Assalamualaikum dan selamat malam kawan2 alam maya..malam ni Fie berkesempatan untuk menjenguk blog yg dah beberapa hari tak tengok..al-maklumlah balik kampung...macam2 hal nak dibuat...bila dah balik semula banyak pula kerja2 yg perlu dibereskan.
Fie doakan kawan2 semua sihat dan ceria2 selalu...
Malam ni Fie nak kongsikan pasal Pizza ni...makanan orang putih...Fie ni asal orang kampung je...makanan sebegini jarang sekali makan..lebih suka kuih tradisional....ni adik Fie yg masak tau Pizza untuk kakaknya yg balik kampung, dia happy2 so dia masak le Pizza ...sempat le ambik resepi darinya...
Bahan2 A :
200gm tepung gandum ( dapat 3 biji Pizza )1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
125ml air
1 sudu minyak zaitun @ butter (kalau tak ada minyak zaitun )
1 sudu susu tepung
Cara membuatnya:
Ambil yis, letak sedikit air, kacau bersama gula,
masukkan tepung gandum dalam bekas, letak susu tepung dan minyak zaitun, kacau.
Kemudian masukkan air yis tadi...ulikan tepung, masukkan air sedikit demi sedikit...jangan melekat kat tangan...uli dan terus uli sehingga menjadi doh...kemudian tutupkan doh berkenaan dengan kain basah yg bersih selama 40-60 minit.
Apabila doh berkenaan dah kembang, ambik sedikit dan canai menjadi bulat...kalau suka pizza bentuk nipis maka buat le nipis, kalau suka tebal buat le tebal dlm 0.5cm...ikut citarasa lah ya...
Letak kat dalam bekas bulat @ tudung periuk.
Bahan B ( Bahan kat atas Pizza untuk 1 biji )
sedikit lada hitam *
2 ulas bawang putih *
sedikit garam *
Sedikit mayonis
sos tomato
sos cili
sedikit dada ayam yg direbus dengan air
daun sup ( dihiris )
1 biji buah tomato ( dipotong dadu )
1 biji cili merah besar @ cili benggala merah ( dihiris nipis )
sedikit keju Mozarella
Cara membuatnya:
Perlu ditumbuk bahan yg bertanda *
siat2kan isi dada ayam yg telah masak dan perap bersama bahan yg bertanda *
Ambil kulit Pizza yg telah dicanai tadi..
sapukan kulit Pizza dengan mayonis
sapukan pula sedikit sos tomato dan sos cili di atas mayonis
taburkan bahan2 tambahan seperti buah tomato dipotong dadu, cili, daun sup dan ayam yg telah diperap...taburkan je...
Akhir sekali keju Mozarella..taburkan juga...
Bakarkan dlm oven pd suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit lebih kurang...
Selamat mencuba...
Assalamualaikum....
ReplyDeleteCantik nampak Pizza ni... Kak Lin dah lama x buat Pizza... Insya allah.. bila anak2 balik nanti boleh buat...
dah banyak ambil resepi buat pizza ni.. tp tak buat2 juga lg.. harap2 ada rezeki dah guna resepi pizza fie ni..
ReplyDeleteTo Kak Lin...
ReplyDeleteWaalaikumussalam Kak Lin...
Adik sy yg buatkan tu...sy tumpang tengok n makan je...
To Hanis...
ReplyDeleteCubalah Hanis, Fie pun nanti nak cuba buat...kalau ada masa free le...