Pages

Sunday, February 27, 2011

Agar-agar santan daun pandan -resepi Mama









 Assamualaikum dan selamat malam kawan2 alam maya...malam ni Fie nak kongsikan resepi agar-agar santan daun pandan...resepi ni dah banyak hari...ni baru nak masukkan coz minggu lepas Fie tak sihat...batuk2, demam, sakit2 badan...al-maklum le kerja banyak yang perlu dibereskan sampaikan kesihatan terabai... hari ni dah sihat..jadi boleh le layan blog sekejap dan nak buat kerja yg belum siap...malam ni sungguh nyaman sekali coz hujan turun..

Bahan2 nya :
  • 1 bungkus agar2 berbentuk tali (Fie guna yg 15 gram) biasa dalam plastik panjang.
  • 3 cawan air
  • 3 cawan gula
  • 2 biji telur 
  • 15 helai daun pandan
  •  1/2 biji kelapa mesin
* jadi jumlah air semua 5 cawan ( 3 cawan air + 2 cawan santan )


Cara membuatnya :

Basuh agar2 tali dan rebus dengan 3 cawan air.
Pastikan agar2 tadi hancur, selepas itu masukkan gula, masak sampai gula hancur dengan api sederhana.
Potong kecil2 daun pandan, blenderkan bersama kelapa mesin dan masukkan telur sekali...masukkan 2 cawan air. Blender sampai hancur...
Tapiskan santan yang diblender tadi bersama daun pandan dan telur.

Sebelum masukkan santan, pastikan gula dalam agar2 telah hancur.
Selepas tu, masukkan santan berkenaan ke dalam periuk rebusan agar2 tadi dan kacau..
Biarkan seketika, kacau dan tutup api gas.
Ambil loyang dan tuangkan agar2 tadi ke dalam loyang. Apabila telah sejuk daripada kepanasan, masukkan ke dalam peti ais..Bila dah terlalu sejuk baru sedap untuk di makan.

Agar2 ni sesuai dimakan waktu tengahari dan petang.

Pesanan...
Bagi yang ada penyakit, semua jenis agar2 tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan seperti penyakit ulser, kerongkong, tiroid dan baru lepas pembedahan.
Kalau anda makan juga boleh menyebabkan bengkak2 badan anda. Memang agar2 sangat best, sejuk bila makan...tapi hati2 pada yg berpenyakit...perkara ni telah berlaku pada jiran sekampung Fie...Seorang ibu memberi anaknya makan agar2 selepas anaknya pembedahan leher..memang le sejuk kat leher..sedap n nikmat.Ibu tersebut memberitahu,, ingatkan ok je bagi makan agar2...rupanya berbisa..tapi apa yg jadi ialah...malam tu..anaknya tak boleh nak tidur kerana lehernye membengkak.. coz agar2 diperbuat daripada sejenis alga laut....
Bagi yg sihat boleh je makan...tak jadi masalah pun...tapi tidak elok makan setiap hari..jarang-jarang ok.menurut pakar pemakanan...




















8 comments:

  1. salam fie, agar2 tu yg berapa berat utk 1 paket?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Fie, akak memang berkenan agar2 santan ni, sejuk2 baru best dimkn. Bahagian santan tu lagi banyak lagi best kan!! :)

    ReplyDelete
  3. Salam fie.. dulu2 mak saya suka buat agar2 ni.. tapi guna gula melaka jd warnanya coklat.. tp skrg dah lama tak buat.. Thanks yer fie utk info ttg org tak sihat tak boleh makan agar2 tu.. sblm ni tak pernah tahu pun pasal tu.. info berguna ni..

    ReplyDelete
  4. To K.Nor..
    salam kak Nor..Fie guna yg 15 gram...lupa nak taip..pasal gram..

    ReplyDelete
  5. To Kak Azlina....
    Waalaikumussalam akak, memang betul lah kak...sejuk2 baru best makan...letak sebiji pun boleh kelapa..lagi lemak rasa...

    ReplyDelete
  6. To Hanis...
    Salam kembali Hanis, Fie tak pernah buat lagi agar2 yg letak gula Melaka tu...nanti boleh cuba buat...makan tu pernah, masa bulan puasa banyak dijual agar2kan..kat pasar Ramadhan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Fie...

    Sedanya agar2 tu...mak Kak Lin pun kalau buah agar2 suka guna agar2 yg panjang tu....dia kata lebih sedap dari yg serbuk...

    ReplyDelete
  8. Assalam fie,
    waduh dah lama tak buat agar2..
    sedap nanmpak agar2 fie ni..suka pat santannya tu ..hehe

    ReplyDelete