Pages

Tuesday, March 6, 2018

Assalamualaikum & selamat malam....

Dah lama tak buka blog saya ni...tiba2 rindu....dah berzaman dah...sy masih lg bernafas di bumi bertuah ni..rindu dengan kawan2 yg suka berkongsi masakan  dulu. In Sha Allah jika ada kesempatan waktu sy ingin kembali di sini..zmn sekarang serba canggih dgn telegram, fb, whatsApp, Instagram..tidak seperti dulu..hihi

Sunday, July 21, 2013

AYAM PERCIK RESEPI BONDAKU


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...buat kawan2 blogger dan  kawan-kawan alam maya...apa khabar kalian semua ya??? Saya masih hidup dan syukur sangat2 pada ALLAH S.W.T..
 I love ALLAH....

Malam ni sy nak hadiahkan resepi AYAM PERCIK BONDAKU...resepi ni dari mama sy...Sudah berzaman sy.. tak update blog...rasanye dah tumbuh hutan, lalang n semak samun...maaf ya sy tidak berkesempatan untuk mengupdate blog yg dah berzaman sy bina..walau apapun sy bahagia mengenali kalian di alam maya...kalian dulu memang menghiburkan..kita bertukar2 masakan kerana minatkan...bukan untuk menunjuk2 makanan tapi ingin berkongsi resepi di sini dalam dunia masakan..sy rindu kalian semua..rindu sangat2 untuk berkongsi idea..bertanya khabar..


Di kesempatan ini sy memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa, terkecil hati @ apa2 saje yg menyakitkan..harap dimaafi..maaf jika tak sempat nak terjah blog rakan2....rindu dgn celoteh Hanis Azla...sy dah beli tau buku cerita Takdir Fitrah Terindah....kak Azlina yg masakannye menusuk kalbu dan kawan2 yg lain..sy lupa nama....sampaikan password blog ni pun sy lupa...berkali2 tekan..byk sgt password di benakku....doakan kesihatan sy ya kawan2 ..tq..sayang u all.

Jom kita cuba resepi di atas...masakan di atas tu..sy cuma perap ayam n buat kuahnya je..bab membakar tu..suami sy yg rajin tolong bakarkan. tq suamiku.

Bahan2nya:

Bahan A
Sebelah ekor ayam
2 batang serai (1 batang diketuk n 1 batang diblenderkan bersama bawang, halia ,kunyit, serai, garam)
1 setengah inci halia
2 inci kunyit hidup
6 ulas bawang putih
1 ulas besar bawang merah
Garam secukup rasa

Bahan B 
untuk kuah
Sy guna separuh biji kelapa ( blender dgn sedikit air utk dapatkan santan yg pekat)
3 ulas bawang putih
1 ulas kecil bawang merah
1 inci halia
garam n gula secukup rasa.
jika anda inginkan kuah berwarna merah..letakkan sesudu cili giling..sy lebih suka kuah putih..

untuk ayam tadi perlu diperap dlm 10 minit, then rebus @ kukus ayam selama 5 minit utk dapatkan isi yg lembut.. angkat dan kepit di pembakar..bakarlah dengan bara yg sederhana..

jika tiada alat pembakar bakar je dlm aluminum foil..caranya letak ayam di sudut tengah n balut ayam tadi dgn aluminum foil menjadi macam inti karipap n tutup mcm karipap le..kemaskan tutup aluminum tadi jangan terkeluar air..bakar dlm kuali je ..n balikkan ayam tadi guna sudip..agar aluminum foil tidak terkoyak n air tidak terkeluar..lama2 bila air dah kering boleh buka le ayam tadi..n curahkan kuah santan yg telah di masak..

untuk kuah santan pulak..
masukkan santan dalam periuk @ kuali..
masukkan bahan B yang telah diblender hancur,
masukkan serai yang diketuk tadi
garam n gula secukup rasa..kemudian kacau dan kacau..kena sentiasa kacau agar santan tidak berketul.
masukkan 1 sudu tepung beras @ gandum utk memekatkan kuah..caranya perlu dikacau dgn sedikit air dahulu kemudian tapis dlm periuk..dan kacau sampai pekat.

apabila ayam dah siap dibakar..letakkan kuah santan yg telah dimasak di atas ayam tadi, kemudian bakar semula...hasilnya seperti di atas..
Selamat mencuba..utk berkongsi resepi .Harap maklum..

Monday, August 6, 2012

Pisang sira...



       Assalamualaikum dan selamat tengahari...apa khabar semua? harap2 kalian semua sihat walafiat...
Suka sangat, hari ni cuti sempena Nuzul Al-Quran...Sejarah penurunan AL-Quran berlaku pada setiap kali pertengahan bulan Ramadhan iaitu pada 17 Ramadhan..hari ini cuaca mendung ...memang sesuai bagi yang berpuasa...tak lah rasa kepanasan sangat.. Al-Quran sebesar-besar mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kita umatnya perlu belajar dan hayati betul-betul segala isi kandungannya.     
        Di dalam Al-Quran semua telah tertulis mengenai hukum -hakam, syariah, sirah, cerita2 masa dahulu, bab feqah, dan lain2 lagi...cuba kita buat kajian mengenai makna2 di sebalik bahasa Al-Quran tersebut.
Hari ni, Fie nak kongsikan berkaitan dengan sejenis makanan pemanis...makanan ini boleh makan jarang2 je...tak boleh kerap kali...sebagai pencuci mulut..

Resepi ni, Fie belajar masa alam remaja dulu....masa kat kampung dengan mama..

Antara bahan2nya:

5 biji pisang nangka atau pisang kebatu ( pisang jangan terlampau lembik tak sedap- pilih yang pejal)

2 cawan gula ( terpulang pada diri nak manis @ nak kurangkan )

2 helai daun pandan

secubit pewarna kuning

3 kuntum bunga cengkih

segelas  air

Cara membuatnya :
  • Sediakan periuk
  • masukkan gula tadi 1 cawan
  • masukkan air
  • daun pandan dan bunga cengkih
  • lepas tu masukkan sedikit pewarna dan kacau
  • akhir sekali masukkan pisang yang telah dibelah dua, dan taburkan  secawan gula di atas pisang
  • tutup seketika dengan tudung periuk..
  • Hasilnya seperti di atas..
  • Letak dalam peti ais lagi sedap untuk di makan..
Selamat mencuba.


Untuk makluman bersama :

Bulan Ramadhan

Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik @ terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi seluruh umat Islam...Al-hamdulillah Ya ALLAH kerana memberi keberkatan di dalam bulan ini berbanding dengan bulan2 yang lain...rebutlah peluang keemasan ini...hanya setahun sekali..

Tuesday, July 24, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Karim

   

     Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan yang dihormati...rasanya dah nak masuk 5 bulan tak bersua di blog ni, tak dapat nak gosip-gosip kan...he.he.he..rindu pada coleteh kawan-kawan...bukannya nak undur diri...tapi Fie ada masalah kesihatan tu yang takde masa nak berceloteh di sini...banyak berehat...Fie tak boleh duduk terlalu lama dan nak berdiri terlalu lama pun sakit...memang dari segi luaran orang nampak macam sihat je...tapi sakit Allah yang tahu...sekarang masih dalam rawatan...sebelum ni pun dah  terima banyak cubaan dan dugaan dari yang Maha Esa...apa yang Allah beri terima dengan redha...tapi usaha masih tetap ada untuk lebih sihat dan ceria seperti orang lain..
      Di kesempatan ini, walaupun dah masuk 4 hari umat Islam berpuasa, Fie nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia, semoga kita dapat berpuasa penuh sampai sebulan dan berjaya menempuh bulan Ramadhan ini. Al-hamdulillah Allah masih memberi kesempatan untuk kita berpuasa lagi pada tahun ini, kita memang sangat-sangat bertuah dan beruntung, sedangkan ramai yang sudah  pergi di saat hampir-hampir dengan Ramadhan...rebutlah peluang keemasan ini untuk sama2 kita melipat gandakan amalan masing-masing selagi kenikmatan yang Allah beri itu masih ada...sampai masa dan ketika kita akan berjumpa dengan Allah jua...dunia hanya sementara cuma tempat untuk kita menabur benih...hasilnya kita akan dapat di akhirat nanti..insya Allah.

Saturday, February 25, 2012

Sup Ketam penawar Demam Denggi


Assalamualaikum dan selamat petang, bersua kembali di arena ini...semoga kawan2 sihat walafiat di samping insan2 tersayang... 

Di kesempatan ini, Fie nak kongsikan masak sup ketam....oleh kerana sejak akhir2 ini ramai yang sakit demam denggi...bolehlah cuba resepi ini....
Kalau badan rasa sejuk panas-sejuk panas macam nak demam tu eloklah amalkan sup ketam ini.. 

Penawar denggi ni Fie dapat tahu dari kawan2 yang memberitahu sup ketam sesuai untuk demam denggi...dan telah mencubanya semasa salah seorang ahli keluarga yang pernah terkena demam denggi selama satu bulan pada tahun 2008 dahulu...apa yg Fie buat ialah masak sup ketam makan  dengan nasi dan beri minum air 100 plus di waktu pagi, tengahari, petang dan malam.. di samping ubat-ubatan hospital...Berkat doa dan tawakkal, Al-hamdulillah sembuh.

Harapan Fie bagi sesiapa yang tahu saudara-mara, kawan2, jiran tetangga yang demam denggi bolehlah mencuba resepi ini dan tolong bagitahu kepada mereka masaklah sup ketam...Sup ketam penawar untuk demam denggi...bukan bermakna hirup sup ni sekali je, makan isi ketam dan hirup supnya sekali setiap hari...Buat le 2 ekor sehari...
Insya Allah...disulami dengan doa dan bertawakkal kepada ALLAH dan ubat-ubatan dari hospital...demam denggi tidak boleh dipandang ringan..perlu segera ke hospital..kerana boleh membawa maut.

Antara bahan-bahannya:
  • 2 ekor ketam segar @ ketam nipah
  •  4 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 ulas bawang merah kecil ( ditumbuk )
  • 1 batang serai ( diketuk )
  • 6 biji lada hitam  ( ditumbuk )
  • 3 gelas air
  • sedikit garam dan gula mengikut citarasa
Cara membuatnya :
  1. Tumbuk  lada hitam, bawang putih dan bawang merah biar hancur.
  2. Basuh ketam dengan bersih ( buang isi perut yang kotor )
  3. Masukkan air ke dalam periuk, apabila air sudah mendidih masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  4. Selepas itu masukkan ketam dan kacau, biarkan seketika.
  5. Masukkan pula serai dan sedikit garam, gula mengikut citarasa.
  6. Biarkan mendidih dan balik-balikkan ketam agar masak.
  7. Bila isi ketam sudah masak, bolehlah ditutup api gas.
  8. Selamat mencuba tanpa menggunakan minyak.
 Ada satu lagi penawar untuk demam denggi ialah dengan meminum air 100 plus...kerana di dalamnya mengandungi kandungan isotonik yang boleh menguatkan badan yang lemah.....dan perlu juga mendapat nasihat doktor ya...

Caranya : buka penutup botol selama setengah jam biar gas air tersebut keluar...lepas tu bolehlah di minum...amalkan setiap hari...sebelum minum tu...bacalah Al-Fatihah 1 kali, ayat Qursi 1 kali, 3 Qul 1 kali dan kalau tahu doa tolak bala lagi bagus baca semasa hendak minum...kalau orang sakit tak mampu nak baca, maka orang yang sihat le kena tolong bacakan...kerana setiap penyakit ada ubatnya...semuanya kena banyak bertawakkal kepada ALLAH....satu lagi petua ialah buat air yassin...iaitu baca surah Yassin 3 kali ke dalam air mineral dan tiupkan di air...mesti yakin...buat minum pada yang sakit demam denggi...Insyaallah dengan izin ALLAH panjang umur...

ok selamat mencuba...

Monday, February 13, 2012

Peria masak merah bersama udang - resepi mamaku tanpa Ajinamoto


Assalamualaikum dan selamat petang, apa khabar semua? Hari ni Fie nak kongsikan peria masak merah bersama udang, kesibukan tugas sebagai guru, penulis dan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan untuk menulis di blog kerana tidak boleh berada terlalu lama di depan ladtop...jika ada masa Fie akan kongsikan bersama untuk tatapan  semua...

Antara bahan2 nya :
  •  1 biji peria ( dibelah dan di potong kecil2 )- jika tidak suka pahit rendamkan seketika dgn air garam
  •  15 ekor udang sederhana besar ( dibersihkan )
  • 4 ulas bawang putih ( perlu ditumbuk )
  • 2 ulas bawang merah ( perlu ditumbuk )
  • 1 biji telur
  • 3 sudu cili giling / cili kering kisar
  • 3 sudu sos cili Thai Life
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit garam dan gula mengikut citarasa
Cara membuatnya:
  1. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali, bila dah agak panas masukkan bawang putih, bawang merah dan cili kisar ke dalam kuali..kacau sampai sedikit garing.
  2. Selepas itu, masukkan sedikit gula dan garam mengikut citarasa., kacau lagi...
  3. Kemudian masukkan udang dan kacau seketika.
  4. Akhir sekali masukkan telur dan peria, kacau sebentar sementara menanti peria sedikit masak.
  5. Selepas itu, masukkan sos cili Life dan rasakan .
  6. Bolehlah di tutupkan api gas dan sedia untuk dihidangkan.
  7. Peria memang baik untuk kesihatan kerana rasa kepahitan tu adalah penawar untuk kesakitan.
  8. Selamat mencuba...
  9. Sejak akhir-akhir ini kesihatan diri ini tidak berada di tahap yang baik....
  10. Bagi diriku ini, ku ingin hargai  orang2 yang tersayang selagi nyawa masih ada...

Sunday, February 5, 2012

Selamat Menyambut Maulidurrasul 1433Hijrah dan pesanan terakhir Rasulullah S.A.W


 Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ni semua umat Islam seluruh dunia menyambut Maulidurrasul iaitu sempena kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Nabi kita  lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun Gajah 571 Masehi. Sentiasalah kita berselawat untuk Nabi kita sebagai tanda ingatan dan kasih sayang buat baginda.

Jom kita baca tentang Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

 

Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. 

Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. 

Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah حلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib.

Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  
Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.Beliau juga digelar Al Amin (Bahasa Arab الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

 

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)

 

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. 
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. 
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. 
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."............dipetik dari ms.wikipedia.org. ( terima kasih )
Semoga kita semua sentiasa mengikuti segala sunnah-sunnah dan amalan-amalan Nabi. Mengingati senantiasa dengan berselawat untuk Nabi kita dan menyayanginya sepanjang masa dengan mengikuti ajaran2nya dan menjauhi segala larangannya...Amin..

Saturday, January 21, 2012

Ketam masak gulai merah


Assalamualaikum dan selamat malam, apakhabar semua di tahun baru ni? Fie doakan moga kalian semua sihat....cuti tahun baru Cina ni ramai yang balik kampung. Hati2 di jalan raya...moga selamat sampai ke destinasi masing2...Fie tak balik coz cuti hujung tahun, dah balik lama..
Pada malam ni Fie nak kongsikan masak Ketam...Resepi ni daripada mama Fie sendiri....biasa lah masa muda remaja dulu belajar masak2 ..tu yg dapat resepi....


Antara bahan2 nya :
  • 4 ekor ketam besar ( dibuang dan dibersihkan perutnya...bersihkan juga cengkerang kulit luarnya...)
  •  2 ulas bawang sederhana besar  *
  • 4 ulas bawang putih  *
  • 2 sudu cili kisar @ cili giling *
  • 2 inci halia *
  • 1 batang serai ( diketuk2 )
  • 1 mangkuk santan
  • 1 keping asam gelugor ( asam keping )
  • sedikit garam n gula mengikut citarasa
  • sedikit gula melaka ( penyedap rasa )
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya :
  1. Semua bahan yang bertanda bintang * diblenderkan terlebih dahulu @ ditumbuk je..
  2. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumiskan bahan2 bertanda bintang * tadi sehingga sedikit garing.
  3. Selepas itu masukkan santan ke dalam periuk dan kacau. Masukkan sedikit garam, gula, sedikit gula melaka, serai dan asam keping. Kacau lagi...jangan tinggalkan..mesti sentiasa kacau agar kuahnya tak berketul..
  4. Apabila kuah sudah mendidih, bolehlah masukkan ketam bersama kulit cengkerangnya..balik-balikkan ketam tadi...kacau kuahnya lagi. Bila ketam sudah merah kulitnya bolehlah ditutup api gas dan dihidangkan...itu je..senangkan..
  5. Selamat mencuba...
.

Friday, December 16, 2011

Bihun goreng sempoi je....


Assalamualaikum dan selamat petang, petang ni Fie nak kongsikan pasal Bihun goreng biasa je...Bila balik kat kampung ni, lupakan seketika keadaan negeri Selangor....tenangkan jiwa di kampung halaman......seronok juga bila berada di kampung ni, pagi2 Subuh kedengaran laungan azan, kokokan ayam,  kicauan burung2 yang merdu dan angin  sepoi2 bahasa...kadang2 hujan turun dengan lebatnya...jauh dari kesibukan bandar...rasa damai dan tenang sekali...

Jom kita layan masakan ini seketika :


Antara bahan2nya:
  • 1 bungkus bihun  ( direndam dalam air panas seketika n tapis )
  •  5 ulas bawang putih   ( ditumbuk )
  • 2 ulas bawang merah sederhana besar  ( ditumbuk )
  • 3 biji cili padi   ( ditumbuk )
  • sedikit ikan bilis  ( ditumbuk )
  • sedikit daging @ isi ayam
  • sedikit garam dan gula mengikut citarasa
  •  sedikit lada sulah
  •  sedikit kicap  - Fie guna kicap kipas udang manis
  • sedikit sos cili -Fie guna sos cili Life
  •  sedikit sayur - Fie guna bunga kobis
  •  sedikit air
  •  sedikit minyak untuk menumis 
  • Keropok goreng, timun batang dan  bebola ayam Ayamas penambah selera dan hiasan..


Cara membuatnya :
  1.  Panaskan kuali letak sedikit minyak, bila sudah panas masukkan bahan yg ditumbuk tadi seperti bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili padi ke dalam kuali....kacau biar sedikit garing.
  2.  Masukkan sedikit daging @ ayam ke dalam kuali dan kacau...biarkan seketika sampai empuk.
  3. Masukkan sos cili, kicap, garam dan gula mengikut citarasa.
  4. Kemudian masukkan sedikit air,  kacau lagi.
  5. Selepas itu masukkan bihun yang telah disejat  tadi dan kacau lagi.
  6. Akhir sekali massukkan sayur dan sedikit lada sulah, kacau dan rasa...
  7. Angkat dan selamat untuk dihidangkan.
  8. Selamat mencuba, bihun sempoi je ni....

Tuesday, December 6, 2011

Karipap gulung sardin


Assalamualaikum dan selamat petang...dah berminggu tak update blog.....Fie doakan semua sihat2 walafiat di samping keluarga tersayang...Pagi tadi  Fie terbang balik kampung..rindu pada mama, wan and family...dah lama tak tengok mereka...Al-hamdulillah semua sihat walafiat. Hari ini Fie nak kongsikan kuih karipap gulung sardin...sesuai untuk minum petang dan sarapan pagi..

Antara bahan2nya:
Bahagian A : Inti Sardin

1 tin sardin sederhana besar ( Fie guna Sardin Ayam Brands )
3 ulas bawang putih ( dipotong dadu kecil )
1 ulas bawang besar ( dipotong dadu kecil )
2 sudu minyak untuk menumis
1 biji cili besar di mayang
1 biji ubi kentang ( dipotong dadu kecil )
sedikit halia dimayang kecil
sedikit garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa @ setengah asam gelugor untuk menghilangkan hanyir ikan sardin.
sedikit air

Caranya :
  1. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar sampai sedikit garing
  2. Masukkan ikan sardin yang telah dihancurkan ke dalam kuali dan kacau.
  3. Masukkan pula ubi kentang yang dipotong dadu.
  4. Kemudian masukkan cili, halia, asam gelugor, garam dan gula mengikut citarasa dan sedikit air. Kacau dan biarkan seketika sehingga ubi kentang empuk.
  5. Apabila sudah kering bolehlah diangkat dan diletak dalam mangkuk.
                                             Beginilah hasilnya.

    Bahagian B :  Kulit karipap
             
                          secawan marjerin
                          3 cawan gandum
                          sedikit garam
                          sedikit air





    Caranya :
    1. Gandum dicampur dengan marjerin dan sedikit garam.  
    2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan jangan sampai melekat di tangan
    3. Gaul rata sehingga menjadi doh..
    4. Kemudian buatkan doh bulat2 sebesar telur ayam yg saiz besar.
    5. Tutup doh berkenaan dengan plastik putih.
    6. Biarkan seketika selama 10 minit di dalam peti ais sehingga doh menjadi lembut
    7. Selepas itu, bolehlah dicanai untuk diletakkan inti sardin tadi.
    8. Letak inti sardin ditepi bulatan yang telah dicanai, kemudian bolehlah menggulung sehingga memanjang...tutup inti berkenaan dengan gulungan  karipap.



     

    Selamat Mencuba.




      Saturday, November 26, 2011

      Doa akhir tahun dan awal tahun 1 MUHARRAM 1433H


                                                    Tempat yang dirindui... 

      Assalamualaikum dan selamat menyambut tahun baru 1433Hijrah.

      Doa Akhir Tahun
      Perlu dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar,  sebelum masuk waktu Maghrib.





      Doa Awal Tahun. 
      Perlu dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.




      Semoga dengan datangnya tahun baru ini akan menambahkan lagi keimanan kita kepada ALLAH S.W.T. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yang berkat untuk ketaatan kepada - NYA...amin.

      Friday, October 7, 2011

      Agar-agar buah nenas dan kelapa laut



          Assalamualaikum dan selamat malam...apa khabar semua? Fie harap semua sihat2 sejahtera ya...Dah berminggu tak bersiaran. Masa begitu cepat berlalu, tiada kesempatan untuk membuka blog sendiri dan menziarahi blog kawan2...kerana sememangnya agak sibuk dengan tugas2 yg perlu dilaksanakan dengan kadar segera....sekarang dah masuk bulan 10, ada 2 bulan lagi untuk menutupi tahun ini, oleh sebab itu le banyak kerja2 yg perlu dibereskan dengan kadar segera...

      Malam ni rasa lapang sikit untuk membuka blog sendiri...kat sini Fie ingin kongsikan resepi agar2 je...al-maklum le keadaan sibuk...masak pun ala kadar je...

      Antara bahan2 nya :
      • 1 bungkus agar2 berbentuk tali (Fie guna yg 15 gram) biasa dalam plastik panjang.
      • 3 cawan air ( untuk rebus agar2 sampai hancur )
      • 1 cawan gula & sehelai daun pandan
      • 2 cawan susu cair FN
      • 1 tin nenas kiub ( ayambrands ) - dibuang airnya
      •  1 tin kelapa laut - dibuang air gulanya
      • sedikit pewarna jika suka  
      * jadi jumlah air semua 5 cawan ( 3 cawan air + 2 cawan susu cair )
      jika tidak suka agar2 tu pejal, boleh lah tambahkan secawan lagi air menjadi 6 cawan.


      Cara membuatnya :

      1. Basuh agar2 tali dan rebus dengan 3 cawan air.
      2.  Pastikan agar2 tadi hancur terlebih dahulu, selepas itu masukkan gula dan daun  pandan, masak sampai gula hancur dengan api sederhana.
      3.  Kemudian, buangkan daun pandan tadi. 
      4. Masukkan pula nenas kiub, kelapa laut dan susu. 
      5. Biarkan seketika, kacau dan tutup api gas.
      6.  Ambil loyang dan tuangkan agar2 tadi ke dalam loyang.
      7.  Fie letak sedikit pewarna hijau dan merah di atas agar2 tu...
      8. Apabila telah sejuk daripada kepanasan, masukkan ke dalam peti ais..Bila dah terlalu sejuk baru sedap untuk di makan.
      9.  Selamat mencuba..






      Tuesday, September 6, 2011

      Selamat Hari Raya buat kawan2 dan semua umat Islam

       
      Kad Raya buat kawan2 semua- ambil lah ya...

      Assalamualaikum dan selamat malam, dah berminggu tak update blog..tak sempat sebab Fie balik kampung bercuti selama satu minggu..cuti raya...rasa sekejap je kat kampung...di kesempatan ini, masih lagi di bulan Syawal...
      Fie dan keluarga nak ucapkan 

      Selamat Hari Raya Aidilfitri
      dan Maaf Zahir Batin 

      buat semua kawan2 dan semua umat Islam yang beragama Islam.. maaf ya jika ada terkasar bahasa, dan apa2 yg menyentuh perasaan...harap dimaafi..
      semoga ceria2 selalu bersama keluarga tersayang...hargai keluarga dan sayangi mereka selama mereka masih ada di dunia ini...tanpa mereka semua, siapalah kita ni..

      Thursday, August 18, 2011

      Puteri Mandi


               Assalamualaikum dan selamat malam, malam ni Fie nak kongsikan resepi kuih Puteri Mandi.....kuih ni berasal dari Pantai Timur...tak tahu le kenapa diberi nama kuih Puteri Mandi ni...agaknya sebab berendam dalam air kot...kuih ni orang tua2 suka makan sebab isinya lembik2 dan berasaskan tepung pulut...setahu Fie kalau suka makan pulut, pipi jadi gebu dan putih macam orang keturunan Siam, sebabnya mereka suka makan pulut...contoh pulut pagi, pulut durian, pulut mangga dan bermacam2 lagi masakan Siam yang berasaskan pulut.
               Malam ni Fie nak kongsikan resepi kuih Puteri Mandi ni...resepi ni adalah dari mama Fie sendiri...di sini Fie coretkan untuk ingatan sendiri juga...bila dah lama tak buat kuih-muih ni..kadang2 ingat2 lupa....pada Mama lah rujukan Fie...hello Mamaku sayang  macam mane ya nak buat kuih ni...mama pun cakap le....he he anak bertuah ni lupa pulak, kan dulu pernah buat...iya lah bila dah banyak2 benda nak fikir kadang2 lupa....
      dulu masa kecil2 Fie ada juga tolong mama buat kuih untuk dijual....kuih raya pun pernah buat...tak pernah beli pun...tapi sekarang nak buat tak sempat...main tunjuk2 je kat kedai...Harapan dan doa Fie moga mama n bapa sihat menjalani ibadah puasa. Tinggal seminggu lagi untuk balik kampung, seronoknya...tak sabar rasanya nak balik peluk mama dan bapa...banyak  cakap le pula.

            Antara bahan2nya:

            Tepung Pulut
      • 3 cawan tepung pulut
      • Sedikit air untuk jadikan doh
      • pewarna kuning dan hijau

      Cara membuatnya:

      1. Ambil tepung pulut dan masukkan sedikit demi sedikit air, uli sampai jadi doh dan tidak melekat di tangan.
      2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna kuning dan hijau. Uli lagi sampai jadi doh yang cantik. Kalau perlu letak sedikit air.
      3. Kemudian bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya supaya menjadi leper sedikit.
      4. Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.
      5. Apabila doh tadi sudah terapung, kemudian  angkat  dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air. 
       
      Kuih Puteri yang telah siap direbuskan, ini di masukkan ke dalam air seketika agar tidak melekat antara satu sama lain.


           Untuk kuahnya:
      • 2 senduk gula ( Fie letak 1 senduk kecil je gula)
      • Sedikit air untuk kuah
      • Daun pandan 2 helai
      • secubit garam
      • 1/2 biji kelapa mesin putih @ kelapa yang isinya muda diparut lagi sedap
      • sedikit gula Melaka @ nisan.(jika ingin kuahnya warna sedikit coklat )
      Cara membuat :
      1. Ambil periuk yang lain, kemudian panaskan air, masukkan gula, secubit garam, daun pandan dan kelapa mesin yang putih. Masakkan kuah sampai mendidih.
      2. Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi selepas ditapis air rendamannya dan kacau biar sebati.Biarkan seketika sehingga mendidih.
      3. Angkat dan boleh dihidangkan.
      4. Lagi sedap dimakan, jika dimasukkan ke dalam peti ais dahulu...bila dah sejuk baru di makan.
      5. Selamat mencuba.











      Sunday, August 14, 2011

      Kelebihan Solat Sunat Terawih

       

      Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

      Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan)  solat sunat terawih  pada bulan Ramadan: 

      Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
      Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman). 
      Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
      Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
      Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. 
      Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
      Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman. 
      Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam. 
      Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. 
      Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. 
      Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
      Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
      Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. 
      Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
       Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, 
      berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. 

      Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga. 

      Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. 

      Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati). 

      Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 

      Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin. 

      Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur. 

      Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar). 

      Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur. 

      Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud). 

      Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur. 

      Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

      Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar. 

      Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat. 

      Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. 

      Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

       
      Solat Terawih di Mekah...tempat  yang rindu untuk ku kunjungi..insyaallah.
      Selamat Beramal.

      Friday, August 12, 2011

      Nasi Kerabu Bunga Telang lagi


      Nasi Kerabu yang sudah siap untuk dimakan.

      Assalamualaikum dan selamat petang, apa khabar semua? Fie harap semua sihat di samping insan2 tersayang....sudah 11 hari ya kita berpuasa....tak lama lagi dah nak bercuti dan balik raya...seronoknya balik kampung nanti...tak sabar rasanya nak balik kampung...
      Hari ni Fie nak kongsikan masakan nasi Kerabu Bunga Telang...ulang tayang masakan ni...Fie masak semalam untuk berbuka puasa..
      ...thn lepas Fie dah masukkan resepi ni...nanti intai2 le kat blog ni ya..untuk mengetahui resepi  ini sila klik 
      di sini.  





                                                                 Nasi yang siap di masak

                                                
                                             
                                                                          Bunga Telang
                                                 

             Ulam-ulaman ( timun batang, daun kesum, daun serai kayu, kacag botol, limau nipis dan kacang panjang.


      Sambal kelapa nasi kerabu



      Kuah Tumis



      Budu - penambah selera


                   
                                                            Air lada- penambah selera


      Kalau makan nasi kerabu tak sedap jika tak ada Keropok ikan



       Ikan celup tepung


      Sedap juga makan nasi kerabu dengan ikan masin, telur masin, daging goreng, daging bakar, ayam bakar dan  ayam goreng..

      Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.