Pages

Sunday, March 20, 2011

Singgang Daging Lembu


     Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 semua...Fie doakan semoga kawan2 sihat walafiat bersama keluarga tersayang..ceria2kan diri moga bahagia selalu..walaupun ada banyak asam garam masalah, itu semua adalah sebuah kehidupan di dunia,  yang pasti dunia tidak akan kekal ...akhirat jua yang akan kekal selamanya...perjalanan kita masih jauh ..banyak liku2 hidup yang akan kita tempuhi..tanpa kita ketahui..

Hari ni,  Fie masak ringkas je..iaitu  singgang daging resepi dari mama...dah lama tak masak singgang, sekali pekena sedap juga...bagi yang ada penyakit darah tinggi tu, daging tidak elok diamalkan selalu..jarang2 boleh le...

Bahan2nya:
  •  1 mangkuk kecil daging ( dihiris nipis )
  •  1 ulas bawang merah     ( dimayang )
  •  3 ulas bawang putih      ( dimayang )
  •  1 sudu kecil  lada hitam ( diketuk2  sedikit )
  •  2 sudu kecil rempah ketumbar biji ( diketuk2 sedikit )
  •  1 inci lengkuas    ( dimayang )
  •  2 inci halia muda ( dimayang )
  •  1 keping asam keping yg kecil
  •  sedikit garam
  •  sedikit gula Melaka ( sebesar ibu jari )
  •  3 gelas air

Cara membuatnya :

Rebus daging dengan air seketika...
Lepas tu, angkat dan buang air daging berkenaan, kemudian masukkan air lain.
Apabila sudah mendidih air tersebut, masukkan semua bahan2 yang lain seperti bawang merah, bawang putih, asam keping, garam, gula Melaka, halia dan lengkuas.
Kacau dan biarkan seketika. 
Masak daging dengan  api sederhana agar tidak liat.
Bila daging sudah empuk, bolehlah di angkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba.























6 comments:

  1. selalu dengar org pantai timur suka makan masakan ni.. saya tak pernah lagi mencubanya.. ada resepi ni nnt2 bolehlah mencubanya.. nampak ringkas dan sedap..

    ReplyDelete
  2. selalunya org masak singgang guna ikan...ni guna daging..wow satu bercubaan yg baik..kena cuba ni.

    ReplyDelete
  3. as-salam, emmm...memang sedappp singgang daging lembu tu kalau mkn panas dgn sambal belacan pergghhhh.......

    ReplyDelete
  4. tak pernah try singgang daging..slalu guna ikan jer..tapi singgang klu gu dgn sambal belacan mmg mengancam..silap2 leh bertambah nasik..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Fie...

    Mmg sedap singgang daging ni...lagi kalau terasa semua rempah ratusnya...

    ReplyDelete
  6. Akak suka masak ni bila takde selera nak makan atau masa dalam pantang tapi selalu buat dengan ikan kembung...belum penah dengar guna daging. Mesti nak try ni!

    ReplyDelete