Assalamualaikum dan selamat malam, diharapkan semua ceria2 selalu...malam ni Fie nak kongsikan tentang masak ikan cencaru berlada bakar...memang suka sangat ikan ni...kalau beli kat kedai yang dah masak rasa tak berselera mana nak makan...masakan sendiri juga yg suka..
Antara bahan2nya:
2 ekor ikan cencaru segar
10 biji cili kering ( dibelah, buang biji dan direndam air panas seketika)
4 biji cili padi merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia muda ( halia tua pun boleh je)
1 inci kunyit
sedikit garam
1 sudu kecil gula
2 inci gula Melaka ( nisan )
beberapa helai daun pandan @ daun pisang
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak masak
Cara membuatnya :
- Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah tepi
- Ambik lesung @ blender kisarkan bahan2 ini ( Fie lebih suka guna lesung)...masukkan lada kering dan cili padi tumbuk biar hancur, masukkan sedikit garam debu untuk hancurkan cili.
- Selepas itu masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan tumbuk lagi sampai hancur
- Masukkan sedikit gula, gula Melaka dan tumbuk lagi
- Akhir sekali masukkan sedikit garam.
Kesemua bahan2 di atas dimasukkan ke dalam badan ikan yang dibelah tadi dan didada ikan.
- Perap selama 10 minit.
- Kemudian bolehlah dibakarkan. Semasa hendak membakar..alaskan tempat pembakar dengan daun pandan @ daun pisang agar naik baunya dan tidak melekat ditempat membakar. ( Fie guna daun pandan )
- Curahkan 1 sudu besar minyak masak ke atas ikan2 agar nampak basah.
- Selamat mencuba.
salam ziarah~ time2 pose mak suke buat ikan bakar ni...sedapppp
ReplyDeleteadeh..sedapnya..xtau lg lunch nak mkn apa
ReplyDeletenak tumpang makan
ReplyDeleterequest mamadiana buatkan hari ni...lunch time !
ReplyDelete[p@kcikLie]
sedapnya.. makan ikan bakar sumbat ni saja dgn nasi putih pun dah rasa sedap sgt kan..
ReplyDeleteto Nuwairani, thanks ziarah kat sini..
ReplyDeleteto nonierahman, thanks jln2 sini..makan makanan yg berkenan kat hati le..
to Panglima Muda..
Thanks ziarah sini..
to p@kcikLie..
THANKS BERKUNJUNG DI SINI..
to Hanis..
Betul Hanis makan dgn nasi putih masa panas2 best betul..