Pages

Thursday, February 10, 2011

Labu Air masak rebus lada hitam


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 alam maya...diharap semua sihat2 selalu.
Hari ni nak kongsikan masakan yg paling senang je untuk dimasak...masakan ala2 kampung gitu...oleh kerana dah lama tak makan labu air maka teringin le nak masak...


Antara bahan2nya :
  • 1  biji labu air sederhana kecil ( di buang kulit dan dihiris kecil2 serta direndam dlm air )
  • 2 ulas bawang merah *
  • 10 biji lada hitam *
  • 1 ekor  isi ikan kembung mentah *
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit air
  • setengah biji carrot dipotong memanjang
Cara membuatnya :
Bahan yang bertanda  * perlu ditumbuk sampai hancur ( tumbuk lada hitam dulu, baru masukkan bawang merah dan isi ikan kembung mentah )
Basuh labu air dengan bersih kemudian masukkan ke dalam periuk bersama dengan sedikit air.
Rebus biar mendidih. Selepas tu masukkan bahan yg bertanda   *  ,  garam dan secubit gula mengikut citarasa serta carrot.
Bila dah nampak labu empuk boleh le diangkat dan dihidangkan...

Cara makan : makan bersama nasi panas dan ikan goreng kunyit beserta sambal belacan memang sedap tau..



Selamat mencuba..

4 comments:

  1. Salam..menu yang simple tapi marvelous! Labu ni masakan favourite akak. Sambal belacan tu memang gu dia la tu!

    ReplyDelete
  2. ini menu kesukaan mak saya ni fie.. guna betik muda pun sedap juga kan klu masak mcm ni..

    ReplyDelete
  3. To p3chandan ( kak Shidah )
    Thanks akak ziarah sini..saya suka coz masakan simple dan menyelerakan..tambah2 pekene sambal belacan..he he he..

    ReplyDelete
  4. To Hanis Azla
    Tima kasih jalan kat sini, boleh je guna betik muda,sedap jugak..

    ReplyDelete