Pages

Saturday, December 11, 2010

Daging masak Gulai Kerutuk


Assalamualaikum dan selamat tengahari buat kawan2 di alam maya,  hari ni hari cuti jadi boleh le main masak2 kat dapur...dan layan blog seketika. Maaf le kat kawan2 kekadang diri ini agak sibuk dengan kerja2 yg perlu dibereskan secepat mungkin sehingga tidak sempat untuk berblog. Kekadang juga kesihatan tidak berapa mengizinkan....masih muda tetapi kadang2 tak sihat....itulah anugerah Ilahi...terima le dengan jiwa tenang...

Bahan2nya:

1/2 kg daging
1/2 kg santan
sedikit kerisik
1 paket kecil rempah kerutuk (campur sedikit air hingga menjadi pes)
6 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu cili giling
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 biji kentang (potong 4)
1 biji terung
1 biji carrot
sedikit gula Melaka @ nisan 
sedikit gula
sedikit garam
sedikit asam jawa
1 keping asam gelugor
1 senduk kecil minyak masak untuk menumis

Cara memasak 

- Bahan bertanda * perlu diblenderkan
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia biar sedikit garing.
- Masukkan rempah kasar iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga. Kemudian masukkan rempah kerutuk.Tumis hingga pecah minyak.

-Kemudian masukkan daging. Masak dengan api sederhana agar daging tidak liat.Tutup seketika dengan tudung periuk.
Selepas itu masukkan santan, kentang, carrot dan kacau seketika hingga pecah minyak.

- Masukkan sedikit gula Melaka, garam dan sedikit gula. Di samping itu masukkan 1 keping asam gelugor dan sedikit asam jawa baru caw punye.... Masukkan pula sedikit kerisik  agar kuah pekat. Last sekali masukkan terung. Masak sehingga naik bau dan bolehlah angkat.

Selepas itu boleh le dihidangkan. Boleh dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani, roti dan pulut kuning.


Resepi ini ku belajar daripada Mama ku...masa ku masih di bangku sekolah lagi...tak sia2 belajar...sekarang leh main masak2...syukran Mama ku kerana mengajar erti hidup berdikari semasa usia muda remaja.

Selamat mencuba.









No comments:

Post a Comment