Assalamualaikum dan selamat malam...apakhabar semua? Harap semua dlm keadaan sihat sejahtera..Malam ni Fie nak kongsikan resepi Ikan Siakap masak kukus..dah banyak hari tak bersiaran...malam ni terasa free nak berblog seketika..Ikan ni Fie masak ikut selera sendiri selepas mencuba beberapa kali masakan di restoran.
Antara bahan2nya:
1 ekor ikan siakap ( dibuang sisiknya dan dikelar sedikit )
3 ulas bawang putih (ditumbuk )
1 ulas bawang merah ( ditumbuk )
2 inci halia ( ditumbuk )
1 batang serai ( diketuk2 )
1 labu bawang besar ( dihiris )
sedikit daun bawang dihiris
sedikit garam dan gula
3 biji limau kasturi diambil airnya
1 biji cili besar ( utk hiasan )
sedikit carrot (utk hiasan )
Cara membuatnya :
- Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga hancur bersama sedikit garam halus.
- kemudian lumurkan ikan siakap tadi, perap seketika.
- Ambil periuk kukusan dan rebus air sampai mendidih.
- masukkan ikan yang diperap tadi ke dalam loyang, taburkan sedikit gula, bawang besar yang dihiris, carrot, daun bawang, air limau kasturi dan serai yang diketuk. Masukkan juga cili besar jika suka.
- Tutup penutup periuk kukusan tadi sehingga ikan itu masak.
- Apabila sudah agak masak, bolehlah ditutup api gas.
- sedia untuk dihidangkan.
- tidak perlu meletak air kerana air ikan tersebut akan keluar menjadi sedikit berkuah.
- selamat mencuba.
sedapnya....:)
ReplyDeleteto kak cik cek..
ReplyDeleteterlupa nak reply..thanks ziarah sini..