Pages

Saturday, January 15, 2011

Ayam goreng kunyit halia bersama asparagus


Assalamualaikum dan selamat pagi kawan2 alam maya...hari ni rasa happy sesangat coz tak kerja dan boleh le masak2, mengemas rumah, jalan2 kan...dah banyak hari tak update blog ya...coz banyak kerja yg perlu diuruskan... Fie doakan semoga semua kawan2 alam maya sihat walafiat dan  ceria selalu...Hari ni nak kongsi tentang masakan ayam...kami family jarang2 je makan ayam...kalau ayam HPA memang suka le coz kurang ubat-ubatan n pemeliharaan ayamnya  macam ayam kampung...kalau ayam bandar 2 bulan dah gemuk...dicucuk2 n ubat pembesaran dan disembelih.....rasanya tak berapa bagus untuk kesihatan...kalau ayam kampung memang bagus coz dia makan makanan tak macam ayam bandar..lepas tu cara penyembelihan ayam kat K.L ni kadang2 tak berapa menepati piawaian  Jakim..kadang2 takut nak makan ayam...melalut le pulak...jangan marah...
                                            
  Bahan2nya:

           1/2 kilo ayam kampung ( dihiris nipis )
        1 inci kunyit hidup *
         1 inci halia *
           3 ulas bawang putih *
              sedikit garam  *
            3 sudu sos cili Thai Maggi
              1 ikat asparagus ( dipotong ) 
           sedikit minyak untuk menumis 
     1 labu bawang besar dihiris
      1 biji cili merah besar

      Cara memasak :

          Ayam dipotong dan dibersihkan.
      Semua bahan yg bertanda * ditumbuk.
              Kemudian digaulkan dengan ayam.  Perap seketika. 
          Selepas itu, masukkan ke dalam kuali tanpa minyak. Apabila air ayam sudah kering, masukkan sedikit minyak kemudian kacau. Masukkan sos cili Thai dah kacau lagi. 
Akhir sekali masukkan sayur asparagus, bawang besar dan cili merah besar dan kacau lagi...Biarkan seketika dan angkat untuk dihidangkan..

Selamat mencuba..

Ok. wassalam.




                                       








6 comments:

  1. Sedapnya! heheh . boleh mencuba lepas nie ~ :D

    ReplyDelete
  2. bahannya semua ada dalam peti.. esok bolehlah cuba masak resepi ni.. Thanks yer..

    ReplyDelete
  3. Thanks pada LehaMY yg berkunjung kat sini...

    ReplyDelete
  4. Thanks pd Hanis sudi datang sini..cuba lah...

    ReplyDelete
  5. Bagus juga, goreng tanpa minyak ya. Lagi satu, Yati jarang guna kunyit hidup. Guna serbuk kunyit je. Boleh kot ganti dengan kacang panjang kan, kalau takde asparagus.
    Thanks for sharing resepi ni ya, Fie.

    ReplyDelete
  6. Thanks Yati jln2 kat sini...sy keringkan air ayam baru lepas tu letak sedikit minyak,nanti ayam jadi lembut. Boleh je Yati guna kunyit serbuk, sy lebih suka guna kunyit hidup kerana fresh.Boleh jugak guna kacang panjang, kacang buncis @ kubis bunga.

    ReplyDelete