Pages

Saturday, June 18, 2011

Ayam goreng masak merah


     Assalamualaikum dan selamat malam,  Fie harap semua sihat2 dan ceria selalu..Dah berminggu tak masukkan entri baru coz bercuti dan agak sibuk dengan kerja2 yang perlu disiapkan dengan kadar segera.
     
       Malam ni rasa lapang cikit,  jadi boleh lah masukkan entri baru..sekejap je dunia ni berputar...pejam celik..pejam celik dah masuk bulan Rejab(disunatkan berpuasa)...lepas tu Syaaban(disunatkan berpuasa) dan Ramadhan (wajib berpuasa bagi orang Islam)..lepas tu Syawal dah nak raya.. baju raya pun belum dijahit lagi ni..

Malam ni Fie nak kongsikan resepi ayam goreng masak merah..resepi ini Fie belajar daripada mama Fie sendiri. Syukran mamaku sayang.

Antara bahan2nya:

Untuk  perap daging ayam

6 ketul daging ayam ( direndam dengan air asam jawa@ limau nipis-agar tidak hanyir, kemudian dibersihkan )
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup @ kunyit debu ( Fie lebih suka kunyit hidup coz lebih asli )
sedikit garam

Cara membuatnya : 
  • semua bahan2 di atas ditumbuk guna lesung dan dilumurkan pada ayam, perap 5 minit.
  •  Selepas itu ambil kuali masukkan ayam tanpa minyak tutup seketika dengan penutup periuk.
  • Apabila air ayam tadi sudah kering, barulah masukkan sedikit minyak dan kacau.
  • Biarkan seketika, masak sampai daging ayam nampak kekuningan dan sedikit garing.
  • Angkat dan ketepikan.

Untuk sos merah :

2 ulas bawang merah    ( diblender @ tumbuk )
3 ulas bawang putih      (diblender @ tumbuk )
1 inci halia                      (diblender @ tumbuk )
5 biji cili kering ( dipotong, direndam air panas, basuh dan diblenderkan )
sedikit garam
sedikit gula pasir
sedikit sos cili Life @ apa2 jenama
1 biji tomato ( dibelah 4 )
1 biji cili merah  besar @ hijau  ( utk hiasan )
sedikit minyak utk menumis

Cara membuatnya :
  • Tumiskan semua bahan yang diblenderkan tadi dengan sedikit minyak hingga sedikit garing.
  • Masukkan sos cili Life dan kacau
  • masukkan garam, gula mengikut citarasa
  • akhir sekali masukkan tomato dan cili
  • kemudian masukkan ayam tadi dan gaul rata.
  • selamat untuk dihidangkan.

Senang je kan,  selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment