Pages

Monday, December 20, 2010

Telur masak merah



Assalamualaikum  dan selamat petang sebagai pembuka bicara.
Hari ini sy ingin berkongsi masakan.
                                 Telur masak merah

Bahan2nya:

5 biji telur ( yg telah direbus )
4 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
sehiris halia *
5 sudu cili giling
sedikit gula melaka
sedikit garam
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 ulas bawang besar ( untuk hiasan )

Cara memasak :

Rebus dahulu telur, apabila sudah masak buang kulit & goreng. Asingkan dlm pinggan.

Kemudian panaskan kuali, masukkan minyak
apabila kuali sudah  panas sedikit,
masukkan bahan yg bertanda *,
tumis sampai naik bau, 
kemudian masukkan cili giling,
kacau biar sedikit garing,
selepas itu, masukkan sedikit gula melaka dan secubit garam
masukkan sedikit air, biarkan mendidih,
selepas itu masukkan telur & kacau..
Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Taburkan bawang besar yg telah digoreng atas telur masak merah.

Sekadar ingin berkongsi resepi.

Selamat mencuba.

Wassalam.











2 comments:

  1. telan air liur sy bila tgk sambal telur ni...sedapnya... :)

    p/s: thnks yupp...sudi follow APA KATA HATI..and sory sngt2..sbb lambat sngt2 jejak...busy..ni baru ada masa...(^_^)

    keep in touch ya.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    PISANG KAKI

    ReplyDelete
  2. Thanks Nabilah coz sudi ziarah kat sini...ok nanti sy ziarah ke APA KATA HATI..

    ReplyDelete