Assalamualaikum  dan selamat tengahari kawan2... k.fie telah memperoleh artikel ini daripada  rakan facebook yang meminta dikongsikan bersama dengan kawan2 lain...                       
Kawan-kawan,
Renungan khususnya untuk para wanita, termasuk diriku sendiri...
Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis ketika dia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis.
Baginda menjawab: 
"Pada  malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang  diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis.  Kerana, menyaksikan seksaan yang sangat berat dan mengerikan.  
Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
Rasulullah menjawab:
* Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.  
* Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat  ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
* Aku  lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya  sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala jengking. 
* Dan  aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di  bawahnya  dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,  memakan tali perutnya sendiri.  
* Aku  lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke  dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang  hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.
* Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
  * Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk  melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya  dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa seperti itu?                                     
* Rasulullah  menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang  tergantung rambutnya  hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya  sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.  
* Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.  
* Perempuan  yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan  yang tidak taat kepada  suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak  mahu mandi suci dari haid dan nifas.                                           
* Perempuan  yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia  berhias untuk lelaki  yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
* Perempuan  yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia  memperkenalkan dirinya kepada orang  yang kepada orang lain bersolek dan  berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
* Perempuan  yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan  ular dan kala jengking kepadanya kerana dia boleh solat tapi tidak  mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.                                                 
* Perempuan  yang kepalanya seperti babi dan badannya  seperti himar ialah tukang  pengumpat dan pendusta. Perempuan  yang menyerupai anjing ialah  perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.
"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.                                               
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
Muhasabah diri, hiasi peribadi..                                                        

Slm kenal n knjung bls..mksih ye sdi sngah dpur kcik kita tu..nice blog..smga kita smua sntiasa dlm rahmatNya..dijauh prkara2 mungkar..insyaallah..
ReplyDeleteSalam juga...semoga kita semua di dalam keredhaan Allah S.W.T...amin..
ReplyDelete