Pages

Sunday, March 27, 2011

Daging goreng kicap



 Assalamualaikum dan selamat pagi. 
Apakhabar kawan2 semua? ....Harapan Fie semoga kawan2 sihat  walafiat dan ceria2 selalu. Hari ni Fie masak awal untuk tengahari...menu yang ringkas je.



 Antara bahan2nya :
  • 1 mangkuk kecil  daging ( dihiris nipis )
  •  2 ulas bawang putih
  •  2 inci halia muda ( suka sgt guna halia muda, halia tua pun boleh )
  •  1 labu bawang  besar ( dipotong bulat )
  •  1 biji lada besar merah @ hijau 
  •  sedikit kicap
  •  2 sudu besar sos cili Thai Maggi
  •  sedikit minyak 
  •  1 sudu kecil garam
  •  secubit gula
Cara memasak:

Tumbuk bawang putih bersama halia dan  1 sudu kecil garam,
ambil daging dan diperap seketika selama 5 minit.
Masukkan daging ke dalam kuali tanpa letak minyak, tutup seketika dengan tudung periuk,
selepas tu buka tudung periuk dan kacau, apabila air daging sudah kering, masukkan sedikit minyak dan kacau...biarkan daging sedikit garing.
Selepas itu, masukkan bawang besar, cili besar, secubit gula, kicap dan sos cili Thai. 
Gaul rata dan bolehlah di angkat dan dihidangkan..itu je resepinya...senang je kan..

Sedap dimakan bersama nasi putih yang masih panas dan roti...
Selamat mencuba..

6 comments:

  1. senang & sangat sedap. cuma jarang makan daging. mintak sikit..

    ReplyDelete
  2. suka kalau dgg masak camni nnti boleh try rcp ni pulak

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Fie...

    Pagi2 ni Kak Lin dtg skodeng dapur Fie...sedapnya daging goreng kicap tu...lama tak masak...

    ReplyDelete
  4. yg simple2 nilah yang membuka selera. nmapak sedap sgt..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Fie...emmmm memang sedap daging msk kicap kering camni. senang & menyelerakan..cukup ke masak daging 1 mangkuk kecik tuuu..:)

    ReplyDelete
  6. to Adzriel AB..
    thanks singgah sini..

    to Chik Mimi..
    cuba je, kalau suka..

    to Kak Linrosly
    waalaikumussalam..thanks akak dtg sini...suka sgt...he he he..

    to Hanis..
    Thanks ziarah kat sini..

    to Kak Azlina..
    waalaikumussalam Kak, masakan simple je...bagi saya yg bekerja..cukup je kak coz kami tak makan byk lauk....satu lauk dah ok. janji kenyang. Kalau hari minggu je lah, masak lebih cikit.

    ReplyDelete