Pages

Tuesday, April 26, 2011

Kerabu Mangga lagi


Assalamualaikum dan selamat petang,  semoga semua bahagia dan ceria2 selalu.
Hari ni Fie nak kongsikan tentang resepi kerabu mangga lagi..resepi ni Fie buat sendiri. 

Antara bahan2nya :

2 biji  Mangga saiz kecil (dicincang dan dipotong memanjang @ guna pemarut buah )
1 ulas bawang merah kecil ( dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
2 biji cili padi ( dihiris )
1 biji limau kasturi ( diambil airnya )
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil gula pasir
2 sudu besar kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
sedikit ikan bilis yang digoreng garing


Cara membuatnya:
  • Masukkan gula, garam, cuka dan air limau kasturi ke dalam mangkuk ( kacau sampai hancur garam n gula)
  • letak garam n gula mengikut citarasa sendiri.
  • selepas itu, masukkan Mangga yang telah dipotong memanjang tadi  dan gaul rata
  • masukkan bawang merah, bawang putih, kacang goreng, cili yg telah dipotong dan gaul sekali lagi.
  • akhir sekali taburkan ikan bilis goreng.
  • bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.
Senang je kan...selamat mencuba.












6 comments:

  1. sedapnya kak...terasa krup krap krup krap..bak mai skit...heheeh...

    ReplyDelete
  2. Kecur air liur akak tengok kerabu mangga ni...
    Silalah ke blog akak ambik bunga...

    ReplyDelete
  3. baru semalam makan kerabu mangga.. tp kerabu fie lebih special sebab ada ikan bilis garing tu.. nmpk lebih mengancam..

    ReplyDelete
  4. to Cik Izan, thanks singgah sini..

    ReplyDelete
  5. To K.Antan Bertingkah..
    thanks jln2 kat sini...Fie dah ambil..thanks ya..

    ReplyDelete
  6. To Hanis Azla
    thanks sudi singgah sini...Fie biasa makan kat Santai dia letak ikan bilis..he he tu yg cuba buat sendiri pulak..

    ReplyDelete