Pages

Monday, November 29, 2010

Resepi panjang umur dan dimurahkan rezeki

                                            Perjalanan hidup perlu diteruskan...

Resepi panjang umur dan dimurahkan rezeki


Assalamualaikum dan selamat pagi..

     Setiap orang yang hidup kat dunia ni sememangnya ingin hidup bahagia dengan panjang umur dan dimurahkan rezeki di dalam kehidupannya. Mungkin juga ada yang meminta pada Allah agar dipendekkan umur kerana tidak tahan hidup di dunia, mungkin kerana penyakit yang ditanggung, mungkin kerana hidup dlm kemiskinan, mungkin kerana kepasrahan hidup, mungkin kerana sudah tiada hala tuju, mungkin juga baginya tiada kebahagiaan lagi, maka diminta dipendekkan umur…
           Hidup di dunia adalah sementara,tempat menabur benih utk mendapat hasil di ladang akhirat. Kehidupan ini banyak dugaan dan cabaran, tanpa dugaan dan cabaran maka tidak bermakna kehidupan..setiap kegagalan dalam hidup pasti ada kejayaannya jika kita sentiasa memuhasabah diri kita ke arah yang lebih baik..Resepinya…usaha, doa dan tawakkal.
        Tidak semua orang yang berjaya di dunia ini, dia tidak pernah menempuh kegagalan. Sebenarnya kegagalan lebih membangkitkan kejayaan demi kejayaan…jangan mudah putus asa…ha ha..saya juga pernah gagal dalam peperiksaan…saya bangkit dan terus bangkit…al-hamdulillah saya telah berjaya dan bahagia dalam hidup..berkat usaha doa dan tawakkal.


Di sini saya ingin berkongsi petua panjang umur dan murah rezeki…mudah je

1. Sentiasa murah dengan senyuman walaupun orang tak suka  dengan kita

2. Sentiasa memberi salam, kerana dengan salam kita sentiasa berada dalam doa

3. Sentiasa menghubungkan silaturrahim saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, kawan2 dan kaum lain tidak kira bangsa, agama, adat dan keturunan.

4. Sentiasa bersedekah tanpa orang lain mengetahui.


Hadis: Daripada Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:


"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."
 - ( diriwayatkan oleh Bukhari)


Makna di sebalik silaturrahim,

Silaturrahim berasal dari bahasa Arab yang bermaksud menghubungkan tali persaudaraan & kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya. 

Seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.

Semua manusia tidak mampu dan tidak boleh hidup keseorangan tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Maka jalinan silaturrahim adalah amat penting, bagi sesebuah masyarakat itu hidup lebih cemerlang dan berjaya. Di samping itu,  akan melahirkan masyarakat yang bertamadun dengan mempunyai nilai2 kasih sayang sejagat. 

 Makna disebalik sedekah- iaitu memberi

Bersedekah merupakan satu perbuatan yang baik dan dipandang sangat tinggi disisi Allah dan juga dimuliakan dalam Islam. Allah akan melipatgandakan pahala orang yang bersedekah dan rugilah orang yang tidak mengambil peluang untuk bersedekah semasa hayatnya.

 

Kita perlu bersedekah menurut kemampuan,

orang kaya bersedekah cara orang kaya, manakala orang yang kurang berkemampuan boleh bersedekah dengan cara mereka. Ini disebabkan ada banyak ruang yang begitu luas untuk bersedekah di dunia ini.

Jika kita pergi ke mana2 mesti ada yang meminta diberikan ihsan duit untuk mereka, tetapi ada juga yang menipu di dalam meminta sedekah…itu dia dengan Allah le. Dosa pahala dia tanggung.. tugas kita memberi walaupun sedikit, jangan sesekali mengherdik mereka, kerana mereka juga makhluk Allah yang perlu kita kasihi.


Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, kerana Allah hendak memberi pahala kepada kita apabila peminta sedekah meminta dengan kita…tak perlu kita mencari jauh pergi ke sana ke mari untuk memberi sedekah…

Rezeki akan datang mencurah-curah dari Allah jika kita ringankan tangan utk bersedekah.


Firman Allah S.W.T:

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya.
( Surah Al-Talaq: ayat 2-3)

 

Saya berpesan pada diri akan senantiasa memuhasabah diri yang banyak kekurangan ini….dan saya meminta semua kekawan cuba memuhasabah diri…agar hidup tenang setenangnya dan diredhai ALLAH…

Tiada guna wang berbilion ringgit jika gelodak jiwa melanda diri,

tiada guna kemewahan yang ada jika hati tidak bersih dan suci,

tiada guna kehidupan ini jika kita lalai,

Kelalaian sesaat boleh membinasakan diri,

Tiada guna kehidupan ini jika tiada keikhlasan hati di sanubari…

Sekian, wassalam.












































































2 comments:

  1. Salam...

    Semoga Apa Yg Kita Lakukan Dari Hati Yg Ikhlas....Sama2 Muasabah Diri Utk Mencari Sinar Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat....

    ReplyDelete
  2. Betul kak Lin setiap hari kita perlu memuhasabah diri yg serba kekurangan ini agar tidak lalai dengan arus pemodenan.

    ReplyDelete