Pages

Sunday, July 31, 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan - Selamat Datang Bulan Ramadhan -

                                        pic- by google-tq

Assalamualaikum dan selamat  malam, sekejap je masa berjalan...pejam celik, pejam celik...esok dah masuk bulan Ramadhan...bulan suci, bulan berkat, bulan yang diredhai, bulan pengampunan. Bulan ini mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bulan2 lain.

Selamat Datang bulan  RAMADHAN yang akan membersihkan kami, bulan yang di dalamnya semua baik, puasa pada siang harinya dan bangun malamnya, sedekah dalam bulan ini sama dengan membiayai perjuangan jihad fisabilillah ". Begitulah kata2 alunan Sayidina Umar Ibnu Khattab ( r.a ) bila menyambut kedatangan fajar Ramadhan.

Antara kelebihan pada bulan ini :

1. Amalan fardhu yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini akan dilipatgandakan menyamai pahala 70 fardhu pada bulan yang lain.

2. Amalan Sunat yang dilakukan di bulan ini akan diberi ganjaran pahala menyamai pahala  fardhu pada bulan yang lain.

3. Pada malam Lailatul Qadar, malaikat akan turun ke bumi dan akan mengaminkan doa orang2 yang mengerjakan amal ibadat pada malam itu.

4.Berpuasa mendatangkan kegembiraan, ketenangan dan kelapangan hati di samping mendapat pahala dan keampunan dari ALLAH S.W.T sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud :
"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Kegembiraan yang pertama ketika masa berbuka dan kegembiraan yang kedua ialah ketika masa menemui Tuhannya."         
  
   Petikan dari buku "Iktibar dari kamus hidup orang Soleh".

Jom kita sama2 memuhasabah diri.
Selamat Beramal dan juga Selamat menjalani ibadah puasa pada semua yang beragama Islam, semoga pada bulan yang berkat ini memberi ketenangan dalam hidup kita di dunia dan di akhirat. Amin....

5 comments:

  1. Assalamualaikum...Salam Ramadhan buat Fie sekeluarga. Apa menu utk iftar nanti?

    ReplyDelete
  2. to Ayu..
    Salam Ramadhan juga..thanks ziarah sini..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. to Kak Azlina..
    Waalaikumussalam akak..salam Ramadhan juga buat akak sekeluarga...semalam Fie masak ringkas je coz tak sempat nak masak special..he he he..

    ReplyDelete