Pages

Sunday, November 7, 2010

Solok Lada

pic by pak google

Assalamualaikum dan selamat malam, kali ni saya nak berkongsi cara membuat solok lada, ianya sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi kerabu. Kalau dimakan bersama sayur masak lemak...mesti best punye jika ditambah sambal belacan.

Antara bahan-bahannya ialah:

Solok Lada:
- 8 biji lada hijau besar @ lada hijau (Thai)
- 3 ekor ikan kembung/selayang mentah diambil isinya
- 4 ulas bawang merah
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
- segenggam kelapa parut/mesin yang berwarna putih
- 1 cawan santan cair

Cara membuatnya:
- Lada dibasuh dan dibelah tengah jangan terputus,kemudian buangkan semua biji lada berkenaan.

- Ambil bawang merah tumbuk sampai hancur, kemudian masukkan garam, gula secukup rasa dan ikan mentah yang telah dibuang tulang tadi, dan akhir sekali masukkan kelapa parut putih. Ianya perlu ditumbuk biar sebati.

- Selepas itu masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam perut lada hijau.Apabila semua sudah siap,masukkan kesemua lada tersebut dalam periuk dan dimasukkan secawan santan cair.Taburkan sedikit garam.Rebus sekejap dengan api sederhana.

- Bila dah agak kering, bolehlah diangkat dan dihidangkan..

Selamat mencuba...

6 comments:

  1. Salam...Tak Aci Ni Nasi Kerabunya Tak Ada...Sedap Makan Dg Nasi Kerabu....

    ReplyDelete
  2. fuh kuat dengor bunyi piyuk ni...hihi..lama tak mkn solok lada ni..sedap gigit nih..

    ReplyDelete
  3. mmg suka solok lada ni tp tak pernah buat.. ni dh ada resepi ni nnt cuba.. Salam kenal yer..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Lin....
    Fie dah masukkan cara wat nasi kerabu pd bulan julai...nanti tengok je kat my blog ni...cari2 kat bawah ya tersorok tu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...izah..memang lah kuat bunyi...baru tak mengantuk..jangan buang biji lada lagi best gigit...ha ha pedas...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,hanis...
    cuba la try test wat...kalu kat kedai biasa letak lada hitam n halia...tapi tak suka caro tu...pedas...

    ReplyDelete