walau apapun kejadiannya, Fie doakan semoga kawan2 bahagia dan sihat2 selalu.
Hari ini nak kongsikan resepi ringkas sahaja : Pucuk paku goreng udang.
Antara bahan2nya :
1 ikat pucuk paku ( dipatah2kan batang dan daun guna tangan je coz kita boleh tahu yg mana keras dengan lembut ) -dibersihkan
10 ekor udang
1 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sudu cili kisar
secubit garam
secubit gula
1 sudu sos lada hitam Life
1 sudu kicap lemak manis kipas udang
sedikit minyak untuk menumis
1 biji cili merah dan hijau (dihiris )
1 labu bawang besar ( dihiris )
Cara memasak :
- Bahan yang bertanda * perlu ditumbuk biar sedikit hancur
- Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak, apabila minyak sudah panas..masukkan bahan yg bertanda * dan goreng dengan sedikit garing.
- Selepas itu, masukkan cili kisar dan kacau lagi.
- Kemudian masukkan udang dan kacau, masukkan secubit garam dan gula mengikut citarasa.
- Masukkan 1 sudu sos cili lada hitam dan sedikit kicap dan kacau lagi.
- Akhir sekali, masukkan daun pucuk paku bersama batangnya ke dalam kuali dan kacau. Biarkan serata.
- Kemudian masukkan cili dan bawang yg telah dihiris tadi dan gaulkan.
- Selepas itu, boleh lah diangkat dan dihidangkan.
- Selamat mencuba.
sedapnya pucuk paku goreng udang... mmg dah lama x makan... terliur tgk
ReplyDeletekalau kak cek dapat sayur cam ni...emmmratah cam tu je..sedapnya...:)
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeletesedapnye pucuk paku...sedap mkn panas2 dgn nasi ni..
to Diana @ Melley Mey..
ReplyDeletethanks ziarah sini Diana..nanti boleh le cuba buat..
to Kak cik cek
betul la kak Cik Cek..Fie suka sangat jenis sayur camni..
to ady..
memang betul sedap jika makan dengan nasi panas2..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSedap Juga Pucuk Paku Goreng Udang...Hari Ni Kak Lin Masak Pucuk Paku Masak Lemak...Tapi Tak Sempat Nak Klik...Klik...
TO Kak Lin..
ReplyDeletethanks kak Lin sudi singgah sini..