Pages

Monday, June 27, 2011

Ikan Siakap masak kukus


Assalamualaikum dan selamat malam...apakhabar semua? Harap semua dlm keadaan sihat sejahtera..Malam ni Fie nak kongsikan resepi Ikan Siakap masak kukus..dah banyak hari tak bersiaran...malam ni terasa free nak berblog seketika..Ikan ni Fie masak ikut selera sendiri selepas mencuba beberapa kali masakan di restoran.

Antara bahan2nya:

1 ekor ikan siakap ( dibuang sisiknya dan dikelar sedikit )
3 ulas bawang putih    (ditumbuk )
1 ulas bawang merah ( ditumbuk )
2 inci halia   ( ditumbuk )
1 batang serai   ( diketuk2 )
1 labu bawang besar ( dihiris )
sedikit daun bawang dihiris
sedikit garam dan gula
3 biji limau kasturi diambil airnya
1 biji cili besar  ( utk hiasan ) 
sedikit carrot    (utk hiasan )

Cara  membuatnya :
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga hancur bersama sedikit garam halus.
  • kemudian  lumurkan  ikan siakap tadi, perap seketika.
  • Ambil periuk kukusan dan rebus air sampai mendidih.
  • masukkan ikan yang diperap tadi ke dalam loyang, taburkan sedikit gula, bawang besar yang dihiris, carrot, daun bawang, air limau kasturi dan serai yang diketuk. Masukkan juga cili besar jika suka.
  • Tutup  penutup periuk kukusan tadi sehingga ikan itu masak.
  • Apabila sudah agak masak, bolehlah ditutup api gas.
  • sedia untuk dihidangkan.
  • tidak perlu meletak air kerana air ikan tersebut akan keluar menjadi sedikit berkuah.
  • selamat mencuba.






Saturday, June 18, 2011

Ayam goreng masak merah


     Assalamualaikum dan selamat malam,  Fie harap semua sihat2 dan ceria selalu..Dah berminggu tak masukkan entri baru coz bercuti dan agak sibuk dengan kerja2 yang perlu disiapkan dengan kadar segera.
     
       Malam ni rasa lapang cikit,  jadi boleh lah masukkan entri baru..sekejap je dunia ni berputar...pejam celik..pejam celik dah masuk bulan Rejab(disunatkan berpuasa)...lepas tu Syaaban(disunatkan berpuasa) dan Ramadhan (wajib berpuasa bagi orang Islam)..lepas tu Syawal dah nak raya.. baju raya pun belum dijahit lagi ni..

Malam ni Fie nak kongsikan resepi ayam goreng masak merah..resepi ini Fie belajar daripada mama Fie sendiri. Syukran mamaku sayang.

Antara bahan2nya:

Untuk  perap daging ayam

6 ketul daging ayam ( direndam dengan air asam jawa@ limau nipis-agar tidak hanyir, kemudian dibersihkan )
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup @ kunyit debu ( Fie lebih suka kunyit hidup coz lebih asli )
sedikit garam

Cara membuatnya : 
  • semua bahan2 di atas ditumbuk guna lesung dan dilumurkan pada ayam, perap 5 minit.
  •  Selepas itu ambil kuali masukkan ayam tanpa minyak tutup seketika dengan penutup periuk.
  • Apabila air ayam tadi sudah kering, barulah masukkan sedikit minyak dan kacau.
  • Biarkan seketika, masak sampai daging ayam nampak kekuningan dan sedikit garing.
  • Angkat dan ketepikan.

Untuk sos merah :

2 ulas bawang merah    ( diblender @ tumbuk )
3 ulas bawang putih      (diblender @ tumbuk )
1 inci halia                      (diblender @ tumbuk )
5 biji cili kering ( dipotong, direndam air panas, basuh dan diblenderkan )
sedikit garam
sedikit gula pasir
sedikit sos cili Life @ apa2 jenama
1 biji tomato ( dibelah 4 )
1 biji cili merah  besar @ hijau  ( utk hiasan )
sedikit minyak utk menumis

Cara membuatnya :
  • Tumiskan semua bahan yang diblenderkan tadi dengan sedikit minyak hingga sedikit garing.
  • Masukkan sos cili Life dan kacau
  • masukkan garam, gula mengikut citarasa
  • akhir sekali masukkan tomato dan cili
  • kemudian masukkan ayam tadi dan gaul rata.
  • selamat untuk dihidangkan.

Senang je kan,  selamat mencuba.

Sunday, June 5, 2011

Segmen Cenderahati Dari P@kcikLie n MamaDiana

     http://villakejora.blogspot.com/2011/05/segmen-cendera-hati-dari-pcl-n.html  
 
Assalamualaikum  dan selamat malam...malam ni Fie joint segmen PakcikLie dan MamaDiana

Syarat2nya:

1. Buat entri dengan tajuk : Cenderahati Dari PCL n MamaDiana .
2. Letak (copy paste) Header (blog ini) berserta link (entri ini) .    
3. Pilih satu entri lepas2 yang anda suka...(letak link dan komen sikit) .
4. Tinggalkan link entri anda (yang dah post) di ruangan komen entri ini.

Tempoh : 27/5/2011 - 5/6/2011 tgh malam.
                                     Tajuk : Nak Cuti Dah .... ! !

                                         http://villakejora.blogspot.com/search/label/familiku

Fie suka baca entri ni sebab suka tengok kehidupan kampung, hidup di kampung masa kecil2 dulu memang best kerana boleh masuk sawah padi, bendang dan macam2 lagi kat kampung boleh buatkan..dan memang suka balik kampung..bila balik kampung jiwa rasa tenang, aman damai bila tengok kehijauan sawah padi.., jauh dari kesibukan bandar..memang suka sangat balik kampung..ingat lagi masa belajar dulu Fie sanggup catu makanan simpan duit untuk buat tambang balik kampung...
Di kampung kita boleh juga jumpa saudara-mara..jauh dekat macam P@kcikLie cerita....boleh tenangkan fikiran n macam2 lagi le..Fie pun balik kampung juga ni..dah seminggu kat kampung..

p/s : siapa2 nak joint bolehlah pergi ke blog PakcikLie n MamaDiana..

Thursday, June 2, 2011

Kek sarang semut

Assalamualaikum dan selamat malam...malam ini Fie nak kongsikan resepi kek sarang semut. Kek ini juga dikenali dengan  nama kek sponge @ kek gula hangus.



Antara bahan2nya :
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan gula
Cara membuatnya :

 Ambil gula dan masak dengan api yang sederhana, apabila sudah cair dan warna kekuningan masukkan air panas serta marjerin, kemudian kacau sehingga sebati. Ketepikan.


Untuk bahan kek pula:
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum (perlu diayak )
  • 2 sudu kecil soda (perlu diayak )
  • 1 sudu kecil esen vanilla ( jika suka )
Cara membuatnya :

Ambil mesin blender, blenderkan telur sampai kembang,  selepas itu masukkan susu pekat dan blenderkan lagi sampai kembang.
Selepas itu masukkan tepung gandum dan soda yang telah diayak serta esen vanilla.
Blenderkan hingga sebati.
Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan blender lagi.
Biarkan adunan di dalam blender selama 3 jam (tertutup )
Bakarkan selama 60 minit sehingga masak dan naik bau.
Kemudian bolehlah diangkat, bila kek sudah sejuk barulah dipotong mengikut kesukaan.




Selamat mencuba.





Wednesday, June 1, 2011

Ikan Cencaru masak merah

Assalamualaikum dan selamat malam..Fie doakan semua pembaca sihat2 n ceria2 selalu..
Malam ini nak kongsikan resepi ikan cencaru masak merah. Dah seminggu lebih tak sempat nak update blog coz banyak kerja yang perlu dibuat dengan segera. Jom layan  seketika ikan cencaru ni..


Antara bahan2nya:

2 ekor ikan cencaru   (dipotong kalau suka n dibelah tepi )
     2 ulas bawang putih   ( ditumbuk )
     1 inci halia                     ( ditumbuk )
     1 inci kunyit hidup     ( ditumbuk )
     sedikit garam              ( ditumbuk )

  Ikan cencaru diperap seketika dgn bahan2 di atas
  Kemudian digoreng garing dengan minyak yg panas dan   ketepikan letak dlm pinggan.


                                 Bahan2 sos merah:

  5 biji cili kering ( dibuang biji, direndam air panas, dibasuh dan diblender )
  3 ulas bawang putih ( dikisar )
  2 ulas bawang merah ( dikisar )
  1 inci halia                    ( dikisar )
  2 inci gula Melaka
  sedikit garam dan secubit gula pasir
  sedikit sos cili Life
   2 biji cili besar merah hijau (sbg hiasan )
   1 labu bawang besar ( dipotong bulat )
   sedikit air

Semua bahan2 di atas ditumiskan dengan sedikit minyak dan ditambah dengan sedikit sos cili Life dan dimasukkan sedikit garam, secubit gula, seinci gula Melaka dan cili besar serta bawang besar. Letakkan sedikit air..bila dah mendidih kuahnya bolehlah diangkat dan dicurahkan ke atas ikan cencaru tadi yg siap digoreng..

ok selamat mencuba.


Sunday, May 22, 2011

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum dan selamat malam semua...malam ni Fie nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua yg bergelar guru...dan kepada semua guru yang pernah mengajar Fie dulu sejak di tadika, sek.rendah, sek menengah dan universiti. 16 MEI- sambutan Hari Guru. walaupun sudah kelewatan, tak mengapalah coz minggu lepas adalah minggu kesedihan kerana bapa saudara sebelah mama yang dikasihi telah kembali meninggalkan alam dunia pada pagi Rabu 18 Mei di hospital...rasa macam terkejut dan sedih sangat coz tak sempat melihat dia di saat2 akhir...bulan 3 masa balik kampung hari tu je dapat ziarah dia. Al-Fatihah untuknya semoga dirinya bersama dengan golongan orang2 yg beriman..amin..

Di sini Fie nak titipkan kata2 nasyid ni dari Inteam...memang syahdu buat semua guru2 Fie yg terbaca blog ini dan pada semua yg bergelar guru..

Guruku

Wahai guruku yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
menerangi hati nurani,
moga dirimu dirahmati,

Ya Allah
peliharalah guruku,
agar dipimpin terus hambaMU
agar terhindar dari Neraka
moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
berkorban jiwa raga
mendidik anak bangsa
jadi insan berguna
keikhlasan dihati
hulur bakti dan budi
kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guru2ku
kesilapan anak2mu
ku serahkan jiwa ragaku
agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi
engkau guru yang sejati,
engkau bersabar mendidik kami
semoga dirimu diberkati
Datang dengan harapan
pulang bawa kejayaan
anugerah yg diimpikan

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
mendidik anak bangsa
jadi insan berguna

Keikhlasan dihati
hulur bakti dan budi
kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati.
Semoga dirimu diberkati...amin..

Saturday, May 14, 2011

Ikan Cencaru Berlada bakar


Assalamualaikum dan selamat malam, diharapkan semua ceria2 selalu...malam ni Fie nak kongsikan tentang masak  ikan cencaru berlada bakar...memang suka sangat ikan ni...kalau beli kat kedai yang dah masak rasa tak berselera mana nak makan...masakan sendiri juga yg suka..

Antara bahan2nya:

2 ekor ikan cencaru segar
10 biji cili kering ( dibelah, buang biji dan direndam air panas seketika)
4 biji cili padi merah  
2 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih   
1 inci halia muda ( halia tua pun boleh je)
1 inci kunyit    
sedikit garam 
1 sudu kecil gula
2 inci gula Melaka ( nisan )
beberapa helai daun pandan @  daun pisang
1 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya :
  •  Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah tepi
  • Ambik lesung @ blender kisarkan bahan2 ini ( Fie lebih suka guna lesung)...masukkan lada kering dan cili padi tumbuk biar hancur, masukkan sedikit garam debu untuk hancurkan cili. 
  • Selepas itu  masukkan bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan tumbuk lagi sampai hancur
  • Masukkan sedikit gula, gula Melaka dan tumbuk lagi
  • Akhir sekali masukkan sedikit garam.
Kesemua bahan2 di atas dimasukkan ke dalam badan ikan yang dibelah tadi dan didada ikan.

  • Perap selama 10 minit. 
  • Kemudian bolehlah dibakarkan. Semasa hendak membakar..alaskan tempat pembakar dengan daun pandan @ daun pisang agar naik baunya dan tidak melekat ditempat membakar. ( Fie guna daun pandan )
  • Curahkan 1 sudu  besar minyak masak ke atas ikan2 agar nampak basah.
  • Selamat mencuba.                            





Monday, May 9, 2011

Nasi goreng kampung

Assalamualaikum dan  selamat pagi, apa khabar semua?.
Fie harap semua sihat sejahtera di samping  keluarga  tersayang. Hari ni Fie nak kongsikan cara masak nasi goreng ala kampung... bila makan nasi goreng kampung ni jadi teringat kat kampung pulak dah...insyaAllah  nanti nak balik kampung.


Antara bahan2nya :
1 pot nasi yg telah dimasak 
4 ulas bawang putih   ( ditumbuk )  *
1 ulas bawang merah  ( ditumbuk )  *
3 biji cili padi                 ( ditumbuk )  *
sedikit sayur kangkung ( dipotong )
sedikit daging ayam ( dipotong dadu )
sedikit minyak untuk menumis
sedikit gula dan garam ikut citarasa
sedikit  lada sulah debu
sedikit ikan bilis digoreng garing (ditabur atas nasi goreng yg telah siap masak )

Cara memasak :
  • Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis semua bahan yg bertanda  *
  • Apabila sudah sedikit garing, masukkan daging ayam, kacau dan masukkan garam dan sedikit gula mengikut citarasa  
  • masukkan sedikit air (cikit je)
  •  Masukkan nasi putih dan gaulkan biar rata.
  • Kemudian akhir sekali masukkan sayur kangkung dan sedikit lada sulah debu. Kacau seketika, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  • Sedap dimakan bersama ikan bilis goreng dan keropok goreng  
  • Selamat mencuba.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

                                                                    pic by google -tq

Assalamualaikum dan selamat pagi, Hari ni sempena Hari Ibu Fie nak ucapkan kepada semua ibu2  
  " Selamat Menyambut Hari Ibu ",  semoga menjadi ibu yang dedikasi mendidik anak2 menjadi manusia yg berguna di dunia dan akhirat.
Buat mamaku yang berada di kampung,
Selamat Hari Ibu: mamaku...Didoakan mama bahagia selalu di samping anak2 tersayang dan family...Fie doakan mama sihat walafiat menjalani hidup ini, jaga diri dan jaga kesihatan. Fie doakan juga mama dimurahkan rezeki senantiasa dan dipanjangkan umur. Segala pengorbanan mama tak mampu Fie balas. Semoga hidup mama bahagia dan dirahmati Allah selalu...amin...

Fie nak bagi hadiah Hari Ibu ni pada semua yang bergelar ibu. Harap sudi ambil sebagai kenang-kenangan.
Secawan Bunga utk Hari Ibu..





Monday, May 2, 2011

Nasi goreng Kerabu


Assalamualaikum dan selamat tengahari, semoga ceria2 dan bahagia selalu di samping insan2 tersayang...hari ni Fie masak nasi goreng kerabu dengan sambal udang & sotong je..walaupun cuti hari bekerja tak bermakna jika tak masak kan...bila dah lepak2 kat rumah ni..kalau tak masak tak sah...nak masak juga...masakan simple je janji kenyang perut.

Antara bahan2nya :

1 pot nasi yg telah dimasak  ( dpt makan 3 orang )
4 ulas bawang putih   ( ditumbuk )  *
1 ulas bawang merah  ( ditumbuk )  *
2 biji cili padi               ( ditumbuk )  *
1 sudu kecil cili giling    *
1 biji cili besar hijau @ merah ( dihiris )
1 belah bunga kantan ( dimayang )
beberapa tangkai pegaga gajah ( Fie ambil kat kebun belakang rumah je ) - dihiris
6 helai daun limau purut ( ambil kat kebun je ) -dimayang
setengah batang carrot ( dipotong dadu )
1 batang serai ( dimayang )
1 sudu besar sos cili Life
sedikit minyak untuk menumis
4 ekor sotong ( dipotong bulat )
sedikit gula dan garam ikut citarasa
sedikit  lada sulah debu.

Cara memasak :
  • Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis semua bahan yg bertanda  *
  • Apabila sudah sedikit garing, masukkan sotong, kacau dan masukkan garam dan sedikit gula mengikut citarasa (biasa Fie tabur je sikit tak pandai nak guna sudu )
  • masukkan sedikit air
  •  Masukkan nasi putih dan gaulkan biar rata.
  • Kemudian akhir sekali masukkan pegaga, bunga kantan, daun limau purut, carrot, cili besar, sedikit sos cili dan sedikit lada sulah debu. Kacau seketika, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  • Sedap dimakan bersama keropok goreng dan sambal udang & sotong.
                                                            
                                                                    Keropok Goreng
                                             


                                                            Sambal udang dan sotong
                                            
                                              
  • Selamat mencuba.