Pages

Monday, August 6, 2012

Pisang sira...



       Assalamualaikum dan selamat tengahari...apa khabar semua? harap2 kalian semua sihat walafiat...
Suka sangat, hari ni cuti sempena Nuzul Al-Quran...Sejarah penurunan AL-Quran berlaku pada setiap kali pertengahan bulan Ramadhan iaitu pada 17 Ramadhan..hari ini cuaca mendung ...memang sesuai bagi yang berpuasa...tak lah rasa kepanasan sangat.. Al-Quran sebesar-besar mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kita umatnya perlu belajar dan hayati betul-betul segala isi kandungannya.     
        Di dalam Al-Quran semua telah tertulis mengenai hukum -hakam, syariah, sirah, cerita2 masa dahulu, bab feqah, dan lain2 lagi...cuba kita buat kajian mengenai makna2 di sebalik bahasa Al-Quran tersebut.
Hari ni, Fie nak kongsikan berkaitan dengan sejenis makanan pemanis...makanan ini boleh makan jarang2 je...tak boleh kerap kali...sebagai pencuci mulut..

Resepi ni, Fie belajar masa alam remaja dulu....masa kat kampung dengan mama..

Antara bahan2nya:

5 biji pisang nangka atau pisang kebatu ( pisang jangan terlampau lembik tak sedap- pilih yang pejal)

2 cawan gula ( terpulang pada diri nak manis @ nak kurangkan )

2 helai daun pandan

secubit pewarna kuning

3 kuntum bunga cengkih

segelas  air

Cara membuatnya :
  • Sediakan periuk
  • masukkan gula tadi 1 cawan
  • masukkan air
  • daun pandan dan bunga cengkih
  • lepas tu masukkan sedikit pewarna dan kacau
  • akhir sekali masukkan pisang yang telah dibelah dua, dan taburkan  secawan gula di atas pisang
  • tutup seketika dengan tudung periuk..
  • Hasilnya seperti di atas..
  • Letak dalam peti ais lagi sedap untuk di makan..
Selamat mencuba.


Untuk makluman bersama :

Bulan Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik @ terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi seluruh umat Islam...Al-hamdulillah Ya ALLAH kerana memberi keberkatan di dalam bulan ini berbanding dengan bulan2 yang lain...rebutlah peluang keemasan ini...hanya setahun sekali..

5 comments:

  1. dh lama xbuat sira pisang..biasa makan time blk kg jer..senang dpt pisang sesuai..^^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Fie,
    Masa Kak Lin kecik2 dulu mak selalu buat sira pisang ni tapi ni lama tak pernah makan, sedap nampaknya...

    ReplyDelete
  3. Salam.. Menariknya pisang sira.. Lama benar tak makan.. :)

    ReplyDelete
  4. hi..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete
  5. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete