Assalamualaikum dan selamat tengahari sebagai pembuka bicara.
Hari ini ingin berkongsi tentang masakan kerabu bersantan yang amat simple untuk dibuat.
Bahan2nya :
1 ikat pucuk paku ( dipotong dan dicelur )
3 ulas bawang merah *
sedikit lada hitam *
3 ekor ikan selayang ( direbus ) *
1 gelas santan ( dimasak sekejap )
sedikit kelapa ( yg digoreng masak kekuningan tanpa minyak)
sedikit gula
sedikit garam
sebelah limau nipis ( diperah airnya )
1 sudu budu ( jika berminat )
1 biji lada merah (di hiris sbg hiasan )
1 biji bawang besar ( dihiris sbg hiasan )
Cara membuatnya :
1. Pucuk paku dipotong2 dan dicelur dlm 10 minit agar lembut
2.Rebus ikan di dalam periuk
3. Masakkan santan sekejap sambil kacau.
4. Tumbuk bahan bertanda *
5. Apabila sudah siap tumbuk masukkan bahan yg ditumbuk ke dalam mangkuk bersama pucuk paku, gaulkan, kemudian masukkan sedikit gula, garam, air perahan limau nipis, budu, hirisan lada merah, bawang besar dan sedikit kelapa yg telah di goreng. Gaul rata.
5. Selepas itu masukkan santan yang dimasak ke dalam mangkuk berkenaan. Kacau sebati.
6. Bolehlah dihidangkan. Ianya sesuai di makan bersama nasi.
Sekadar ingin berkongsi masakan. Selamat mencuba.
sedap ni.. minta izin ambil resepi ni yer.. nnt boleh cuba..
ReplyDeleteok, ambil je...resepi ni untuk dikongsi...buat sesiapa yg nak cuba..
ReplyDelete