Masjid Nabawi peninggalan Nabi -pic by pak google
Assalamualaikum dan selamat pagi kawan2 alam maya..al-hamdulillah hari ni cuti sempena sambutan Maulidurrasul iaitu memperingati kelahiran junjungan kita Nabi MUHAMMAD S.A.W. Betapa mulianya Nabi kita di bawah lindungan ALLAH S.W.T dan sayangnya Allah pada Nabi kita. Kita adalah umat akhir zaman. Nabi Muhammad adalah penutup segala Nabi.Nabi kita adalah nabi yang ke 25 yang wajib kita sbg umat Islam ketahui. Al-hamdulillah Nabi kita pembawa rahmat sekalian alam semua dapat merasainya.
Nabi kita lahirkan pada 12 Rabiul Awal pada tahun gajah bersamaan 571 Masehi.
Kita sbg umat perlu ingat salasilah keturunan Nabi iaitu : Nabi Kita bernama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Qilab.
Manakala sebelah ibunya : Aminah bt Wahab bt Abdul Manaf bt Zahrah binti Qilab.Nama moyang Nabi ialah Qilab.Bertemu sebelah ibu dan bapa. Bapa n ibu nabi rupanya kawin saudara mara.
Sedihnya Nabi dilahirkan sebagai anak yatim.Tidak pernah kenal bapanya...Bapanya berniaga ke syam, dlm perjalanan pulang bapanya telah jatuh sakit dan meninggal dunia di Yasrib..dan dikebumikan di sana.
Hanya sempat hidup bersama ibunya beberapa ketika sahaja..kerana ibunya telah juga wafat pada usia Nabi masih kecil dan dikebumikan di Abwa iaitu semasa dlm perjalanan pulang Nabi bersama ibunya serta Ummu Aiman dari menziarahi makam bapanya di Yasrib
Itulah PEMIMPIN UMAT sejak dlm kandungan ibunya sudah diuji...KiTA BAGAIMANA?
Nabi berasal dari keturunan mulia, dari kalangan kaum bangsawan..datuknya penjaga Kaabah. Dikenali di seluruh pelusuk dunia.
Semasa kecil, Nabi disusui oleh ibunya selama beberapa hari sahaja. Kemudian disusui oleh Suwaibatul Aslamiah - selama 3 hari.
Halimatus Sa'diyyah - menyusukan Nabi selama 4 tahun. Sudah menjadi adat kaum bangsawan, anak disusui oleh org lain dan dididik serta diasuh dengan penuh kasih sayang.
Tujuan disusui oleh org lain kerana untuk memulihkan kesihatan ibu, pertumbuhan akal dan badan yag sihat dan membawa keberkatan. Itulah anataranya...kerana juga ibu susu Nabi seorang yg mempunyai budi pekerti yang mulia.
Di desa Bani Saad Nabi dibesarkan, di situ kehidupan masyarakatnya penuh dgn nilai2 murni, bersatu padu dan berakhlak mulia, bekerjasama dan kukuh persaudaraan...di situlah Nabi dididik dgn penuh mulia, fasih bertutur, hidup berdikari.
Nabi dipelihara oleh Datuknya Abdul Mutalib selama 2 tahun selepas kewafatan ibunya. Nabi dididik dengan akhlak mulia oleh datuknya.
Selepas datuknya meninggal dunia, nabi dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib..Beliau adalah abang kepada bapanya Abdullah. Walaupun Abdul Talib masih belum Islam, tetapi beliau sangat sayang pada anak saudaranya.Ketika usia 8 tahun Nabi Kita dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib sehingga dewasa. Di ajar menggembala kambing dan berniaga.
Menggembala kambing satu kerja mulia...Anda pasti tahukan kambing adalah haiwan yg paling degil sekali..tetapi Allah mengajar Nabi HIDUP SUSAH semasa dari kecil lagi dengan menggembala kambing.
Nabi dididik dengan kecerdasan akal, jasmani, syaksyiyyah peribadi dan rohani yang unggul...Kemiskinan mengajar erti kedewasaan. Cabaran juga mengajar erti kedewasaan.
Bapa saudara Nabi walaupun dia masih dengan agama datuk moyangnya (agama Jahiliah ) tetapi segala tindak tanduk Nabi menyebarkan agama Islam disokong 100%..Kerana hatinnya masih belum terbuka untuk menerima Islam...tapi yg paling sedihnya bagi Nabi ialah di saat kematiann bapa saudaranya Abu Talib, Nabi masih mengajak bapa saudaranya agar mengucap 2 kalimah syahadah tetapi bapa saudaranya masih berdegil ingin berada dgn agama asal..Akhirnya meninggallah bapa saudara Nabi dgn agama Jahiliah..kesiankan Nabi bapa saudara yg paling disayangi...
Nabi di usia kanak2 sudah bekerja dan mengambil upah menggembala kambing kerana bapa saudaranya hidup susah.. Pada usia 12 tahun, baginda telah menbantu bapa saudaranya berniaga di Syam...Zaman Nabi dahulu kenderaan hanyalah unta, tidak seperti sekarang..byk kereta, van dan bermacam2 lagi. Nabi tidak terpengaruh dgn perkara2 yg tidak baik, malahan mghabiskan masa dengan berfaedah tidak seperti sebilangan anak remaja sekarang...menghabiskan masa begitu saja.
Pekerjaan kedua Nabi ialah berniaga. Nabi seorang yg bertanggungjawab ketika berniaga, amanah, tidak menipu, jujur dan rajin.
Berniaga adalah pekerjaan mulia, jika kita tidak menipu dalam perniagaan, kita akan mendapat keberkatan yg berlipat kali ganda.
Akhir sekali, dipendekkan cerita Nabi S.A.W. berkahwin dgn Khadijah bt Khuwailid pada umur 25 tahun..Manakala Khadijah berkahwin dlm usia 40 tahun.Khadijah seorang bangsawan yg mulia dan berjaya di kota Mekah. Khadijah berkahwin dgn Nabi kerana tertarik dgn sifat Nabi dan akhlak mulia, jujur, rajin, sabar dan seorang yg bijak.
Selepas berkahwin baginda meneruskan perniagaan dan hidup secara sederhana sahaja. Baginda hidup aman, bahagia dan penuh kasih sayang. Dengan perkahwinan itu, baginda mendapat anak seramai 6 orang, iaitu Qosim, Abdullah, Rokiyyah, Zainab, Ummu Kalsom dan Fatimah. Hanya Fatimah yg hidup lebih lama. Tetapi anak2 nabi yg lain meninggal di usia yg masih kecil. Anak Nabi semua sebenarnya ada 7 orang ( Ibrahim adalah anak dari isteri perkahwinan yg lain) .
Sekian dulu celoteh saya melalui pembacaan dari buku2 agama..semoga menjadi ikhtibar kepada hidup kita semua.
Banyakkan berselawat untuk Nabi sebagai umat akhir zaman agar Nabi akan ingatkan kita di padang masyhar nanti..tempat perhimpunan semua manusia di seluruh pelusuk dunia...takutnya kan..
Bersama2lah kita memuhasabah diri kita, hiasi peribadi agar menjadi insan yg kamil sempurna..Insya Allah.. dan mengamalkan sunnah Nabi selalu..amin.. banyakkan bersedekah kerana harta yg kita dapat bukan bermakna milik kita seorang sahaja. Harta tu untuk orang lain merasai sama, perlu diagih2kan barulah mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat kerana kita hidup tidak lama, sampai masa ke tanah jua...
Tak pernah jemu baca kisah nabi saw ini.. thanks yer berkongsi di sini.. Salam Maulidaul rasul buat fie..
ReplyDeleteThanks Hanis datang sini..
ReplyDelete