Pages

Saturday, November 13, 2010

Somtam ala-Thai

Assalamualaikum dan selamat petang.....

Hari ini saya nak berkongsi tentang cara-cara membuat somtam, iaitu sejenis pencuci mulut yang digemari ramai terutama di negeri Kelantan....

Bahan-Bahan:
- 3 ulas bawang putih
- ½ biji betik muda
- 1 biji tomato merah (belah 6)
- sedikit kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak
- sedikit udang kering kecil
- 3 biji cili padi (ikut selera kalau nak pedas letaklah 5 biji)
- 3 sudu kicap sotong
- 3 sudu gula kabung (warna putih dan likat)
- sedikit garam
- 3 sudu jus limau nipis
- sebelah limau nipis (hiasan)
- sedikit kacang panjang
- kangkung (hiasan) tak letak pun tak pe

Cara membuatnya:
1. Betik diparut memanjang.
2. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung kayu @ lesung biasa dan perlu tumbuk kasar.
3. Masukkan gula kabung, garam, jus limau nipis dan kicap sotong, gaul biar sebati.
4. Masukkan kacang tanah yang telah dibuang kulit bersama kacang panjang, kemudian tumbuk kasar. Selepas itu masukkan betik yang telah diparut dan tomato merah, gaul biar sebati.Tumbuk sekejap je,  jangan hancur.
5. Tuangkan ke dalam pinggan untuk dihidangkan.
Bolehlah dihidangkan bersama kangkung.


Selamat mencuba ye....




4 comments:

  1. peberet mamarempit ni....gullpp....telan air liur.... :

    ReplyDelete
  2. mamarempit cuba lah buat, atau rempit dgn motor je ke kedai yg jual somtam..balik leh makan terus...he he....

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan ya nama ku melor dan selamat hari raya

    ReplyDelete