berjln byk pengalaman....
Makam Mahsuri yg mati kena bunuh, kerana fitnah dan irihati...selama 191 tahun Mahsuri telah meninggalkan kita...sayu hati kami bila mmbaca kisah ceritanya....
Bacalah kisahnya....sedekahkan al-Fatihah untuknya...
Cukup lah di sini sy menceritakan kisah ini...rasa seram sejuk je...bila ingat kembali..bila lawatan kami ke rumah Mahsuri...perasaan sedih, sayu, hiba bila terkenangkan beliau...
Tak tahu le kenapa gambar yg cuba ku downloadkan gambar makamnya hanya keluar kat sini je tapi kat uploadku tak kuar...misteri...
Gambar pemandangan yg cukup indah di hadapan rumah Mahsuri...
teringin ku berlari2 kat sawah padi coz teringat zaman kanak2...membantu ayah ibu dan datuk nenek kat bendang...sungguh indah memori lama yg sudah ditinggalkan tapi masih utuh dimemori....ha ha jiwang la pulak..
Ini gambar gunung Mat Cincang sedang tidur..cuba perhatikan betui2..Kenapa dipanggil gunung Mat Cincang belum dibuat kajian.Kalau kawan2 tahu bolehlah komen kat my entri ni ya..
Sebelah kiri : kepala..hidung yg mancung, mulut dan halkum...kat sini best jugak tapi tak sempat berjln2 coz masa teramat mencemburui kami untuk pulang coz perkhidmatan feri ada sampai ptg je..
kat sini ada kereta kabel, sampai ke puncak gunung Mat Cincang...takut tengok...nak naik pun takut coz sayup mata memandang...ada zoo...dpt tengok hidupan liar....kedai2 kraftangan....dan mcm2 lg..
Setakat ini dulu ya..byk kerja yg perlu dibereskan...kalau tak puashati tengok gambar...nanti free pergilah melawat peninggalan sejarah...yg boleh dijadikan tauladan...iaitu jangan memfitnah orang sesuka hati tanpa usul periksa dan menyelidiki dahulu sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman.
Jangan menganiayai org2 yg tidak berdosa kerana doa mereka yg teraniaya lebih makbul.....
sesuatu perkara yg berlaku pasti ada sebab musababnya..
Kalau nak pergi tinggal kat Langkawi 1 minggu baru best boleh berjalan2 melihat ciptaan ALLAH S.W.T...sambil menghabiskan duit...ha ha.. Lain kali teringin pergi lagi...kalau nak pergi kena simpan duit banyak2...almaklumlah berjalan..duit pun berjalan juga...ha ha...segala penginapan boleh dilayari kat internet untuk booking homestay dan kereta..layari www.mudah.com.my..taip je homestay langkawi...atau apartment..
ok..ila liqaa.jumpa lagi..
Wassalam ..maal salamah..
bestnya.. klu pergi langkawi, memang tak sah kalau x shopping kan..
ReplyDeleteya la Hanis..budjet tak nak membeli sebenarnya,cuma nak kenal tempat...tapi hati kata nak jugak...maka beli jugak walaupun sedikit...coz tak tahu bila lagi nak ke sana...
ReplyDeleteBestnya pergi Langkawi...
ReplyDeleteSaya dah bertahun tak pergi. Last sekali pergi, masa sekolah rendah.
Ni first time dapat pergi...memang seronok kenal tempat orang...teringin nak pergi lagi...nampak gayanya kena menabung le...
ReplyDeleteKalau nak ke Langkawi sekarang- dah tak macam dulu2- nak kena que panjang beli tiket feri- se elok2nya datang awal2 pagi atau bermalam di Perlis dulu... di http://homestayperlis.blogspot.com
ReplyDelete