Pages

Saturday, December 25, 2010

Kerabu Mangga


 

 Assalamualaikum dan selamat petang, diharap semua pembaca  sihat sejahtera...Hari ini saya ingin berkongsi resepi tentang kerabu mangga. Kerabu mangga adalah makanan yg paling popular di Thailand. Ia mencukupi rasa sebenar kerabu Thai iaitu masam, manis, masin dan pedas yg membangkitkan selera.

Bahan2nya:

2 biji mangga muda besar @ kecil (sy guna mangga besar muda)- dibuang kulit dan diparut memanjang
2 biji bawang merah kecil (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji cili merah  (dihiris)
4 biji cili api hijau (dihiris)
2 sudu besar kacang tanah yg telah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
sedikit ikan bilis yg digoreng garing
1 biji limau nipis (diambil jus)
1 sudu kecil cuka
secubit belacan jika berminat
sedikit garam &  gula secukup rasa


Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas mangkuk.
Kemudian masukkan garam,  gula,  jus limau nipis, cuka, secubit belacan dan gaul sehingga sebati.
Masukkan kacang tanah goreng tanpa perlu ditumbuk dan taburkan ikan bilis goreng.
Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba..

Wednesday, December 22, 2010

Kuih Bunga Tanjung



Assalamualaikum &  selamat petang, hari ini sy ingin berkongsi cara membuat kuih Bunga Tanjung.
Kuih bunga Tanjung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kuih ini biasanya dibuat hantaran sebagai makanan pemanis, pencuci mulut dan  biasanya hidangan istimewa makanan di bulan puasa.

Bahan2nya:

5 biji kuning telur ayam
3 cawan gula
4 cawan air
tepung beras pulut secukupnya


Cara membuatnya:

Gula dimasak dengan air sehingga mendidih & pekat dengan api yang sederhana.
Kuning telur dipukul sehingga kembang.
Selepas itu masukkan tepung pulut sehingga cukup untuk dibentuk. Masukkan adunan ke dalam acuan berbentuk bujur dan tekankan ke dalam air gula yang sedang dimasak tadi. Buat begini sehingga selesai. Apabila telah timbul di permukaan air gula bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba.




Monday, December 20, 2010

Sayur Kangkung goreng belacan


 Assalamualaikum, selamat tengahari...hari  ni sy nak kongsi cara masak sayur kangkung goreng belacan.

Bahan2nya :

1 ikat kangkung ( dibasuh & dipotong
- asingkan batang dgn daun )
1 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sudu kecil belacan *
2 biji cili padi  *
1 genggam ikan bilis *
sedikit garam & gula mengikut citarasa
1 sudu kecil sos tiram
                                sedikit minyak utk menumis

Cara memasak :
Bahan bertanda   *   perlu ditumbuk.
Letak sedikit minyak dlm kuali, 
tumis bahan yg ditumbuk,
masukkan sedikit garam & gula
masukkan batang kangkung dahulu,
lepas tu  kacau, akhir sekali masukkan daun kangkung &
sedikit sos tiram. 
Rasa dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.







Telur masak merah



Assalamualaikum  dan selamat petang sebagai pembuka bicara.
Hari ini sy ingin berkongsi masakan.
                                 Telur masak merah

Bahan2nya:

5 biji telur ( yg telah direbus )
4 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
sehiris halia *
5 sudu cili giling
sedikit gula melaka
sedikit garam
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 ulas bawang besar ( untuk hiasan )

Cara memasak :

Rebus dahulu telur, apabila sudah masak buang kulit & goreng. Asingkan dlm pinggan.

Kemudian panaskan kuali, masukkan minyak
apabila kuali sudah  panas sedikit,
masukkan bahan yg bertanda *,
tumis sampai naik bau, 
kemudian masukkan cili giling,
kacau biar sedikit garing,
selepas itu, masukkan sedikit gula melaka dan secubit garam
masukkan sedikit air, biarkan mendidih,
selepas itu masukkan telur & kacau..
Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Taburkan bawang besar yg telah digoreng atas telur masak merah.

Sekadar ingin berkongsi resepi.

Selamat mencuba.

Wassalam.











Sunday, December 19, 2010

Sotong masak serai





Assalamualaikum...selamat pagi...
Hari ni hujung minggu jadi bolehlah masak..
Pagi ni sy masak awal sikit coz tengahari ada jemputan birthday anak kawan  &  cukur jambul...
Hari ni masak simple je...Sotong masak serai


Bahan2nya:

10 ekor sotong dibersihkan &  dipotong2
1 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 hirisan halia*
1 hirisan kunyit*
2 biji cili padi
sedikit garam  &  gula 
sedikit minyak utk menumis

Cara memasak:

Bahan yg bertanda * perlu ditumbuk.
Panaskan kuali, lepas tu masukkan sedikit minyak.
Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan bertumbuk tadi ke dlm kuali, goreng biar sedikit garing, selepas itu masukkan sotong, sedikit garam, gula &  cili padi.
Kacau  &  rasa.
Apabila sudah naik bau bolehlah diangkat.
Sekadar ingin berkongsi.

Selamat mencuba.

Saturday, December 18, 2010

Sayur Lemak Jagung Muda






Assalamualaikum dan selamat petang

Hari ni, sy nak kongsikan masak sayur lemak ketiak jagung..

Bahan2nye:
2 paket  jagung muda
1 paket santan 
10 biji lada hitam*
2 ulas bawang merah*
1 ekor ikan selayang @ kembung ( diambil isi mentah )
sedikit garam & gula
1 biji terung dibuang kulit ( jika ingin campur )
2 biji cili padi ( sbg hiasan )

Cara memasaknya:

Tumbuk lada hitam dahulu sampai hancur, selepas itu masukkan bawang merah ditumbuk lagi dan masukkan ikan mentah yg telah dibuang tulang...tumbuk sampai sebati.
Kemudian masukkan santan ke dalam periuk bersama jagung muda..., kacau.
Apabila sudah menggelegak masukkan benda2 yg ditumbuk tadi ke dalam periuk dan kacau.
Masukkan sedikit garam & gula.
Jika ingin dicampur dengan terung pun boleh.
Apabila sudah agak masak bolehlah diangkat & dihidangkan.

Sedap dimakan bersama nasi putih, ikan goreng kunyit dan sambal belacan. 

Selamat mencuba.







Monday, December 13, 2010

Kerabu Pucuk Paku

 

 Assalamualaikum dan selamat tengahari sebagai pembuka bicara.
Hari ini ingin berkongsi tentang masakan kerabu bersantan yang amat simple untuk dibuat.

 Bahan2nya :

1 ikat pucuk paku ( dipotong dan dicelur )
3 ulas bawang merah *
sedikit lada hitam *
3 ekor ikan selayang  ( direbus ) *
1 gelas santan ( dimasak sekejap )
sedikit kelapa ( yg digoreng masak kekuningan tanpa minyak)
sedikit gula
sedikit garam
sebelah limau nipis ( diperah airnya )
1 sudu budu ( jika berminat )
1 biji lada merah  (di hiris sbg hiasan )
1 biji bawang besar ( dihiris sbg hiasan )

Cara membuatnya :

1. Pucuk paku dipotong2 dan dicelur dlm 10 minit agar lembut
2.Rebus ikan di dalam periuk
3. Masakkan santan sekejap sambil kacau.
4. Tumbuk bahan bertanda  *
5. Apabila sudah siap tumbuk masukkan bahan yg ditumbuk ke dalam mangkuk bersama pucuk paku, gaulkan, kemudian masukkan sedikit gula, garam, air perahan limau nipis, budu, hirisan lada merah, bawang besar dan sedikit kelapa yg telah di goreng. Gaul rata.
5. Selepas itu masukkan santan yang dimasak ke dalam mangkuk berkenaan. Kacau sebati.
6. Bolehlah dihidangkan. Ianya sesuai di makan bersama nasi.

Sekadar ingin berkongsi masakan. Selamat mencuba.






Saturday, December 11, 2010

Daging masak Gulai Kerutuk


Assalamualaikum dan selamat tengahari buat kawan2 di alam maya,  hari ni hari cuti jadi boleh le main masak2 kat dapur...dan layan blog seketika. Maaf le kat kawan2 kekadang diri ini agak sibuk dengan kerja2 yg perlu dibereskan secepat mungkin sehingga tidak sempat untuk berblog. Kekadang juga kesihatan tidak berapa mengizinkan....masih muda tetapi kadang2 tak sihat....itulah anugerah Ilahi...terima le dengan jiwa tenang...

Bahan2nya:

1/2 kg daging
1/2 kg santan
sedikit kerisik
1 paket kecil rempah kerutuk (campur sedikit air hingga menjadi pes)
6 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu cili giling
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 biji kentang (potong 4)
1 biji terung
1 biji carrot
sedikit gula Melaka @ nisan 
sedikit gula
sedikit garam
sedikit asam jawa
1 keping asam gelugor
1 senduk kecil minyak masak untuk menumis

Cara memasak 

- Bahan bertanda * perlu diblenderkan
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia biar sedikit garing.
- Masukkan rempah kasar iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga. Kemudian masukkan rempah kerutuk.Tumis hingga pecah minyak.

-Kemudian masukkan daging. Masak dengan api sederhana agar daging tidak liat.Tutup seketika dengan tudung periuk.
Selepas itu masukkan santan, kentang, carrot dan kacau seketika hingga pecah minyak.

- Masukkan sedikit gula Melaka, garam dan sedikit gula. Di samping itu masukkan 1 keping asam gelugor dan sedikit asam jawa baru caw punye.... Masukkan pula sedikit kerisik  agar kuah pekat. Last sekali masukkan terung. Masak sehingga naik bau dan bolehlah angkat.

Selepas itu boleh le dihidangkan. Boleh dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani, roti dan pulut kuning.


Resepi ini ku belajar daripada Mama ku...masa ku masih di bangku sekolah lagi...tak sia2 belajar...sekarang leh main masak2...syukran Mama ku kerana mengajar erti hidup berdikari semasa usia muda remaja.

Selamat mencuba.









Wednesday, December 8, 2010

Daging goreng kunyit



Ini adalah masakan malam semalam, Fie tak sempat nak masukkan kerana agak sibuk...Bolehlah cuba kerana tak susah mana pun...

Bahan2nya :
sedikit daging ( dihiris nipis ) 
1/2 inci halia *
2 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
sedikit kunyit hidup *
sedikit garam *
2 sudu sos cili Thai
1 ulas bawang besar ( dihiris )
1 biji lada merah untuk hiasan
1 biji tomato di belah 4 untuk hiasan
sedikit bunga kubis ( dihiris )
sedikit minyak untuk menggoreng


Cara memasak :

Semua yg bertanda * ditumbuk sampai halus,
kemudian bahan2 yg ditumbuk digaulkan dengan daging,
selepas digaul masukkan daging tersebut ke dalam kuali tanpa minyak, apabila air daging agak kering, barulah masukkan sedikit minyak.
Kacau daging, biarkan masak dan empuk dengan api sederhana.
Apabila daging sudah empuk, masukkan sos cili Thai, bawang besar, lada merah, bunga kubis dan tomato. Kacau dan biarkan seketika.
Kemudian bolehlah angkat dan dihidangkan. Makan bersama nasi panas lagi best...

Selamat mencuba...

Monday, December 6, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432 Hijrah

    
           Sama2lah kita menghayati terjemahan ayat2 suci                 AL-QURAN...agar kita insaf.


Assalamualaikum...dan selamat malam...

Selamat menyambut Maal Hijrah 1432 Hijrah.

Peristiwa Hijrah Rasulullah bersama sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah yg mengajar kita seribu satu macam hikmah dan matlamat.
Peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dari Makkah ke Madinah merupakan titik tolak perpindahan daripada kesengsaraan kepada kegemilangan Islam yg mana akhirnya membawa kepada ketamadunan Islam yang menjadi simbol keagungan di mata dunia.

Allah memerintahkan umat manusia untuk hidup selamat di dunia, hijrah Rasul S.A.W. telah menjadi pemangkin kepada kekuatan untuk membina umat, tema sambutan tahun ini iaitu "SATU UMMAH SATU MATLAMAT" menepati tuntutan Islam sendiri kerana Rasul telah membina Wahdatul Ummah sebaik sahaja sampai ke Madinah.

Kita sebagai umat perlu :

-Berpindah dari keburukan ke arah kebaikan..agar menjadi ummat yg berjaya fi duraini ( 2 alam) - di dunia dan akhirat.
-Berhijrah dari kelemahan jiwa ke arah kekuatan jiwa dan rohani.
-Berkorban dan menwujudkan masyarakat Islam yg kental, tahan diuji dan berupaya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat lain.
- Membuat perubahan diri ke arah yg lebih baik dari tahun2 yg telah lepas.
-Komited dgn tugas2 kita sebagai umat akhir zaman.
-Tali persaudaraan yg dianjurkan oleh nabi semasa peristiwa hijrah untuk menjadi umat yg gemilang "Khaira Ummah"- dikagumi semua orang, kawan dan lawan. Ini bermakna, umat perlu bersatu...yakni bersatu atas  nama Islam.
-Umat Islam perlu berpandukan kepada AL-QURAN sebagai sumber rujukan dlm menyelesaikan segala permasalahan yg dihadapi.

Allah berfirman yg bermaksud:

Orang yg beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang2 yg mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberi rahmat kepadanya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal.   - surah At-Taubah ayat 20-21


Sekian WASSALAM.